Jana Pendapatan dengan Grab dan Foodpanda
| |

Jana Pendapatan dengan Grab dan Foodpanda

Jana Pendapatan dengan Grab dan Foodpanda | Di saat negara kita menghadapi pandemik pada tahun 2020 hingga 2021, Ketika itu ramai yang kehilangan kerja, tiba-tiba pekerjaan sebagai rider Foodpanda dan Grab menjadi sangat popular. Di kala semua orang tidak boleh keluar, FoodPanda dan Grab menjadi penyelamat kita.

Order sahaja di telefon pintar, tidak lama kemudian makanan yang kita order sampai di hadapan pintu rumah kita. Mudah kan?

Malah ada juga kita dengar anak muda kita tidak mahu sambung belajar selepas tamat SPM tetapi hanya mahu menjadi rider delivery gara-gara tular bahawa gaji rider Grab dan FoodPanda boleh mencecah 5 angka!

Oleh itu, harini saya akan kongsikan cara sebenar bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan Grab dan FoodPanda dan apakah peluang-peluang yang ada.

Jana Pendapatan dengan Grab

Jana Pendapatan dengan Grab dan Foodpanda

Adakah anda sering menggunakan perkhidmatan Grab? Jika biasanya anda menjadi pelanggan, hari ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Grab.

Ada dua cara untuk menjana pendapatan dengan grab iaitu dengan menyertai merchant (menjual barangan) atau menjadi driver kepada Grab.

Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di bawah. Teruskan baca sehingga habis ya.

Merchant

Ada 2 pilihan merchant untuk anda mendaftar iaitu sebagai GrabFood dan GrabMart.

GrabFood khas untuk pengusaha-pengusaha restoran yang menjual makanan manakala GrabMart pula khas untuk mana-mana kedai selain makanan.

Klik sini sekiranya anda berminat untuk mendftar sebagai merchant.

Driver

Untuk pekerjaan sebagai driver di Grab, Grab tawarkan tiga pilihan untuk anda; bike, car (e-hailing) dan car (delivery). Ketiga-tiga tawaran ini mempunyai insentif dan syarat kelayakan yang berbeza-beza.

Bike

  • Jana sehigga RM700 seminggu
  • Perlindungan insurans untuk kemalangan di stas jalan raya.
  • Ada tiga sumber untuk ada lakukan pnghantaran iaitu Grabfood, GrabExpress, GrabMart
  • Insentif
Bonanza Fare

Jana pendapatan yang lebih tinggi pada waktu puncak ( Untuk negeri terpilih sahaja)

Performance Bonus

Pemberian bonus bagi setiap pesanan semasa waktu puncak sekiranya anda mengekalkan rekod pembatalan yang rendah dan mendapatkan rating yang tinggi. (Lembah Klang, JB, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka)

Weekly Bonus

Dapatkan bonus sekiranya anda melengkapkan jumlah trip tertentuuntuk sepanjang minggu.

Pick-up Bonus

Bonus tambahan untuk setiap kilometer selepas 2 kilometer pertama jarak dari restoran.

 

Sekiranya anda berminat untuk menjadi rider Grab, boleh klik disini.

 

Car (E-hailing)

Driver car e-hailing bermaksud anda menggunakan kenderaan anda untuk membawa penumpang seperti teksi. Untuk memohon, anda perlu mengambil peperiksaan PSV dan memiliki EVP (e-Hailing Vehicle Permit)

  • Jana pendapatan sehinggan RM1500 seminggu
  • Waktu bekerja yang fleksibel
  • Ada 3 jenis penghantaran untuk anda; E-hailing, delivery, Grab Taxi
  • Insentif
Time Booster Bonus

Setiap minit perjalanan anda (jangkaan masa ambil penumpang sehingga penumpang sampai) ada jaminan minimum pendapatan. Sekiranya masa tersebut lebih Panjang daripada jangkaan, pihak syarikat akan β€˜topup’ perbezaan masa tersebut.

Weekend Bonus

Dapatkan bonus tambahan sekiranya anda Berjaya melengkapkan jumlah trip tertentu.

 

Sekiranya anda berminat untuk menjadi driver kereta untuk e-hailing, boleh klik disini.

 

Car (Delivery)

Driver car delivery agak berbeza dengan driver e-hailing kerana untuk driver delivery anda tidak perlu mengambil peperiksaan PSV dan tidak memerlukan permit tetapi anda tidak boleh membawa penumpang. Anda hanya boleh membawa barangan atau makanan sahaja.

  • Jana sehingga RM700 seminggu
  • Waktu bekerja yang bebas
  • Penghantara barangan daripada GrabFood, GrabExpress, GrabMart

Sekiranya anda berminat untuk menjadi driver car dekivery Grab, boleh klik disini.

Foodpanda

Jana Pendapatan dengan Grab dan Foodpanda

FoodPanda merupakan apps yang paling popular di Malaysia untuk pembelian makanan secara atas talian.

Vendor

Salah satu cara menjana pendapatan di foodpanda adalah dengan menjadi vendor atau dengan Bahasa mudah kita katakana membuka kedai di platform FoodPanda. Pembeli akan membeli melalui platform FoodPanda dan rider FoodPanda akan tolong anda menghantar makanan kepada pembeli. Tugas anda hanyalah menyediakan makanan tanpa perlu membuat pemasaran mahupon penghantaran.

Syarat kelayakan:

  • Mempunyai lessen perniagaan yang sah
  • Beroperasi sekurang-kurangnya 4 hari seminggu
  • Sekurang-kurangnya beroperasi selama 4 jam sehari
  • Mempunyai alamat tetap

Untuk mendaftar sebagai vendor Foodpanda, anda boleh klik disini.

Rider

  • Jana sehinggan RM750 seminggu
  • Masa bekerja adalah fleksibel
  • Nikmati pelbagai bonus
  • Tidak wajib mempunyai motor. Boleh menjadi walker atau menggunakan skuter dan lain-lain.

 

Daftar sebagai rider FoodPanda disini.

Kelebihan & kekurangan menjadi grab Driver atau rider Foodpanda

 

Kelebihan

  1. Kedua-dua syarikat menawarkan perlindungan PERKESO kepada rider dan driver.
  2. Ada pelbagai bonus yang ditawarkan disamping kadar bayaran yang telah ditetapkan.
  3. Masa kerja fleksibel. Semakin lama masa anda bekerja, semakin tinggi pendapatan anda.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, ada beberapa cara untuk anda jana pendapatan dengan Grab dan Foodpanda. Anda boleh lihat semula syarat kelayakan dan pilih yang mana adalah yang terbaik untuk anda.

 

Baca Juga:

  1. Β Tips Jana Pendapatan Sebagai Freelance Writer
  2. Siap Sultan Pemurah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *