|

Resepi Frozen Yogurt yang Mudah dan Sedap

[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Frozen Yogurt yang Mudah dan Sedap

Resepi frozen yogurt yang sedap dan mudah ini diolah dari resepi chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 1 biji pisang masak
  2. 400g buah mangga atau plum atau blueberry (mengikut citarasa anda)
  3. MaduΒ 
  4. 500g yoghurt semula jadi
  5. 150g raspberi

Cara-Cara:

  1. Kupas kulit dan bersihkan buah-buah, kemudian potong kepada potongan dadu kecil.
  2. Susun buah yang sudah dipotong di atas dulang menjadi satu lapisan dan masukkan ke dalam peti sejuk bahagian sejuk beku selama 2 jam atau sehingga membeku.
  3. Masukkan madu (sukatan mengikut citarasa anda) dan yogurt kedalam pengisar dan kisar sehingga sekata.
  4. Setelah itu, masukkan buah yang telah beku ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan sekata.
  5. Masukkan raspberi ke dalam kon aiskrim (atau gelas), kemudian masukkan yogurt yang telah dikisar tadi ke dalam kon aiskrim. Frozen yogurt anda sudah siap untuk dimakan.

Resepi frozen yogurt yang mudah dan sedap ini boleh disediakan bersama anak-anak anda sebagai aktiviti hujung minggu atau cuti sekolah.

[/et_pb_text][/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *