Cara Mulakan Perniagaan Vending Machine
Ingin tahu Cara Mulakan Perniagaan Vending Machine?
Bila kita mahu bercakap mengenai cara memulakan perniagaan dan untuk membuat keuntungan secara pasif, kita pasti tidak lari dari terjumpa perkataan vending machine.Â
Beberapa tahun belakangan ini, ramai menjadi usahawan yang mula berniaga menggunakan vending machine atau lebih dikenali sebagai mesin gedegang.Â
Vending machine ini sebenarnya dah lama masuk ke pasaran Malaysia, sistem makanan atau minuman layan diri ini telah lama dipasarkan di negara luar seperti Jepun.Â
Kiraan Bajet Untuk Mulakan Perniagaan Mesin Vending
Bajet untuk memulakan perniagaan vending machine ini adalah di antara RM6,000 hingga lah RM20,000. Untuk permulaan harga yang rendah biasanya kita akan beli mesin vending second hand atau menyambung kontrak vendor sebelumnya.
Bagi mereka yang tidak mempunyai bajet setinggi itu dan masih lagi ingin mencuba untuk memasuki bidang ini, alternatif yang boleh diambil adalah dengan menyewa mesin tersebut dan bukannya membelinya. Harga penyewaan mesin adalah dalam lingkungan RM150 hingga ke RM300.
Selain itu, anda jangan lupa setiap kawasan akan ada bayaran tapak yang dianggarkan dalam lingkungan RM2,000-RM3,000 bergantung kepada lokasi tapak.
Jadi pengiraan adalah seperti berikut
Pemilikan Mesin | Beli Mesin | Sewa Mesin |
Harga | RM 10,000 | RM 200 |
Sewa tapak (2 tahun kontrak) | RM 2500 | RM 2500 |
Jumlah | RM 12,500 | RM 2,700 |
Jenis-Jenis Minuman dan Harga
Jenis Air | Kuantiti | Harga |
Air Tin Yeos | 24 tin | RM 21 |
Redbull | 24 tin | RM 40 |
Vico | 24 kotak | RM 31.50 |
Cheers | 24 tin | RM 22.50 |
Coca cola | 72 tin | RM 105.05 |
***Ini adalah anggaran harga sahaja
Jenis-Jenis Vending Machine Yang Popular di Malaysia
Vending Machine Snack
Vending machine snack merupakan antara perusahaan vending yang paling popular untuk memulakan perniagaan mesin vending.
Ia boleh didapati di kilang-kilang dan di sekolah. Antara sebab ia begitu popular adalah disebabkan harganya yang berpatutan dan kebanyakan vending machine snack ini terletak di kawasan yang strategik.
Vending Machine Minuman
Vending machine minuman tidak kurangnya popularnya jika ingin dibandingkan dengan mesin vending snack. Ia boleh didapati di mana-mana tempat baik di stesen LRT, pusat membeli belah, dan di kawasan kediaman seperti flat dan apartment.
Vending Machine Coffee
Vending machine coffee adalah salah satu vending machine yang masih lagi terbuka luas pasarannya. Berbeza dengan vending machine minuman dan vending machine makanan, Vending machine coffee ini tempat dia lebih tertumpu.Â
Kalau anda perasan vending machine coffee seperti costa coffee banyak boleh didapati di pusat petropump seperti Shell.Â
Vending Machine Dobi
Vending machine dobi ini agak lowkey. Ramai yang tidak mengkategorikan vending machine dobi ini sama seperti yang lain. Tapi hakikatnya ia adalah sama.
Cuma yang bezanya adalah vending machine dobi memberikan servis dan bukannya objek. Ini adalah antara bisnes vending machine yang semakin meningkat naik dari segi popularitinya.
Ketahui Cara Mulakan Bisnes Vending Machine
Dalam semua bidang perniagaan ilmu itu diperlukan kalau tidak, mudah untuk kita tersilap langkah tidak kisahlah jenis perniagaan apa yang kita mulakan.
Ada beberapa faktor yang perlu diketahui sebelum memulakan bisnes vending machine
1.   Jenis Barangan
Pertama sekali kalau nak mula buat perniagaan vending machine kena tahu terlebih dahulu apa yang ingin dijual. Lain produk yang dijual lain bentuk keuntungan, kelebihan, dan faktor yang perlu diambil kira.Â
Sebagai contoh, bagi yang menjual produk seperti air tin, boleh dilihat yang air tin juga ada saiz yang berbeza air milo saiznya lebih kecil berbanding air tin jenama yeos.
Dari sini perbezaan dapat dilihat daripada jumlah berapa stok air tin yang boleh diisi dalam satu tempoh masa. Barangan lain seperti makanan, minuman panas, dan snek semuanya ada ukuran saiz yang tersendiri dan boleh memberi kesan kepada jumlah produk yang boleh diisi dalam satu-satu tempoh masa.
2.   Lokasi
Lokasi ini sangat penting. Berdasarkan perkongsian-perkongsian yang boleh dibaca di laman web yang berkongsikan tentang perniagaan ini, boleh didapati yang selain jenis barangan, lokasi juga menjadi tunjang utama keuntungan perniagaan ini.
Jika dilihat yang ramai orang baharu yang memasuki bidang perniagaan vending ini tersalah langkah apabila tidak atau terlepas pandang mengenai kepentingan lokasi.Â
Lokasi yang strategik boleh menentukan musim barangan akan laku, atau jenis barangan yang lebih laku berbanding barangan yang lain, dan akan menentukan jarak perjalanan anda dari lokasi anda ke lokasi mesin tersebut.
3.   Perbaharui Stok
Perbaharui stok merupakan satu aspek yang penting terutamanya jika anda menjalankan perniagaan makanan ataupun minuman panas. Adakah anda tahu sekiranya anda menjual air panas seperti costa coffee, and perlu melakukan semakan secara harian?
Ini kerana andai kata serbuk kopi anda telah habis ataupun susu telah habis, mesin anda masih lagi akan mengambil wang dari pelanggan dan ada kemungkinan pelanggan mungkin hanya akan dapat air panas sahaja.
Ini sememangnya tidak diingini dan perlu diberi penekanan yang sewajarnya.
4.   Pembekal Stok
Selain memperbaharui stok, pembekal juga tidak kurang pentingnya. Apabila kita ingin cari pembekal perlu pastikan yang pembekal mampu memberikan produk-produk yang bermutu dan bukan sahaja murah dan pentingkan keuntungan semata.
Mencari pembekal stok kita juga perlu pastikan yang pembekal stok mampu untuk menyediakan produk-produk mereka dalam masa yang diperlukan.Â
Anda perlu ingat stokis ini ada masanya mempunyai banyak klien dan jika jenis perniagaan anda adalah berbentuk makanan harian seperti nasi berlauk dan mi, kebersihan dan mutu pengeluaran sangat penting untuk pastikan makanan akan sentiasa segar dan boleh dimakan.
5.   Bina Hubungan
Bina hubungan ini agak pelik jika diletakkan di sini tapi ia penting lagi-lagi lah jika and aini newcomer. Bina hubungan dengan masyarakat setempat bukan sahaja dapat membantu anda membina reputasi anda malah anda juga dapat mengetahui demografi penduduk sekeliling.
Kenapa ini penting? Jika anda merupakan pemilik vending machine di bahagian kilang-kilang anda perlu tahu air tin jenis apa yang akan memberikan keuntungan yang optimum untuk anda. Sebagai contoh, jika kilang tempat anda bekerja mempunyai ramai pekerja golongan muda, sesuai untuk anda sediakan lebih air seperti coca cola dan sprite.
Manakala jika mesin anda berada di kilang yang banyak menggunakan tenaga fizikal, membekalkan air seperti 100 plus dan redbull adalah lebih bersesuaian. Nampak sekarang kepentingannya?Â
6.   Harga
Kalau bincang soal perniagaan, wajib untuk kita bincang tentang harga. Ingat tiada harga yang tepat kalau nak diberi untuk perniagaan berbentuk vending machine. Banyak kes di mana pengusaha tempat sendiri yang mencari stokis, dengan cara ini stokis berkemungkinan tidak perlu membayar sewa tapak.
Ada juga kes dimana anda meletakkan dua mesin di satu kawasan yang sama, dan satu mesin di kenakan sewa yang lebih mahal dari yang lain. Selain itu, terdapat juga kes-kes yang pemilik kawasan inginkan ‘share’ untuk setiap pembelian. Ini semua perlu diambil kira jika anda mahu mulakan perniagaan ini.
Terdapat 1001 senario jika topik kewangan ini dibincangkan dan Langkah bijak yang anda boleh lakukan adalah rujuk kepada mereka yang ada pengetahuan lebih dalam selok-belok perniagaan di kawasan itu.
Diharapkan perkongsian tentang Cara Mulakan Perniagaan Vending Machine ini bermanfaat untuk anda. Semoga Berjaya
Baca Juga: