Kelebihan Simpanan Amanah Saham Sangat Berbaloi
Kelebihan Simpanan Amanah Saham Berbanding Simpan Tempat Lain | Sebut je Amanah Saham, saya yakin semua orang pun tahu tentang Amanah Saham Bumiputera ini. Malah sejak dari kecil lagi, mak ayah kita dah dedahkan kita dengan ASB. Ye lah sebabnya ini salah satu cara pelaburan untuk simpanan mereka demi masa depan kita sekeluarga. Betul kan? Sayangnya masih ramai tak tahu yang pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) lebih menguntungkan daripada simpanan biasa.
Di sini saya akan kongsikan apakah kelebihan yang kita dapat jika membuat pelaburan (simpanan) di dalam Amanah Saham.
Apakah Amanah Saham Ini Sebenarnya?
Amanah Saham yang paling popular dikalangan masyarkat kita adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB). ASB merupakan dana unit amanah untuk Bumiputera Malaysia yang telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990.
Tujuannya adalah untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif yang dapat menjana keuntungan untuk jangka masa yang panjang melalui dividen yang diberikan. Simpanan alternatif ASB ini boleh menjana pulangan dalam bentuk keuntungan wang untuk jangka masa yang panjang secara konsisten.
Maksudnya, pulangan dalam bentuk keuntungan wang ini akan diberikan setiap tahun secara konsisten. ASB ni jugak dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana telah ditetapkan pada kadar harga RM1.00. Apa yang lebih menariknya lagi, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tidak akan dikenakan sebarang caj sama sekali. Bila-bila masa nak jual untuk dapatkan semula wang tunai, silakan.
Tapi kenapa mak ayah kita seperti sangat mementingkan amanah saham, terutama ASB untuk pelaburan mereka? Pernah tak anda terfikir? Nak tahu kenapa ASB ini sangat popular, jom sambung baca point-point yang saya nak kongsi kali ini.
10 Kelebihan Simpanan Amanah Saham
Mengapa digalakkan simpan duit di Amanah Saham? Di sini saya senaraikan sepuluh kelebihan simpanan amanah sahan untuk kita sama-sama tahu. Moga bermanfaat.
1. Pulangan Dividen Yang Baik
Melabur di ASB akan memberikan kita pulangan dividen sehingga 10% tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. Berbeza dengan pelaburan di Simpanan Tetap yang hanya beri dividen sekitar 3% – 3.5%.
2. Simpanan Untuk Jangka Panjang
Menyimpan di ASB juga merupakan simpanan berbentuk pelaburan untuk jangka panjang. Contohnya, kalau anda melabur sehingga RM200k dengan kadar dividen 8% setiap tahun untuk jangka masa 20 tahun, nilai pelaburan ini boleh meningkat menjadi sekitar RM850k hingga RM950k.
3. Boleh Buat Pinjaman ASB sehingga RM200k
Hari ini, anda boleh terus membuat pelaburan melalui pinjaman ASB sehingga RM200k dengan kadar faedah yang lebih rendah dari kadar dividen yang diterima untuk tempoh pinjaman yang panjang sehingga 30 tahun. Menarik kan? Dah lah kita diberi kemudahan pinjaman, siap boleh dapat dividen pulak tu. Kalau buat pinjaman peribadi, agak-agak boleh dapat ke macam ni? Makna kata, anda masih boleh dapat untung selagi kadar dividen lebih tinggi dari kadar faedah.
4. Dividen Yang Diterima Tiada Had
Antara kelebihan melabur di ASB ialah walau kadar pinjaman yang dibenarkan terhad sehingga RM200k, namun dividen yang anda terima tiada hadnya. Maksudnya, dividen tahunan yang diterima setiap tahun kalau tak diusik dan dibiarkan je dalam ASB, kan menambahkan jumlah pelaburan anda. Dan dividen akan dikira berdasarkan jumlah pelaburan yang ada dalam akaun anda tu. Pada akhirnya, jumlah yang anda akan terima boleh melebihi dari RM200k.
5. Pelaburan Boleh Dicairkan Pada Bila-bila Masa
Simpanan atau pelaburan yang dibuat di ASB boleh dicairkan atau dikeluarkan dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang 2-3 minggu. Ini kerana dividen ASB diagihkan secara tahunan tetapi dikira secara bulanan berdasarkan jumlah minimum pelaburan bulan tersebut. Kesan kecairan yang tinggi di ASB sangat membantu ketika berlakunya saat-saat kecemasan yang memerlukan duit segera.
6. Tiada Caj Pengeluaran
Berbanding dengan unit amanah lain yang bukan ASNB atau PNB, pengeluaran atau penembusan pelaburan di ASB tidak dikenakan caj tambahan atau caj pengeluaran.
7. Proses Membuat Pelaburan Yang Mudah
ASB boleh dibuka dengan mudah kerana mempunyai akses yang paling baik dengannya lebih dari 2,800 ejen cawangan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 11 buah bank dan ejen bukan bank.
8. Hukum Melabur di Dalam Amanah Saham Adalah Harus
Menurut keputusan dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
9. Bantuan Khairat Kematian
Antara kelebihan lain bila melabur di ASB ialah ianya memberi bantuan khairat kematian kepada pewaris selama mana anda ada akaun di bawah PNB. Tak kisah sama ada akaun ASB, ASN, ASW 2020 atau lain-lain. Dan tak kisah juga kalau akaun tu tak aktif bertahun-tahun lamanya. Kadar bayaran khairat kematian ASNB dibayar seperti berikut :
- i) 1- 4,999 unit : RM200 tunai + RM800 bantuan keluarga kurang berkemampuan dalam bentuk cek.
- ii)Â 5,000 hingga 10,000 unit : RM1,000 tunai
- iii)Â 10,001 unit ke atas : RM2,000 tunai
Apa yang waris perlu buat hanya perlu pergi  ke pejabat atau cawangan ASNB untuk buat tuntutan khairat kematian dalam masa 6 bulan selepas kematian pemegang akaun. Duit khairat tersebut dikira hangus jika tidak dituntun selepas tempoh itu.
10. Pelaburan Amanah Saham Dijamin Selamat
Bagi yang risau tentang keselamatan pelaburan di ASB, anda tenang-tenang saja. Pelaburan korang insyaAllah selamat kerana ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia (Capital Guaranteed). Dan paling menarik, dividen dan bonus yang anda terima dikecualikan daripada cukai!
Kelebihan Simpanan Amanah Saham Dah Tahu, Kat Mana Nak Beli Dana ASB Ini?
Untuk memulakan pelaburan Dana ASB , kita boleh beli sama ada melalui bank atau ejen bukan bank seperti yang berikut :
- Bank Simpanan Nasional
- Maybank
- RHB
- CIMB
- AffinBank
- Bank MuamalatMalaysia Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Hong Leong Islamic Bank Berhad
- Alliance Bank
- Ambank
- Pejabat pos
Anda juga boleh membuat transaksi seperti menambah bulanan atau melanggan lebih banyak unit untuk pelaburan ASB melalui sistem dalam talian seperti Maybank2u, CIMBClicks dan lain-lain.
Kelebihan Simpanan Amanah Saham Sangat Banyak, Mula Menyimpan Untuk Masa Depan
Pada pendapat peribadi saya, pelaburan ASB adalah cara yang selamat dan mudah untuk kita merancang tambahkan duit simpanan demi kegunaan masa hadapan. Simpanan ini ibarat sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dan dengan adanya simpanan kita boleh rasa lebih terjamin. Yang terbaik, melaburlah untuk tempoh masa yang panjang dan jangan guna dividen yang diterima untuk rai pulangan yang lebih tinggi.
Masa yang kita lalui setiap saat, minit, jam, hari dan tahun ini tidak akan datang kembali. Detik waktu berjalan dan seharusnya jangan disia-siakan. Ada lebihan duit sikit, boleh simpan sikit. Ada lebihan duit banyak, boleh simpan banyak. Tidak ada had tertentu perlu simpan berapa. Apa yang jadi persoalannya di sini, adakah masa yang ada ingin terus dibiarkan hilang atau ingin jadikan ia lebih bermakna dengan simpanan wang untuk kegunaan hari mendatang.
Selain Amanah Saham, Apakah Tempah Simpan Wang Terbaik Yang Lain?
1. Tabung Haji
Kelebihan Tabung Haji :
1) Modal awal yang rendah
2) Modal simpanan dijamin
3) Kos yang rendah
4) Pemberian dividen dan bonus kompetitif
5) Dividen dan bonus dikecualikan cukai
6) Zakat dibayar pihak Tabung Haji
7) Simpanan dan pengeluaran tanpa had
8) Patuh syariah
9) Simpanan untuk menunaikan Haji
2. Private Retirement Scheme (PRS)
Private Retirement Scheme (PRS) / Skim Persaraan Swasta
1) PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.
2) KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!
3) Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
4) Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang.
5) Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.
6) Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.
7) Paling penting sekali, untuk pastikan Kualiti Hidup yang lebih terjamin ketika bersara
Sumber Rujukan :Â Amanah Saham Nasional Berhad & Oh Bulan
Bacaan Menarik Lain :