Resepi Cheesy Potato Wedges Air Fryer
Resepi Cheesy Potato Wedges
Bahan-bahan:
2 biji kentang bersaiz sederhana
Bahan-bahan untuk perapan:
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil herba campuran
½ sudu teh kepingan cili merah
Secubit garam atau mengikut citarasa
1 sudu besar jus lemon
1 cawan molten cheese
Cara-Cara:
Rebus kentang separuh masak.
Campurkan bahan-bahan perapan dan masukkan kentang ke dalamnya. Kemudian gaul dan pastikan ia bersalut dengan baik.
Panaskan Air Fryer selama lebih kurang 5 minit pada suhu 300 Fahrenheit.
Masukkan kentang ke dalam air fryer dan masak pada suhu 200 Fahrenheit selama 20 atau 25 minit.
Semasa proses memasak di dalam air fryer, ubah posisi kentang dua atau tiga kali supaya ia masak dengan betul.
Setelah masak letak keju di atasnya dan hidangkan.
Diharapkan anda mencuba resepi Cheesy Potato Wedges Air Fryer yang sedap dan mudah ini.
Baca Juga: Resepi Salad Kentang