Resepi Kentang Goreng Tuscan yang Sedap dan Mudah

Kentang Goreng Tuscan ini sangat lazat untuk dinikmati bersama keluarga sambil menonton filem atau drama kegemaran anda sekeluarga. Resepi Kentang Goreng Tuscan yang sedap ini saya olah dari resepi Nigella Lawson.

Sumber: https://www.nigella.com/

Cadangan hidangan untuk 4 ke 6 orang.

BAHAN-BAHAN

  1. 1 kilogram kentang 
  2. 1 1/2 liter minyak masak untuk menggoreng
  3. 1 biji bawang putih (tidak dikupas)
  4. 8 tangkai campuran thyme dan rosemary (atau boleh menggunakan herba pilihan anda)
  5. Sedikit garam laut (secukup rasa)

CARA-CARA

  • Kupas kulit kentang dan potong kentang seperti bentuk french fries dan basuh sehingga bersih.
  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan tunggu hingga minyak cukup panas kira-kira dalam 5 minit.
  • Setelah itu, masukkan kentang yang telah dipotong ke dalam kuali dan goreng selama 15 minit (tanpa dikacau).
  • Kacau kentang dengan perlahan dan masukkan bawang putih kemudian biarkan selama 5-10 minit lagi di dalam kuali.
  • Apabila kentang sudah kelihatan rangup dan berwarna keemasan anda boleh masukkan campuran herba dan biarkan selama 1 minit.
  • Akhir sekali, angkat semua bahan dari kuali dan masukkn kedalam mangkuk/pinggan yang dilapik tisu. Setelah minyak berlebihan telah diserap, alihkan ke dalam mangkuk/pinggan lain dan taburkan garam laut di atasnya mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba Resepi Kentang Goreng Tuscan yang Sedap ini.