|

3 Cara Buat Duit dengan Blog

Mengapa anda perlu tahu cara buat duit dengan blog? kerana blog merupakan salah satu cabang pilihan bagi menjana pendapatan sampingan malah ada juga segelintir yang mampu menjadikan blog sebagai punca pendapatan sepenuh masa mereka. Kali ini saya akan kongsikan 3 cara buat duit dengan blog sebagai panduan untuk anda semua.

Cara Buat Duit dengan Blog

1. Google Adsense

cara buat duit dengan blog

Google adsense adalah salah satu cara yang popular bagi menjana pendapatan dari blog. Ia merupakan program pengiklanan yang ditawarkan oleh Google. Ia sangat sesuai untuk mereka-mereka yang mempunyai kekangan dari segi modal kerana kita hanya memerlukan blog dan akaun Google adsense sahaja untuk menyertai program pengiklanan ini. Pendaftaran Google Adsense adalah percuma.

Buat mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan blog, saya sukacita nak beritahu bahawa terdapat lebih daripada 3 cara nak menjana income menerusi pengiklanan di blog anda.

Info mengenai Adsense:

  1. Daftar dan setelah diterima oleh pihak Google anda hanya perlu meletakkan kod yang diberikan ke blog anda. Kemudian anda akan menjana pendapatan secara automatik jika ada sesiapa yang mengklik iklan di blog anda.
  2. Pendapatan yang diperoleh adalah dalam matawang USD.
  3. Tetapi anda hanya boleh mengeluarkan/memindahkan pendapatan anda dari Adsense setelah memperoleh minumum USD100

Tetapi anda haruslah bersabar dalam menjana pendapatan melalui adsense kerana ia bergantung juga kepada jumpah pelawat blog anda bagi memastikan ramai yang melihat iklan Google di blog anda.

2. Join Affiliate

Seterusnya adalah melalui program affiliate percuma yang ditawarkan oleh syarikat – syarikat ternama seperti Shoppee dan Lazada. Anda hanya perlu mendaftar dan letakkan kod yang diberikan ke blog anda.

Anda akan mendapat komisen apabila ada orang yang mengklik dan membeli produk affiliate melalui iklan anda. Lebih ramai orang membeli dari iklan anda maka lebih banyak komisen/pendapatan anda. Anda boleh mempromosikan produk affiliate melalui artikel anda atau banner iklan di blog anda.

Selain itu bagi program affiliate ini anda juga boleh mempromosikn kan kod anda melalui akaun sosial media anda yang lain.

3. Sewa Ruang Iklan

Anda boleh menyewakan ruang pengiklanan di blog anda dengan menentukan bahagian mana yang anda hendak sewakan samadaΒ  di sidebar, di permulaan artikel , di pertengahan dan juga di akhir artikel. Harga boleh ditentukan melalui bahagian yang ditawarkan, berapa lama ia berada di blog anda, jenis produk yang diklankan dan lain-lain.

Jumlah trafik ke blog anda juga menentukan harga yang pelanggan sanggup bayar. Maka anda hendaklah menyediakan laporan prestasi blog anda. Semakin popular blog anda semakin tinggi bayaran yang anda boleh kenakan.

Pastikan anda terus menulis artikel-artikel yang bermanfaat berkaitan niche anda pasti ia akan menarik minat ramai orang untuk menyewa ruang iklan di blog anda.

Diharapkan perkongsian saya mengenai cara buat duit dari blog memberi manfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk menjana pendapatan dari blog, mulakan dari sekarang dan pasti akan berhasil suatu hari nanti.

Baca Juga:

Cara Daftar Google Adsense di Blog

Cara Buat Duit dengan Affiliate

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *