kisah-kejayaan-usahawan-online
|

Kisah Kejayaan Usahawan Online, Satu Kaki Pun Boleh Berjaya!

Kisah Kejayaan Usahawan Online, Satu Kaki Pun Boleh Berjaya! | Kisah kejayaan usahawan melalui bisnes Shopee dan Lazada memang ada. Orang biasa mungkin tidak perasan kerana selalunya hanya guna Shopee untuk urusan beli barang. Hingga saat ini, jumlah penjual di platform Shopee telah meningkat lebih dua kali ganda dan pastinya pihak Shopee sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan para peniaga yang menggunakan platfrom mereka.

Ada yang hanya berniaga secara sambilan tanpa produk fizikal (kaedah dropship) atau secara kecil-kecilan tapi mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Anda harus percaya, untuk berjaya perlu melalui proses-prosesnya. Di sini saya kongsikan beberapa kisah dan testimoni usahawan yang berjaya melalui bisnes yang mereka buat melalui platform e-dagang seperti di Shopee dan Lazada. Usahawan-usahawan ini patut dijadikan contoh untuk memberi inspirasi kepada para peniaga yang lain.

Apakah ada rahsia dan tip-tip kejayaan pada usahawan-usahawan ini? Baca artikel ini hingga habis untuk tahu mengenainya.

Kisah Kejayaan Usahawan Online #1 : Wanita Kaki Satu Pun Boleh Berjaya!

Kisah Kejayaan Usahawan Online yang pertama ini benar-benar menjentik hati. Siapa sangka hanya dengan Perniagaan Atas Talian (Shopee) telah mampu mengubah hidup wanita ini untuk lebih berjaya dan bersemangat.

Kisah inspirasi usahawan wanita yang bernama Zeeda Aziz ini benar-benar boleh memberikan semangat kepada peniaga di luar sana kerana beliau boleh berjaya walau hanya punya satu kaki. Bukan sahaja merupakan seorang wanita, malahan beliau merupakan seorang wanita OKU yang berdiri di atas satu kaki tetapi semangat beliau mampu memberi inspirasi kepada peniaga yang lain.

kisah-kejayaan-usahawan-online
kisah kejayaan Usahawan Shopee

Boleh Tak Satu Kaki Ni Buat Apa Dua Kaki Buat! – Puan Zeeda

Sebelum menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang di sekeliling Puan Zeeda menangis. Mereka menangis kerana membayangkan kecacatan beliau nanti akan menyusahkan dirinya. Agaknya mereka fikir pengakhiran nasib yang sedih selepas kaki dipotong. Bagaimana beliau akan menjalani kehidupan selepas ini, tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dan sebagainya.

Berlainan pula perasaan Puan Zeeda waktu itu. Beliau tidak berasa sedih dan tidak menangisi nasibnya. Dalam hatinya terdetik, “Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yang dua kaki buat!”

Beliau redha jika ditakdirkan tiada, suami decide untuk angkat kaki (tetapi Alhamdulillah Puan Zeeda dan suaminya masih pasangan suami isteri yang bahagia sehingga sekarang) dan tiada majikan yang hendak menggajikan beliau. Di fikirannya, beliau akan mencari jalan untuk meneruskan kehidupan nanti.

Perjalanan Berniaga Di Shopee

Menerusi sebuah β€˜posting’ di Facebook, Zeeda berkongsi cerita tentang keadaan hidupnya sebelum menjalani amputasi kaki kiri.

Difahamkan lagi, kaki kirinya terpaksa dipotong oleh kerana penyakit kanser yang dideritainya. Meskipun kakinya terpaksa dibuang, Zeeda tetap kuat malah dia tidak berasa sedih langsung tetapi sangat teruja untuk mencabar diri sendiri.

Reda dengan nasib diri, Zeeda tidak berputus asa dan memulakan bisnes β€˜online’ meskipun hanya berjaya menjual 1 item pada bulan pertama di Shopee.

Seperti peniaga yang lain yang baru mula berniaga, perniagaan Puan Zeeda di Shopee agak sendu. Jualan bulan pertama hanya dapat 1 order sahaja yang nilai jualannya RM30. Masuk bulan kedua, ada peningkatan sedikit. Puan Zeeda berjaya mendapat 7 pesanan yang bernilai RM254.55.

Dua bulan pertama berniaga di Shopee, seperti hidup segan mati tak mahu. Apabila masuk bulan yang ketiga, bilangan pesanan meningkat ke 8 pembeli tetapi nilai jualan tidak banyak perbezaannya, malahan lagi kurang dari bulan sebelumnya. Walaupun sedih tetapi Puan Zeeda tidak patah semangat.

Oleh kerana nekad ingin melariskan jualannya, Zeeda mempelajari ilmu perniagaan di Shopee sealama sebulan. Sejak itu, jualannya meningkat sehingga 497%.

kisah-kejayaan-usahawan-online
kisah kejayaan Usahawan Shopee

“Jadi, saya ambil masa sebulan untuk mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye, Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Saya tak salah tulis,”Β kata Puan Zeeda.

“Kemudian saya belajar lagi. Fahamkan lagi apa yang boleh saya perbaiki. Saya kena tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi. Jadi akal yang masih berfungsi ini, saya gunakan secukup-cukupnya,”Β ujar beliau lagi.

 

Alhamdulillah, sekarang Puan Zeeda kini sudah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu beliau membungkus barang dan penghantaran ke courier. Sales kini 4 angka setiap hari,

usahawan-online-shopee
kisah kejayaan Usahawan online Shopee

Cabaran Puan Zeeda Sebagai OKU, Peniaga, Isteri dan Ibu Kepada 4 orang Anak yang Masih Kecil!Β 

Cuba bayangkan dalam kesulitan yang dihadapi oleh Puan Zeeda ketika melangkah dengan topang di ketiak, ke sana ke mari beliau mencari barang untuk dijual. Pada waktu hujan kan lantai licin, langkah yang diambil perlu berhati-hati, khuatir tergelincir. Barang yang berat diangkat masuk ke kereta dan perlu mengimbang badan supaya tak jatuh.

Setiap hari semasa mula berniaga di Shopee, jadual harian beliau sangat padat pada waktu pagi sehinggalah ke tengah malam. Beliau perlu mencari stok, membungkus barang, product photoshoot dan editing/marketing. Beliau memberikan 300% komitmen untuk terus bangkit dari kejatuhan. Tambahan pula, Puan Zeeda perlu menjaga 4 orang anak yg masih kecil dan bersekolah.

Sekarang Puan Zeeda masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini supaya bisnes kecil beliau ini mampu memberikannya modal untuk dapat rehat yang baik di hari tua kelak.

 

Pesanan Dari Puan Zeeda

“Usahlah marah dengan takdir. Takdir tertulis di Lauh Mahfudz,”Β pesan Puan Zeeda.

Puan Zeeda tidak marah apabila Allah s.w.t uji beliau dengan kanser. Beliau tidak bersedih apabila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Apa yang beliau marah jika dirinya tidak cukup berusahadan meratapi nasib dirinya. Setiap hari Puan Zeeda panjatkan doa semoga Allah s.w.t memberikan kekuatan berganda dari setiap ujian yang datang walaupun kaki hanya tinggal satu.

 

Kisah Kejayaan Usahawan Online #2 :Β  Kerugian Lalu Bukan Penamat Segalanya!

John Jenin pernah mengalami kerugian yang teruk untuk order pertama yang diterima di Lazada!

Puncanya, adalah disebabkan beliau tidak begitu mahir tentang bagaimana proses penjualan dan penghantaran di Lazada dijalankan walaupun pada waktu itu, beliau telah menghadiri kursus secara online di Lazada University dan telah dapat sijil hadir latihan dan ujian dengan jayanya.

Namun teori tidak sama dengan praktikal. Menceritakan kisah pengalamannya dulu, selepas John Jenin meletakkan barang di website Lazada, untuk hari pertama sahaja beliau telah berjaya mendapat 5 order!Β  Dalam tempoh kurang seminggu, 5 barang tersebut telah selamat sampai kepada pelanggan, tetapi mengikut rekod Lazada, beliau masih belum hantar barang tersebut!

Akhirnya duit yang dibayar oleh pelanggan dipulangkan semula oleh pihak Lazada kepada pelanggan tersebut. Beliau telah mengalami kerugian hampir RM500 pada waktu itu. Sekarang beliau telah berjaya menjana sehingga 5 angka sebulan di Lazada.

income-seller-lazada
pendapatan seller online

 

Sumber :Β FB Cara Jual Shopee

Kisah Kejayaan Usahawan Shopee Lazada Bukan Untuk Riak Tapi Untuk Beri Semangat

Anda terinspirasi dengan kisah kejayaan mereka? Betullah kata orang, ‘Hendak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih.’ Semoga perkongsian kisah usahawan yang berjaya melalui bisnes Shopee dan Lazada ini menjentik semangat anda untuk terus bangkit dan memajukan diri.

Membaca kisah kejayaan beberapa penjual wanita Shopee di media sosial dapat membuka hati dan minda usahawan baru nak sedang usaha naikkan sales jualan. Lagi-lagi seperti kisah Puan Zeeda yang tidak mengalah hingga ke saat ini. Jangan jadikan kekurangan diri sebagai penghalang kerana sesungguhnya rezeki di bumi Allah SWT ini sangat luas. Atas kita saja untuk usaha dan berdoa ataupun sekadar duduk memeluk tubuh.

Berminat nak bergelar salah seorang usahawan online internet melalui Shopee? Anda boleh menyertai Bengkel Usahawan Shopee sebagaimana yang pernah Puan Zeeda ikuti dulu. Untuk Lazada juga sama, boleh cari ilmu cara jual di Lazada untuk naikkan kadar jualan.

Semoga kisah usahawan bisnes online berjaya di Malaysia melalui Shopee dan Lazada ini dapat membuka mata kita semua supaya teruskan perjuangan masing-masing.

 

Artikel Menarik Lain :

 

Β 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *