| |

3 Strategi untuk Meningkatkan Pendapatan Online

Ingin tahu 3 strategi untuk meningkatkan pendapatan online anda?

 

Menjana pendapatan secara online sudah terbukti mampu memberi pendapatan yang lumayan samada melalui affiliate, dropship, menjual produk sendiri atau lain-lain.Β 

Walaubagaimanapun, ramai juga yang gagal dalam percubaan mereka untuk menjana pendapatan secara online.

Oleh itu pada artikel kali ini, saya senaraikan tigaΒ  strategi yang sudah terbukti berkesan untuk meningkatkan pendapatan online anda.

 

Strategi pertama – fokus pada peningkatkan conversion

 

Setkan di dalam minda anda untuk menjana conversion yang lebih baik pada kadar pembelian dan kadar sign up. Anda perhatikan kadar klik ke link belian anda dan kadar jualan anda. Fokus untuk perbaiki perkara tersebut supaya nilai conversion anda meningkat dari semasa ke semasa samada melalui iklan berbayar, influencer atau sebagainya. Untuk meningkatkan kadar conversion adalah penting untuk anda membina kredibiliti dalam niche anda.

 

 

Strategi kedua : Fokus pada produktiviti anda memberi maklumat percuma pada pengguna internet

 

Jika ingin berjaya dalam, anda perlu ada usaha yang berterusan. Anda tidak boleh berhenti di tengah jalan tanpa berusaha. Anda perlu berusaha dengan penuh konsisten. Internet adalah ruang untuk orang ramai berkongsi dan mengumpul maklumat. Jadi, untuk meningkatkan pendapatan secara online, memberi maklumat percuma adalah salah satu cara untuk mencari potensi pembeli bagi produk anda.

 

Anda buat jadual bagi pengedaran maklumat percuma dan pastikan anda kosisten dengan rancangan anda sendiri. Saya pasti selepas beberapa ketika, anda akan memperoleh trafik yang agak konsisten dari seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, strategi ini sangat berkesan untuk aktiviti promosi jangka masa panjang. Kuncinya adalah konsisten dengan edaran maklumat percuma.

 

Maklumat percuma boleh di edarkan menerusi fail online, ebook, video dan artikel. Ada kuasai maklumat percuma, anda akan kuasai pasaran tersebut.

 

Strategi ketiga : Fokus untuk berkomunikasi dengan potensi pembeli

strategi untuk meningkatkan pendapatan online

Ada berbagai cara untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan. Antaranya adalah

 

  • Melalui pemasaran emel
  • Melalui post – post di blog
  • Melalui pemasaran artikel
  • Melalui laman sosial seperti twitter dan facebook
  • Dan bermacam –macam lagi.

 

Strategi ketiga ini adalah lebih kepada usaha anda untuk mempertingkatkan kredibiliti anda di internet. Lagi tinggi kredibiliti anda, lagi tinggi peluang anda untuk menjana pendapatan yang tinggi.

 

Diharapkan perkongsian ringkas tentang tiga strategi untuk meningkatkan pendapatan online anda ini bermanfaat untuk anda.

 

Baca Juga:

Jana pendapatan sebagai guru tuisyen

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *