Resepi Shortbread Coklat Oren ala Jamie Oliver

Sumber: https://www.jamieoliver.com/
Resepi Shortbread Coklat Oren

Bahan-Bahan

  1. 150g mentega tanpa garam, pada suhu bilik
  2. 200g tepung biasa
  3. 50 g gula kastor
  4. 1 oren
  5. 50 g coklat gelap berkualiti, (70%)

Cara-Cara:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 190ºC/375ºF
  • Sapukan mentega pada loyang pembakar dan lapikkan dengan kertas kalis minyak.
  • Campurkan mentega, tepung, gula dan separuh biji oren yang telah diparut ke dalam mangkuk dan adun sekata.
  • Masukkan adunan (jangan uli adunan) ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  • Setelah shortbread masak taburkan gula di atasnya.
  • Kemudian cairkan coklat dan drizzlekan coklat dan parutan separuh biji oren di atas shorbread.
  • Potong dan hidangkan shortbread untuk hidangan minum petang anda.

Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini.