Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Dengan Mudah
Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri Dengan Mudah |Â Pada waktu musim pandemik Covid-19 ini, peratusan perniagaan online semakin melonjak kerana pengguna lebih suka membeli barangan keperluan secara atas talian. Pembeli tak perlu keluar dari rumah dan seterusnya dapat mengurangkan penularan virus Covid-19. Ramai juga yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik ini. Berikutan dari perkara ini, ramai yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara online dan ingin menjana pendapatan untuk meningkatkan ekonomi diri sendiri dan keluarga.
Ramai yang memilih untuk melakukan perniagaan secara online ini kerana mudah, menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan bisnes. Mungkin ada di antara anda yang baru hendak memulakan perniagaan secara online.
Bagaimana cara untuk memulakan perniagaan online?
Apakah yang perlu dilakukan sebelum berniaga di online?
Tips Persediaan Cara Memulakan Perniagaan Online Sendiri
Sebelum memulakan berniaga secara online, anda perlu membuat persediaan. Apakah persiapan yang perlu anda lakukan?
#1 – Niat untuk membuat perniagaan onlineÂ
Anda perlu ada BIG WHY kenapa anda hendak buat perniagaan secara online? Anda kena ada mindset yang betul. Adakah anda betul-betul berminat hendak berniaga, berminat untuk menggunakan sesuatu produk serta kongsi manfaat dengan orang lain sambil membuat perniagaan atau untuk meningkatkan meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.
Big why ini akan memberikan lagi semangat kepada anda untuk melakukan perniagaan secara online.
#2 – Matlamat dalam perniagaanÂ
Untuk memulakan sesuatu perniagaan, anda perlu tetapkan matlamat yang ingin dicapai. Matlamat anda perlulah jelas. Ada angka dan tempoh yang anda ingin capai. Contohnya, ‘Aku nak dapat keuntungan RM500 dalam masa sebulan.’ Anda perlu merancang betul-betul untuk mencapai matlamat anda itu.
Bukan hanya sekadar di mulut, anda perlu tulis matlamat anda dan tampal di tempat yang selalu anda lihat. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda ingin berniaga untuk jangka masa yang pendek atau panjang?
#3 – Mencari ilmu daripada mentor bisnes
Apabila anda telah menetapkan matlamat dan ingin serius dalam perniagaan, anda memerlukan mentor untuk membantu anda memajukan bisnes anda. Mentor diperlukan dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi. Tanpa mentor umpama bisnes anda tiada arah pandu seperti kapal yang tiada nakhoda.
Anda carilah mentor yang boleh guide untuk berniaga. Tak perlu cari sampai ribuan ringgit. Anda boleh mencari stokis-stokis atau agen-agen produk yang membekalkan ilmu, ajar marketing dan guide anda dalam bisnes.
#4 – Konsisten Berniaga
Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, anda perlulah melakukan kerja itu secara konsisten untuk dapat hasil yang memberangsangkan. Begitu jugalah di dalam bidang perniagaan. Anda perlu konsisten untuk mempromosikan produk yang anda jual di online. Anda perlu ingat, anda bukanlah artis atau dikenali, jadi anda perlulah sentiasa kerap melakukan posting di sosial media dan konsisten supaya anda dapat dikenali.
Panduan Cara Memulakan Perniagaan Online Sebelum Mula Beroperasi
Bagi memulakan perniagaan secara online, beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Di sini saya kongsikan cara-cara untuk mulakan perniagaan online :
1. Memilih produk untuk berniaga
Untuk memulakan perniagaan online, anda perlulah memilih produk yang ingin anda jual. Anda perlu mempertimbangkan pemilihan produk yang akan dijual. Pemilihan produk adalah sangat penting. Anda perlulah memilih produk yang telah lama di pasaran, mempunyai permintaan yang tinggi dan kekuatan produk itu sendiri.
2. Mencari Supplier
Setelah anda membuat keputusan produk yang ingin anda jual, anda perlulah mencari supplier bagi produk tersebut. Anda perlu berhati-hati semasa memilih supplier. Pilih supplier yang dipercayai dan senang untuk berurusan dengan anda.
3. Membuat Personal Branding di Media Sosial
Berniaga secara online bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Anda perlulah gain trust daripada pembeli untuk membeli produk dengan anda. Mungkin ramai penjual yang menjual produk sama seperti anda. Bagaimana anda hendak menarik pembeli untuk membeli produk dengan anda? Di sinilah pentingnya personal branding.
Personal branding adalah sangat penting supaya pembeli selesa berjual beli dengan anda. Jika hendak berniaga di platform seperti di Facebook dan Instagram anda perlulah memastikan menggunakan profil anda yang sebenar seperti nama, gambar dan lain-lain yang berkaitan.
4. Content
Content yang dimuat naik di media sosial anda perlulah dirancang dan dikawal dengan baik. Pastikan content di media sosial anda tidak terlalu hard sell dan tidak berunsurkan negatif. Anda perlulah share mengenai produk, testimoni yang anda jual dan juga proses yang anda lakukan semasa berurusan dengan pembeli seperti membungkus atau menghantar produk.
Lagi bagus jika anda kongsikan pengalaman anda sendiri menggunakan produk yang anda jual. Selain menjual, anda juga boleh juga selitkan sekali-sekala kehidupan peribadi anda seperti memasak atau apa-apa aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang.
5. Daftar Akaun Perbankan Online
Jika anda ingin berniaga secara online, perbankan online adalah sangat penting untuk melakukan transaksi. Pastikan anda menyediakan perbankan online untuk memudahkan urusan jual beli.
6.Tetapkan Sasaran Pelanggan Sebagai Pembeli
Sebagai seorang peniaga, anda perlu betul-betul kenal dengan produk sendiri. Anda kena tahu apakah kelebihan produk atau servis yang anda tawarkan. Anda harus mengkaji juga apa masalah pelanggan dan pelanggan bagaimana yang sememangnya perlukan produk atau servis dari anda.
Bila sudah kenal golongan sasaran pelanggan dengan mudah anda boleh tahu pelanggan bagaimana yang sesuai dengan produk atau servis anda. Menetapkan sasaran pelanggan yang betul akan memudahkan lagi urusan anda untuk berniaga dengan laris. InshaAllah.
7. Mulakan Misi Mencari Pembeli
Proses yang seterusnya adalah mencari pembeli. Bagaimana anda hendak mencari pelanggan yang sudi membeli dengan anda secara online? Pada awalnya, mungkin anda boleh mempromosikan produk anda di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat anda. Setelah berjaya mendapatkan pelanggan, anda boleh mempromosikan produk anda di platform online seperti di Facebook dan Instagram. Untuk meluaskan lagi prospek, anda boleh posting di group-group Facebook.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan online anda. Tiada yang mustahil jika anda rajin dan sentiasa berusaha untuk belajar meningkatkan perniagaan online anda.
Sesungguhnya Cara Memulakan Perniagaan Online Ada Kaitan Dengan Rezeki Allah Juga
Seperkara lagi, anda perlu yakin yang rezeki itu dari Allah SWT. Anda perlu seimbangkan antara urusan mencari harta dunia dan juga urusan menambah saham akhirat. Berdoalah. Bermohonlah. Doakan supaya perniagaan yang ingin dimulakan ini mendapat rahmat berkat dariNya dan dijaga keperibadian diri untuk terus mencari rezeki dengan cara halal.
Jika anda tidak ada modal sekalipun, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memulakan bisnes online di rumah. Bisnes online dari rumah tanpa modal ada banyak jenis, pilihlah mana satu jika anda benar-benar tidak ada modal sekalipun. Anda ada banyak pilihan dan gunakan kesempatan yang ada untuk terus mula mengubah masa depan sendiri.
Artikel Menarik Lain :