|

Resepi Brownies Coklat Tanpa Tepung Sedap Menjilat Jari

Sumber: https://www.nigella.com/

Resepi Brownies Coklat Tanpa Tepung Sedap Menjilat Jari

Brownies digemari oleh semua peringkat umur kerana rasanya yang sedap dan sangat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu. Resepi Brownies Coklat Tanpa Tepung ini saya olah dari resepi Nigella Lawson.

BAHAN-BAHAN:

  1. 225 gram dark coklat (minimum 70% pepejal koko)
  2. 225 gram mentega
  3. 2 sudu teh Ekstrak vanila
  4. 200 gram gula kastor
  5. 3 biji telur besar (dipukul)
  6. 150 gram kacang almond
  7. 100 gram walnut cincang

UNTUK SOS COKLAT PANAS

  1. 75 gram coklat gelap (minimum 70% pepejal koko)
  2. 125 mililiter double krim
  3. 2 sudu teh serbuk espresso segera
  4. 2 sudu besar air
  5. 1 sudu besar golden syrup

CARA-CARA:

  • Panaskan ketuhar hingga 170 Β° C / 150 Β° C/ 325ΒΊF.
  • Cairkan coklat dan mentega perlahan-lahan di atas api kecil dalam periuk.
  • Angkat periuk dari api, campurkan vanila dan gula, dan biarkan sejuk sedikit.
  • Pukul telur ke dalam periuk bersama kacang almond dan walnut cincang.
  • Masukkan kedalam loyang pembakar bersaiz 24cm / 9 inci atau saiz yang sesuai.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 25-30 minit. Setelah brownies masak dan sudah sejuk, potong dengan berhati-hati dan potong menjadi 16 bahagian berbentuk empat segi kecil.

UNTUK SOS COKLAT PANAS

  • Pecah coklat dan masukkan ke dalam periuk, tambahkan, double cream, air dan golden syrup.
  • Larutkan serbuk espresso segera ke dalam air dan campurkan ke dalam periuk.
  • Panaskan kuali di atas api kecil dan biarkan semuanya cair. Setelah semuanya cair, kacau rata, angkat api dan tuangkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan bersama brownies dan aiskrim vanilla.

Diharapkan Resepi Brownies Coklat Tanpa Tepung yang sedap menjilat jari ini dapat member manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan-rakan anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *