| | |

Apa itu MLM dan hukumnya dalam Islam

 

Ketahui Apa Sebenarnya Multi Level Marketing (MLM) dan Direct Selling serta Hukumnya

Apa itu MLM dan hukumnya dalam Islam | Bila kita dengar sahaja MLM pasti akan timbul skeptikal dalam fikiran kita kerana MLM itu sendiri sinonim didalam masyarakat kita dengan perkara-perkara negative seperti scan dan lain-lain.

Tapi betul ke MLM ni scam? Apa pula direct selling (jualan langsung)? Sama ke dua-dua ni?

Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut tentang topik ini. Kita akan huraikan supaya terjawab semua persoalan di hati anda, ya.

 

Apakah Multi Level Marketing (MLM)?

 

Apa sebenarnya MLM ni? 

Seperti yang kita semua tahu MLM ini adalah pelan pemasaran bertingkat di mana anda perlu merekrut individu lain dibawah anda untuk menjual produk atau perkhidmatan syarikat tersebut. Individu dibawah anda juga perlu merekrut individu lain sehinggalah pada tahap-tahap tertentu. 

Anda dan semua peserta di dalam rantaian ini akan menerima komisyen, bonus atau insentif berdasarkan penjualan produk atau perkhidmatan yang berjaya anda jual.

 

Beza MLM Scam dan MLM Sah

Bagaimana kita mahu tahu apakah perbezaan antara MLM yang scam dan yang sah?

Anda perlu kaji syarikat tersebut samada hasil keuntungan utama syarikat tersebut adalah dari penambahan ahli atau dari penjualan produk syarikat itu sendiri.

Sekiranya syarikat mempunyai produk yang berkualiti, ada demand dan dipercayai ini bermaksud syarikat tersebut memperoleh keuntungan daripada penjualan produk.

Namun sekiranya komisyen yang anda terima majoriti daripada pendaftaran ahli baru, ini bermakna keuntungan sebenar syarikat adalah melalui pendaftaran ahli dan bukannya dari produk. MLM jenis ini biasanya scam kerana syarikat tidak akan mampu bertahan lama dan anda hanya kengkayakan orang atas sahaja.

Sekarang anda sudah jelas apa beza MLM yang scam dan yang sah, kita fahami pula konsep direct selling atau jualan langsung.

 

Apakah jualan langsung atau Direct Selling?

MLM adalah sistem dalam perniagaan manakala direct selling adalah kaedah perniagaan atau sistem itu dilaksanakan. Tidak kira sekiranya anda menggunakan sistem MLM (multi level marketing) atau SLM (single level marketing), anda boleh menggunakan kaedah direct selling untuk menjual produk atau perkhidmatan anda. Direct selling bermaksud anda menjual barangan secara terus kepada consumer tanpa melibatkan pihak ketiga. 

 

Jenis-jenis direct selling

  1. Single-level direct sales (penjualan langsung satu tingkat)

Penjualan langsung satu tingkat bermaksud anda melakukan urusan jual beli secara langsung atau terus dengan  pelanggan anda. Anda cari pelanggan dan jual produk atau perkhidmatan anda secara terus. Anda juga boleh menggunakan kaedah secara online atau call. Kata kunci yang penting bagi penjualan langsung satu tingkat ini adalah anda menjual terus kepada pelanggan anda tanpa perlu melibatkan individu lain.

 

  1. Multi-level marketing (penjualan bertingkat)

Apa itu MLM

Berbeza dengan MLM, walaupon konsepnya masih sama iaitu anda perlu menjual produk atau perkhidmatan syarikat anda kepada pelanggan tetapi dalam masa yang sama anda juga perlu merekrut wakil jualan di bawah anda. Oleh itu, selain mendapat komisyen daripada produk jualan anda, anda juga akan mendapat sedikit komisyen atau bonus daripada jualan dan pendaftaran ahli-ahli baru di bawah anda.

 

Perbezaan MLM berbanding bisnes lain

Seperti yang sudah kita kupas tadi, apakah MLM dan direct selling, sekarang kita akan bincangkan berkaitan perbezaan antara MLM berbanding bisnes-bisnes lain.

Kawalan Harga

Anda sebagai wakil jualan syarikat tidak berkuasa untuk menurunkan atau menaikkan harga produk sesuka hati anda. Anda perlu mengikut garis panduan harga yang telah ditetapkan oleh syarikat. Walaupon anda rasa harga tersebut tidak masuk akal, anda tiada kuasa dan tidak boleh mengubahnya.

Berbanding dengan bisnes lain, sebagai contoh sekiranya anda pemilik kedai runcit. Anda akan membeli barangan dari pembekal dan akan menetapkan sendiri harga barangan tersebut di kedai anda mengikut peratusan keuntungan yang anda mahu. Tiada pihak yang boleh mempertikaikan harga yang telah anda tetapkan.

 

Premis Jualan

Sebagai wakil jualan syarikat yang menjalankan perniagaan secara direct selling anda tidak memerlukan premis jualan. Anda hanya perlu approach bakal pelanggan anda secara rawak samada dengan cara pint uke pintu, atas talian atau melalui telefon.

Berbeza dengan bisnes lain, kebanyakkannya memerlukan premis jualan samada secara sendirian atau vendor. Namun kini premis jualan bukan sekadar kedai fizikal, kedai alam maya juga boleh di anggap sebagai premis jualan.

 

Sumber Pendapatan

Sumber pendapatan MLM bukan sahaja melalui komisyen hasil jualan produk, malah anda juga akan mendapat komisyen atau bonus pada setiap pembelian dan jualan individu yang berdaftar di bawah anda. Ada juga syarikat yang menawarkan bonus untuk anda sekiranya dapat mendaftar ahli baharu.

Berbanding dengan bisnes lain, sumber pendapatan anda hanyalah berdasarkan jumlah keuntungan daripada hasil jualan barangan anda. Tiada bonus atau insentif lain. Semakin tinggi keuntungan anda semakin tinggi pendapatan anda. 

Saya kongsikan tiga dahulu perbezaan MLM dengan bisnes yang lain.

 

Hukum MLM

Secara umumnya perniagaan secara langsung (MLM) adalah salah satu bentuk perniagaan yang telah menjadi sumber pendapatan rakyat Malaysia dan negara. Maka secara umumnya hukumnya adalah sah asalkan mengikuti gari panduan yang ditetapkan. Anda boleh semak garis panduan tersebut disini.

 

Penutup

Hukum perniagaan mlm

Kesimpulannya, perniagaan secara MLM ataupon tidak adalah tidak menjadi masalah asalkan kita sebagai pengguna kaji dan fahami dahulu sistem syarikat tersebut sebelum join mana-mana syarikat. Sekiranya tawaran yang diberikan terlalu baik, too good to be true, mungkin kita boleh buat kajian yang lebih detail dan minta pendapat orang yang lebih berpengalaman. Saya faham dengan keadaan ekonomi kita sekarang, kita semua terdesak untuk mencari wang lebihan. Namun kita juga harus berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa scam.

 

Diharapkan artikel tentanh apa itu MLM dan hukumnya dalam Islam dapat memberi keyakinan kepada anda mengenai perniagaan MLM. Semoga Berjaya!!

Rujukan:

  1. https://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_mlm.pdf
  2. https://www.ekrut.com/media/direct-selling

Artikel Menarik Lain:

Pengeluaran KWSP 2.0

Jana Pendapatan dengan Affiliate

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *