Resepi Brokoli dan Cendawan Simple

Resepi Brokoli dan Cendawan Simple

Sayur brokoli dan cendawan sangat berkhasiat dan sesuai dijadikan hidan sampingan bersama menu utama anda. Mari saya kongsikan resepi brokoli dan cendawan yang mudah dan pantas seperti di bawah:

Bahan-Bahan:

  1. Segenggam Cendawan pilihan anda
  2. 2 genggam Brokoli
  3. 1 biji bawang holland
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 2 batang cili padi
  6. Sos tiram
  7. Minyak Zaitun /Minyak Masak
  8. Lada Hitam
  9. 1/2 kiub ikan bilis
  10. Sedikit air masak

Cara-Cara:

  1. Bersihkan cendawan dan brokoli dan potong saiz sederhana.
  2. Kupas kulit bawang holland dan putih. Bersihkan bawang dan cili kemudian potong halus.
  3. Letakkan sedikit minyak dan panaskan kuali, setelah itu tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
  4. Masukkan kiub ikan bilis diikuti dengan sos tiram ke dalam kuali kemudian gaul rata. Campurkan brokoli dan cendawan kemudian gaul sekali lagi.
  5. Tambahkan sedikit air dan perasakan dengan lada hitam.
  6. Apabila air kuah mendidih sedikit anda boleh angkat sayuran atau sehingga sayur kelihatan sedikit layu.
  7. Sayur brokoli dan cendawan anda sedia untuk dihidangkan bersama menu utama anda.

Selamat mencuba resepi simple yang sedap ini.