|

Cara Memulakan Perniagaan Food Delivery Dari Rumah

Ingin tahu Cara Memulakan Perniagaan Food Delivery Dari Rumah?

Jika bercerita tentang Malaysia memang tidak lari dari topik makanan. Kenapa? kerana makanan di Malaysia semuanya sedap di ambil dan diadaptasi dari makanan-makanan dari Jawa, Thai, Cina, India dan macam-macam lagi gabungan. Memang menarik!

 

Tapi makanan yang sedap dan selalu orang cari bukannya dari restoran atau hotel lima bintang yang itu sekali sekala boleh, tapi yang ramai orang cari adalah homemade food. Makanan-makanan yang ada rasa-rasa keibuan gitu.

 

Jadi tidak hairanlah kenapa ramai orang yang cuba untuk menjana pendapatan dari rumah yang berasaskan food delivery. Semua orang suka homemade food rasa original dan lengkap.

 

Tahu Apa Yang Ingin Dijual

Untuk memulakan perniagaan food delivery anda perlu tahu apa makanan yang anda ingin jual kepada pelanggan-pelanggan anda. Macam mana anda ingin tahu apa yang sesuai boleh melihat beberapa faktor di bawah

 

Makanan berdasarkan waktu

Orang Malaysia memang sukakan roti canai, tapi bila anda hidangkan untuk makan tengah hari orang akan kurang minat sebab takut tidak kenyang. Ini yang dimaksudkan makanan berdasarkan waktu. 

 

Anda perlu lihat jenis makanan anda, adakah ia sesuai dijual pada waktu pagi, petang, malam, atau awal pagi. Jika anda ingin menjual makanan seperti nasi lemak, ia sesuai dijual pada waktu pagi kerana rata-rata penduduk Malaysia akan sarapan nasi lemak.

 

Jika anda ingin menjual makanan seperti western anda lebih sesuai melakukan food delivery atau menjualnya pada waktu petang dan malam.

 

Waktu memainkan peranan penting bukan sahaja dari sudut tema makanan, tapi juga dari sudut penyediaan. Makanan yang berat dan mengambil masa lama untuk dimasak akan menyukarkan penyediaan makanan anda seterusnya membuatkan anda lebih penat, apatah lagi jika anda lakukan jualan ini sebagai kerja sambilan.

 

Makanan Berdasarkan Musim

Cara memulakan perniagaan food delivery

Seterusnya, makanan berdasarkan musim boleh dirujuk seperti anda hanya ingin lakukan ini pada tempoh-tempoh tertentu seperti pada bulan ramadhan sahaja, atau pada musim perayaan, dan juga boleh jika anda lakukan untuk ikut trend semasa.

 

Sama seperti makanan berdasarkan waktu, musim memainkan peranan yang sangat penting. Jika selalu anda makan nasi goreng kampung anda mungkin ingin mencuba nasi briyani sebagai sajian buka puasa anda bukan. 

 

Secara tidak langsung, makanan yang jarang dicuba dijadikan sajian utama dan menjadi tarikan kepada pengguna. Lihat sahaja mereka yang beratur di gerai Chef Ammar pada bulan puasa, walhal kedai tersebut beroperasi sahaja pada waktu bukan bulan puasa.

 

Jadi lihat semula perancangan anda bentuk perniagaan atau makanan yang anda ingin jual kerana yang pasti anda ingin mendapat keuntungan secara konsisten bukannya ‘one put’.

 

Makanan Berdasarkan Demografi

 

Ramai orang terlepas pandang perkara ini, ialah sebab perkara ini terlalu asas. Jika anda tinggal di kawasan perkilangan yang melibatkan buruh-buruh bekerja membina bagunan, makanan yang sesuai semestinya makanan yang berat.

 

Ini dapat membekalkan mereka dengan tenaga. Jika kawasan rumah anda dipenuhi dengan pelajar-pelajar universiti, makanan yang sesuai adalah makanan yang murah dan mempunyai porsi yang besar.

 

Jika anda tinggal di kawasan mereka yang berumur atau kawasan-kawasan pesara, anda perlu fokus pada rasa makanan yang konsisten serta porsi sederhana.

 

Nampak demografi memainkan peranan yang besar tapi seringkali kita terlepas pandang sebab terlalu taksub dengan pemasaran hingga lupa strategi yang asas.

 

Cara Mula Memasarkan Food Delivery Anda

 

1. Facebook

Cara memulakan perniagaan food delivery

Facebook adalah platform yang penting jika anda ingin nak mula perniagaan food delivery anda. Kerana rangkaian Facebook sangat luas tidak hanya daripada kenalan anda tapi boleh juga jadi dari kenalan kepada kenalan anda.

 

Cara penggunaan yang mudah adalah dengan memasuki group-group komuniti setempat anda, dari sini anda tahu yang mereka berada dalam perkarangan rumah anda. Anda perlu post satu atau dua kali sehari sudah cukup.

 

Letakkan nombor untuk dihubungi dan elakkan untuk post berulang kali kerana ini boleh membuatkan ahli kumpulan lain merasa tidak senang.

 

2. Whatsapp

Cara memulakan perniagaan food delivery

Alternatif kedua adalah melalui Whatsapp Group. Bila kita forwardkan melalui Whatsapp kebaikannya adalah mereka ini adalah orang yang mengenali kita cuma rangkaian agak terhad.

 

Menerusi whatsapp anda boleh sahaja mencipta katalog menu dan forwardkan kepada group-group anda. Dari sini anda boleh jejak mereka yang betul-betul berminat dan jika anda sudah dapat beberapa orang pelanggan yang order berulang kali dari anda.

 

Anda boleh whatsapp mereka secara personal dan gunakan peluang ini sebagai salah satu cara untuk build loyalty customer.

 

3. Mulut ke Mulut

 

Tiada teknik pemasaran yang lebih baik daripada teknik mouth to mouth. sebab apa dengan lidah kita dapat meyakinkan pendengar kita dan menarik perhatian mereka.

 

Ini adalah teknik pemasaran yang paling efektif cuma rangkaian sangat terhad. Ialah takkan anda ingin promosikan secara mulut-ke mulut di seluruh kejiranan anda kan. 

 

Jadi gunakan peluang jika ada gathering atau majlis-majlis potluck untuk pasarkan idea bisnes anda.

 

Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu

 

Untung Rendah

 

Untung bagi mereka yang mempunyai perniagaan makanan terutamanya menggunakan food delivery service adalah rendah. Secara amnya semua bentuk perniagaan yang berasaskan makanan dari rumah untungnya tidak tinggi.

 

Namun begitu, kebaikannya adalah anda akan menerima pesanan secara konsisten. Kerana apa setiap hari kita makan dan setiap hari juga kita akan lapar.

 

Jadi makanan merupakan sumber utama dan diperlukan setiap hari. Meskipun untungnya sedikit jika dibandingkan dengan untung menjual produk kecantikan, pesanan yang anda akan terima lebih kerap.

 

Makanan Perlu Bersih dan Konsisten

 

Ini sangat penting dan saya pasti anda juga tahu kepentingan perkara ini. Anda perlu berwaspada dari aspek kebersihan, kerana macam mana mudahnya anda nak dapat pelanggan dari mouth to mouth lagi mudah untuk anda hilang pelanggan melalui teknik yang sama.

 

Selain itu, konsistensi perlu ada dari segi rasa porsi dan harga. Ini memaikan peranan penting dalam memastikan pembeli anda akan membeli lagi makanan dari anda.

 

Anda juga perlu ingat anda tidak akan mampu untuk puaskan hati semua pihak. Tetap pada pendirian anda tetapi dalam masa yang sama jadi fleksibel untuk penambahbaikan. 

 

Diharapkan perkongsian tentang cara memulakan perniagaan food delivery dari rumah ini bermanfaat untuk anda.

 

Baca Juga:

1. Cara memulakan perniagaan air balang

2. Cara memulakan perniagaan menjual durian

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *