|

Resepi Keow Teow Goreng Mudah untuk Mereka yang Sibuk

Menyediakan makanan untuk keluarga adalah salah satu kegembiraan untuk ibu atau bapa namun kerana kekangan masa menyebabkan mereka tidak sempat untuk menyediakan makanan untuk keluarga dan terpaksa membeli makanan yang sudah siap.
Namun resepi Keow teow goreng yang mudah ini sangat sesuai untuk mereka yang sibuk. Dibawah saya kongsikan resepi untuk menu ini:

 

Bahan-Bahan:

400g keow teow
150g ayam (atau anggaran segenggam)
100g kubis
1 batang lobak merah
1 biji tomato (potong kepada 4 bahagian)
1 biji telur
2 sudu cili giling
1 1/2 sudu sos cili
1 sudu kicap manis (atau kicap pilihan anda)
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air

Bahan Kisar:

1/2 Bawang Holland
3 ulas Bawang putih
1 sudu udang kering
1/2 kiub pati ayam

Cara-Cara:

  • Celur atau rendam keow teow di dalam air panas atau air mendidih, setelah keow teow lembut toskan dan biarkan seketika.
  • Bersihkan ayam dan potong pada saiz kecil.
  • Potong kubis, dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan.
  • Bersihkan dan kopek Bawang besar dan Bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan)
  • Tambahkan udang kering yang telah dibersihkan diikuti kiub pati yam. Kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  • Masukan cili giling dan tumis sehingga naik bau seterusnya masukkan sos cili, sos tiram serta kicap dan gaul sekata, kemudian tambahkan ayamΒ  diikuti dengan air dan gaul secara berkala seterusnya biarkan sehingga ayam masak.
  • Seterusnya masukkan telur dan biar seketika sehingga telur separuh masak kemudian hancurkan telur dan gaul sekata dengan bahan-bahan lain.
  • Setelah itu masukkan sayur dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika menggunakannya).
  • Akhir sekali tambahkan keow teow yang sudah di celur tadi dan gaul sekata. Setelah itu, anda boleh rasa keow teow goreng anda dan boleh perasakan sekali lagi jika tidak menepati citarasa anda.

Selamat mencuba resepi keow teow goreng yang mudah ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *