|

Resepi Lamb Chop Rangup ala Nigella Lawson

Resepi Lamb Chop Rangup dari Nigella Lawson

Jika daging kambing adalah daging kegemeran anda tetapi anda tidak pandai untuk menyediakannya. Maka, resepi kambing rangup dari Nigella Lawson ini adalah pilihan terbaik untuk anda kerana ianya sangat lazat dan mudah dimasak.

Resepi Lamb Chop rangup ini diolah dari resepi asal Nigella Lawson.

Sumber: https://www.nigella.com/

Cadangan Hidangan untuk 4 Orang

BAHAN-BAHAN

  1. 10 bahagian / keping daging kambing (beserta tulang)
  2. 75 gram serbuk roti (breadcrumb)
  3. 10 gram keju parmesan parut
  4. 2 telur besar
  5. Sedikit garam
  6. Sedikit lada
  7. Minyak zaitun untuk menggoreng (bukan extra virgin)

CARA-CARA

  1. Bersihkan daging kambing dan keluarkan lapisan lemak tebal di sekitar daging.
  2. Ketuk/Pukul kepingan daging kambing degang penggelek/roller sehingga rata dan lembut supaya daging kambing tidak liat.
  3. Kemudian, campur dan gaul serbuk roti bersama parmesan.
  4. Pukul telur bersama garam dan lada hitam.
  5. Celupkan kepingan daging kambing ke dalam campuran telur dan kemudian salut dengan campuran keju parmesan dan serbuk roti.
  6. Tuangkan minyak zaitun kedalam kuali, anggaran kedalaman minyak dalam 1cm dan panaskan kuali.
  7. Setelah minyak panas masukkan daging kambing ke dalam kuali dan goreng selama kira-kira 3-4 minit di setiap bahagian. Ia akan bertukar menjadi warna coklat keemasan dan rangup di bahagian di luar, tetapi masih lembut dan bewarna merah jambu di dalam. Bagi yang suka kan daging yang lebih masak boleh goreng 5-6 minit setiap bahagian dengan api sederhana.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyediakan lamb chop dan menikmatinye bersama keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.

#resepi #lamb #lambchop #resepilambchopmudah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *