Jana pendapatan dengan Shopee
Jana Pendapatan Dengan Shopee | Bisnes atas talian atau online bisnes kini bukan lagi perkara asing dikalangan rakyat Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia yang menjalankan bisnes online untuk menambah pendapatan. Tidak kurang juga yang menjalankan bisnes online secara sepenuh masa.
Ada pelbagai cara dan platform yang boleh digunakan untuk anda menjalankan bisnes online. Antara yang paling popular sekarang adalah marketplace Shopee.Â
Apa Itu Shopee?
Shopee merupakan salah satu marketplace yang paling popular di Malaysia. Shopee menyediakan platform untuk anda berjual beli secara pusat.Â
Sekiranya anda seorang penjual, tak kira apa jua barang yang anda jual, anda boleh mendaftar sebagai seller di shopee. Anda boleh menjual apa jua produk samada fizikal ataupon digital.
Sekiranya anda seorang pembeli anda boleh terus buat carian di Shopee untuk barangan yang anda hendak beli.
Ini bermaksud apa jua yang anda hendak beli, anda boleh terus mencari di satu platform, iaitu Shopee tanpa perlu mesej satu-satu seller di luar sana. Di Shopee anda boleh terus melihat spesifikasi serta harga produk-produk yang anda ingini.
Anda bayangkan Shopee adalah sebuah shopping mall besar yang menjual pelbagai barangan. Sebagai pembeli mestilah anda suka untuk pergi ke mall yang serba lengkap, murah pula tu. Dan sebagai penjual anda boleh buka shop andadi dalam Shopee dengan sangat mudah. Serba mudah, kan?
Sumber: similarweb.com
Melihat kepada statistik diatas, kita dapat lihat bahawa peluang perniagaan di Shopee sangat besar dengan purata 50 juta pelawat setiap bulan. Oleh itu, tidak salah sekiranya anda hendak menjana pendapatan di Shopee.
3 Cara Menjana Pendapatan di Shopee
Untuk pengetahuan anda ada 3 cara untuk anda jana pendapatan di Shopee. 3 cara tersebut adalah:
- Menjual produk sendiri
- Dropshipping
- Affiliate marketing
Mari saya terangkan dengan lebih lanjut:
1. Menjual Produk Sendiri
Sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda boleh mula menjual produk anda di Shopee. Mungkin juga anda agen atau stokis mana-mana produk dan mempunyai stok di tangan, anda juga boleh menjual produk anda di Shopee.Â
Bagaimana caranya?
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu buka akaun anda di shopee seller centre dan isikan maklumat diri anda selengkapnya. Selepas itu anda boleh mula memasukkan produk ke dalam shop anda. Mudah sahaja kan?
2. Dropshipping
Perniagaan jenis dropship kini sudah tidak asing lagi di Malaysia. Hal ini kerana terdapat lambakan syarikat bumiputra yang menawarkan perniagaan dropship, malah kebanyakkannya tanpa modal!
Apa itu dropshipping?
Dropshipping adalah anda menjadi agen jualan kepada mana-mana produk yang anda berminat tanpa anda perlu membeli stok dan kemudian menjualnya kepada pembeli.
Tugas anda sebagai dropshipping hanyalah mempromosikan dan menghebahkan tentang kewujudan dan kebaikan produk tersebut. Apabila ada pembeli, anda akan memberitahu pihak syarikat dan pihak syarikat yang akan menguruskan proses penghantaran kepada pembeli. Anda akan mendapat komisyen atau keuntungan daripada setiap pembelian.
Pendek kata, sebagai dropshipper anda adalah orang tengah di antara pembekal dan pembeli.
Untuk mengetahui cara menjadi dropship di Shopee, anda boleh dapatkan cara lengkap di sini.
3. Affiliate Marketing
Apa pula affiliate marketing ni ya?
Affiliate marketing agak baru di kalangan rakyat Malaysia walaupon sistem ini sudah lama wujud di negara luar. Sistem affiliate hampir sama dengan sistem dropshipping tetapi ada sedikit sahaja perbezaan.
Secara amnya, affiliate marketing bermaksud anda perlu mempromosikan link affiliate anda, dan pembeli akan klik link affiliate anda dan membeli daripada situ.
Sebagai affiliate marketer di Shopee, anda tidak perlu mendaftar dengan shop di shopee, tetapi anda boleh mendaftar dengan Inolve Asia dan memilih Shopee sebagai marketplace pilihan anda.Â
Perbezaan Dropshipping dan Affiliate Marketing
Terdapat beberapa perbezaan antara Dropshipping dan Affiliate Marketing antaranya adalah:
- Orang tengah : Sebagai dropship anda perlu berhubung dengan pembeli sebagai orang tengah antara anda dan pembekal, tetapi sebagai affiliate marketer anda tidak perlu berhubung dengan pembeli. Semua urusan jual beli hanya melibatkan perhubungan pembeli dan pembekal sahaja.
- Komisyen: Biasanya sebagai dropship komisyen anda adalah tetap, contohnya rm5 untuk produk A, Rm10 untuk produk B, manakala affiliate marketing biasanya mengikut persen (%) sesuatu produk itu. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya pihak syarikat mengubah harga atau membuat promosi, anda tetap mendapat % yang sama.
- Cara menjual: Sebagai dropship anda perlu menjual dan mencari pembeli untuk produk anda manakala untuk affiliate marketing lebih sesuai untuk content creator kerana affilite marketing lebih tertumpu kepada soft selling.
Penutup
Akhir kata, untuk jana pendapatan di Shopee ada tiga cara iaitu menjual produk sendiri, dropshipping dan affiliate marketing. Anda boleh pilih cara mana yang sesuai dengan anda dan anda boleh mulakan langkah pertama anda sekarang.Â
Diharapkan artikel jana pendapatan dengan shopee ini bermanfaat untuk anda.
Baca Juga: