Cara Mula Melabur Saham Global
Cara mula melabur saham global | Dengan kehadiran ramai sifu saham di Malaysia, rakyat Malaysia kini semakin celik berkenaan jual beli saham. Selain didedahkan kepada Bursa Saham, semakin ramai juga yang mula tertarik untuk melabur di pasaran global.
Kenapa ramai yang lebih tertarik untuk melabur di pasaran global?
Di pasaran global, anda berpeluang untuk memiliki saham-saham daripada syarikat gergasi seperti Apple, Meta, Google, Alibaba, Adidas dan banyak lagi.
Cara mula melabur saham global:
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mencari broker yang menawarkan perdagangan saham antarabangsa. Tidak semua broker menawarkan perkhidmatan ini, jadi penting untuk anda melakukan sedikit kajian.Â
Kebanyakan pelabur terutama sekali di Malaysia akan membuka akaun dengan SAXO Bank. Namun ramai yang masih tidak tahu bahawa anda boleh menggunakan broker tempatan seperti RHB Investment atau Maybank Investment Bank (konvensional).
Bagi anda yang mencari broker tempatan yang patuh syariah, anda boleh membuka akaun dengan MIDF, CGS-CIMB dan BIMB. Ini antara broker tempatan yang boleh dipercayai dan patuh syariah. Broker-broker lain semuanya adalah konvensional.
Dah tahu nak buka akaun dengan siapa, sekarang anda kena cakna produk atau instrumen apa yang anda boleh dagangkan di pasaran global?
Di pasaran saham terdapat 3 produk yang boleh anda dagangkan:
- Ekuiti atau saham – Instrumen ini adalah instrument yang paling popular di kalangan pelabur. Namun di pasaran saham ada banyak sangat syarikat dan anda perlu pastikan saham yang anda nak beli adalah saham patuh syariah. Anda boleh semak saham tersebut patuh syariah atau tidak menggunakan IdealRatings.
- CFD atau Contract For Difference – Instrumen ini sangat berisiko tinggi namun sangat mudah untuk peroleh keuntungan. Akan tetapi instrument ini tidak patuh syariah.
- Options – Instrumen ini antara instrument yang sangat terkenal juga akan tetapi instrument ini masih belum diiktiraf sebagai patuh syariah.
Pilihlah instrument yang sudah jelas patuh syariah. Pilihan kaunter saham di pasaran global sangat banyak. Anda tidak perlu risau akan kekurangan pilihan untuk melabur.
Setelah anda kenalpasti platform dan instrument yang anda mahu gunakan, teruskan dengan proses pendaftaran platform pilihan anda.Â
Anda perlu melengkapkan beberapa kertas kerja terlebih dahulu. Ini termasuk menyediakan maklumat pengenalan dan tempat tinggal, serta beberapa dokumen pengenalan diri yang lain. Anda juga perlu membuka akaun dengan broker, yang serupa dengan akaun bank tetapi akaun tersebut membolehkan anda membeli dan menjual saham.Â
Setelah akaun anda dibuka, anda kemudian boleh mendepositkan wang ke akaun anda dan mula membeli dan menjual saham.Â
Apabila anda mendaftar akaun anda, pastikan anda bertanya tentang sebarang yuran atau komisen yang mungkin dikenakan. Sesetengah broker mungkin mengenakan bayaran bulanan, manakala yang lain mungkin mengenakan komisen setiap dagangan. Anda juga perlu bertanya tentang proses pemindahan wang kerana ini melibatkan pelaburan luar negara.Â
Dengan mengambil tahu semua maklumat diatas, boleh membantu anda bagi memastikan anda dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dagangan saham global anda.
4. Monitor Pergerakan Saham Secara Live
Setelah mendaftar, anda tidak perlu terburu-buru untuk mula melabur. Ya, kami tahu anda sangat teruja untuk mula melabur tapi anda perlu sabar dahulu. Anda perlu perhatikan dahulu bagaimana platform anda berfungsi. Anda boleh merujuk kepada panduan dan mendapatkan harga saham global terkini secara langsung.
Untuk monitor pergerakan harga saham di seluruh dunia, anda boleh menggunakan platform percuma investing.com. Di platform Investing.com juga anda boleh mengetahui berita-berita terkini dimana berita-berita terkini bakal mempengaruhi harga saham yang berkaitan.
5.Fokus Kepada Saham Gergasi
Pilihan yang terbaik sekiranya anda melabur saham global adalah dengan memfokuskan pelaburan nada kepada saham syarikat-syarikat gergasi dan terkenal terlebih dahulu. Cuba elakkan diri anda membeli saham dari syarikat yang tidak terkenal dan ‘penny stock’.
Saham-saham syarikat gergasi yang kita panggil juga saham Blue Chip memiliki ‘volume’ yang besar yang menyebabkan turun naik saha berlaku dengan lebih laju berbanding pergerakan saham-saham syarikat kecil.
Selain itu, saham Blue Chip lebih selamat dan meyakinkan untuk didagangkanwalaupon harganya mungkin agak mahal. Konsep ini sama juga seperti anda berdagang di Bursa Malaysia. Anda digalakkan melakukan jual beli saham-saham yang tersenarai dalam Top 30 FBM KLCI berbanding saham ‘penny stock’.
Kesimpulan
Untuk bergadang di pasaran saham global adalah mudah dan tidak sukar. Yang paling penting anda perlu pastikan anda sudah cukup faham cara berdagang secara teknikal dan fundamental supaya anda tidak perlu menanggung kerugian yang besar. Anda juga perlu pastikan anda mahir dengan selok belok cara melabur dipasaran global sebelum memulakan sebarang pelaburan.
Diharapkan artikel cara mula melabur saham global ini dapat membantu anda. Terima kasih dan semoga berjaya.
Baca Juga:Â