|

Resepi Pizza Roti Naan yang Mudah

Resepi Pizza Roti Naan

Hujung minggu yang malas untuk melakukan apa-apa sahaja tapi perut anda lapar maka pizza roti naan adalah menu hidangan yang sesuai untuk anda. Resepi Pizza Roti Naan ini sangat mudah dan pastinya tetap lazat dan mengenyangkan.

Mari saya kongsikan resepi pizza roti naan yang mudah ini. Resepi ini saya olah/ubah dari resepi asal Nigella Lawson.

Sumber: https://www.nigella.com/

Cadangan hidangan untuk 1-2 orang

BAHAN-BAHAN

  1. 1 roti naan yang dibeli di kedai
  2. 2 sudu teh sos pasta tomato (atau mengikut citarasa)
  3. 1 batang sosej daging atau ayam
  4. 70 gram cendawan butang (atau mengikut citarasa anda)
  5. 75 gram keju fontina yang dicincang kasar atau anda boleh gantikan dengan keju mozarella
  6. 3 tangkai daun thyme atau boleh juga menggunakan serbuk thyme

CARA-CARA

  • Panaskan ketuhar hingga 220 Β° C / 200 Β° C.
  • Letakkan naan di atas loyang pembakar dan sapukan sos pasta tomato di atas roti naan.
  • Potong sosej nipis-nipis kemudian letak/susun diatas roti naan.
  • Potong cendawan butang nipis-nipis kemudian letak/susun diatas roti naan.
  • Tabur keju ke atas roti naan diikuti dengan thyme.
  • Masak dalam ketuhar selama kira-kira 5 minit. Pizza roti naan anda siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi pizza roti naan yang mudah ini dan jangan lupakan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda.

Similar Posts