Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Telur Dadar Cheese Paling Simple

Resepi telur dadar cheese yang diolah dari resepi asal jamie olivertini sangat sesuai bila anda sudah terlambat tetapi masih perlu sediakan hidangan untuk si kecil tersayang.

BAHAN-BAHAN

  1. 2 biji telur 
  2. Minyak
  3. 10g keju Cheddar (atau mengikut citarasa)
  4. Garam
  5. Lada hitam

CARA-CARA

  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan secubit garam dan lada hitam, kemudian pukul dengan garpu sehingga rata.
  • Panaskan kuali dan masukkan ½ sudu minyak ke dalam kuali panas, kemudian masukkan telur sebarkan dengan sekata.
  • Apabila telur dadar mula masak tetapi masih ada sedikit telur mentah, taburkan keju cheddar di atasnya.
  • Setelah telur berwarna perang keemasan di bawahnya, angkat telur dan hidangkan bersama roti dan tomato ceri atau sayur kegermaran anda.