|

Resepi flatbread yang Paling Mudah

 
Flatbread
Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Flatbread yang Paling Mudah

Resepi ini diolah dari resepi chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 250 g tepung jagung
  2. 250 g tepung gandum
  3. 7 g yis kering
  4. Minyak zaitun
  5. Garam

Cara-Cara:

  • Campurkan tepung jagung, tepung gandum dan sedikit garam (mengikut citarasa) dalam mangkuk besar.
  • Masukkan yis ke dalam 275ml air suam, kemudian tambahkan ke dalam mangkuk dan campurkan untuk membentuk adunan yang melekit, tambah sedikit air jika diperlukan.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian berbentuk bola, kemudian leperkan/ratakannya. Setelah itu, masukkan ke dalam dulang yang diletak sedikit minyak dan tutup dengan tuala lembap yang bersih dan biarkan selama 45 minit.
  • Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali tidak lekat (non-stick pan) pada api sederhana. Setelah panas, masukkan doh dan masak selama 2 hingga 3 minit di setiap bahagian, atau hingga keemasan dan hangus sempurna, kemudian ulangi sehingga doh habis.
  • Angkat flatbread anda dan hidangkan bersama kari atau mentega atau apa sahaja pilihan anda.

Selamat mencuba Resepi Flatbread yang Paling Mudah ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *