bisnes-air-balang
|

Cara Memulakan Bisnes Air Balang Dan Buah Potong

Cara Memulakan Bisnes Air Balang Dan Buah Potong | Bisnes Air Balang sudah lama ada dan hingga kini masih ramai yang buat. Ini kerana bisnes air balang ini sangat mudah untuk memulakannya. Kos untuk memulakan perniagaan air minuman ini pun tak lah sebesar mana. Jika tahu cara buat air minuman yang sedap, unik dan nampak menarik untuk dijual, anda pasti dapat meraih pendapatan yang tinggi.

Idea jual air siapa saja boleh buat. Sebagai contoh, bisnes jual air teh ais dan bisnes air jambu banyak yang dilakukan oleh anak-anak muda. Yang penting kena tahu, apakah langkah untuk memulakan perniagaan air minuman ini. Jika nak jual buah potong pun boleh! Kalau rasa nak jual air minuman bersama buah potong sekaligus, itu lebih menarik lagi.

bisnes-air-balang
bisnes air balang

Antara air minuman yang sering mendapat perhatian di hati pembeli adalah :

  • air milo
  • air tembikai
  • air teh bunga
  • air jagung
  • air teh ais kaw
  • air kopi ais susu pekat melekat
  • air coconut shake
  • air cincau
  • air tebu

Untuk buah potong pula, antara senarai buah potong yang sering mendapat perhatian pembeli adalah :

  • buah jambu batu
  • buah nenas
  • buah betik
  • buah tembikai merah
  • buah tembikai susu

 

Buah yang potong tu kalau tak habis jual esok boleh jual lagi tak? Jawapannya, jika masih elok boleh lagi dijual tetapi jika sudah tak elok, hendaklah di buang. Ianya bergantung pada keadaan. Untuk minuman, nak tak nak sudah tentu kena bancuh yang baru. Jika perniagaan hari itu, airnya tidak habis boleh disedekahkan.

Panduan Cara Memulakan Bisnes Air Minuman Untuk Pemula

Berminat nak lakukan perniagaan bisnes air balang tapi tak tahu cara nak mula? Tak sabar nak tahu cara buat air balang untuk jualan? Di sini saya kongsikan tips bermanfaat cara mula berniaga atau buat bisnes air minuman ini. Baca hingga habis untuk tahu apakah tindakan awal untuk buat bisnes air termasuk berapa modal untuk memulakan bisnes ini?

Tips-tips di bawah ini bukan saja berguna untuk memulakan bisnes air balang bahkan berguna sebagai panduan untuk memulakan bisnes tepi jalan yang lain juga. Anda boleh gunakan tips ini sebagai panduan cara buat bisnes air minuman tepi jalan termasuk bisnes yang lain seperti jual buah potong, orang yang menjual kuih, goreng pisang, nasi lemak, keropok lekor dan lain-lain jenis perniagaan tepi jalan.

8 Panduan Cara Memulakan Bisnes Air Sebagai Rujukan

1. Cari Jalan Dua Hala Yang Tak Menganggu Lalulintas

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk berniaga tepi jalan, anda kena elakkan berniaga di tepi jalan yang jalannya hanya sehala. Maksud jalan sehala ini, jalan yang ada pemisah (divider) ditengah-tengah. Jalan sehala ini, selalunya pemandu akan memandu laju dan susah nak berhentikan kenderaan untuk singgah membeli di gerai anda.

Cara terbaik pastikan jalan itu bersifat dua hala. Lebih baik jika kawasan jalan itu berdekatan dengan lokasi taman-taman perumahan. Nak lagi baik, kawasan itu diletakkan tanda had laju sekitar 40km/j ke bawah. Kawasan begini, pemandu akan memandu kenderaan dengan lebih perlahan dan bolehlah mereka memberhentikan kenderaan dengan lebih mudah untuk beli minuman di gerai anda.

2. Letak Gerai Di Sebelah Kiri / Kanan Jalan Berpandukan Masa Berniaga

Jika anda berniaga di sebelah petang pada anggaran masa sekitar jam 3 hingga 7 petang, pastikan gerai ada di sebelah jalan yang laluannya menghala untuk orang pulang ke rumah. Barulah senang orang nak singgah gerai anda sewaktu masa mereka pulang dari kerja. Tak adalah perlu berhentikan jalan kemudian perlu lintas atau terpaksa buat pusingan u.

Tapi, jika anda berniaga di sebelah pagi. Pastikan gerai berada di sebelah laluan yang menghala ke bandar atau ke pekan, yakni destinasi utama untuk orang keluar bekerja. Barulah ada potensi pembeli yang lebih ramai.

3. Cari Tempat Yang Mudah Untuk Pelanggan Parking

Lokasi yang mudah untuk pelanggan berhenti atau parking akan memberi lebih kelebihan berbanding tempat yang cukup susah nak parking. Semasa memilih lokasi untuk mula meletakkan gerai ini, pastikan ada ruang untuk orang berhenti parking dengan mudah. Sebaiknya masih ada ruang di bahu jalan untuk pelanggan berhenti.

bisnes-air-minuman
berniaga air balang

4. Berniaga Dekat Dengan Gerai Lain , Lagi Baik Duduk Sebelah Menyebelah

Ramai perniaga anggap berniaga dekat dengan peniaga lain akan menyebabkan adanya persaingan. Sebenarnya tanggapan tu salah. Kalau ada orang lain berniaga disebelah kita, itu adalah lebih baik. Tapi pastikan berniaga menu yang tidak serupa. Kalau berniaga menu yang sama sudah tentulah boleh wujudkan persaingan dalam berniaga, pembeli pun naik pening nak beli menu yang mana.

Meletakkan gerai di tempat yang ada banyak gerai lain akan membuatkan pembeli lebih suka untuk berhenti. Pembeli memang gemar tempat yang ada banyak pilihan untuk mereka memilih jenis makanan yang hendak dibeli. Jadi, jika lepas ini ada orang lain datang pacak gerai disebelah gerai anda, jangan cepat marah melenting. Tanya dulu dia berniaga apa, jika tak sama produk apa salahnya untuk berniaga bersama-sama.

5. Gantung Banner Besar Untuk Tahu Pelanggan Tahu Anda Jual Apa Dari Jauh

Tahap pandangan pemandu agak terbatas. Jadi, ada baiknya anda letak banner besar yang sudah boleh nampak dari jauh untuk tarik perhatian pemandu yang bakal menjadi pembeli untuk gerai anda. Setakat meja dan payung saja tak memadai. Pemandu bukan mudah untuk terus berhenti untuk tanya satu demi satu gerai, ada jual minuman dan makanan apa.

Untuk jenis perniagaan tepi jalan ini, banner adalah salah satu benda yang sangat penting untuk memberitahu orang ramai tentang apa yang anda jual. Bila ada banner, dari jauh orang dah boleh nampak dan tahu anda jual apa! Bila orang dah tahu anda jual apa, maka mereka tak teragak-agak untuk berhenti dan membeli.

Jangan pula dibiarkan banner itu hingga tahap berhabuk tidak bertukar. Dalam tempoh tertentu, tukar dengan banner design baru supaya kelihatan lebih menarik.

6. Layan Pelanggan Dengan Pantas

Soal masa juga perlu diberi perhatian. Pelanggan yang berhenti untuk beli minuman dan makanan ini tidak suka tunggu lama kerana mereka perlu teruskan perjalanan. Sebaiknya, setiap order dapat di bungkus dalam masa kurang dari tempoh masa 10 saat. Lebih baik, pelanggan order terus boleh hulur pesanan dan terima bayaran.

Untuk peniaga baru, perlu lakukan latihan membungkus air supaya tidak terkial-kial di depan pelanggan. Praktis cara bungkus dari ceduk dan ikat supaya dapat membiasakan diri.

7. Pastikan Air Wajib Jual Turut Ada Sebagai Tarikan Utama (Air Milo)

Kalau anda berniaga di tempat yang agak padat pembelinya, sebagai contoh di pasar pagi, pasar malam atau pesta, jenis minuman yang dijual perlu diberi perhatian. Berniaga di tempat begini akan menyebabkan wujudnya persaingan. Dalam masa yang sama, pembeli yang berjalan akan terdiri dari orang yang berbeza. Kebanyakan pembeli pula terdiri dari anak-anak dan ibubapa. Maka untuk tarik perhatian pembeli ini, pastikan ada air yang boleh menarik perhatian si anak. Sebagai contoh air milo atau air coklat.

Kanak-kanak ni mmang takkan pandang air lain, air milo atau air coklat saja yang mereka selalu tahu dan mahu. Bila anak-anak dah mintak air, mak ayah pun akan turut beli air untuk diri mereka masing-masing.

8. Modal 1/3 Daripada Keseluruhan Untung

Berniaga air minuman balang ini, pastikan modal harian untuk kos buat satu balang air itu hanya 1/3 atau 1/4 sahaja dari hasil jualan.

Contohnya, kos untuk buat 1 balang air jambu ialah RM20 tapi bila habis terjual 1 balang air itu, anda boleh dapat RM80.

Dengan cara ini juga, ianya membuatkan anda lebih tenang berniaga dan tak ada terasa “down” sangat bila air anda tak habis. Sebab anda dah tahu, anda hanya perlu jual 1/4 balang sahaja air untuk memastikan anda balik modal pada hari tersebut.

5 Kesilapan Utama Yang Sering Dilakukan Dalam Cara Memulakan Bisnes Air Balang

Tadi saya kongsikan tips bagaimana nak berjaya dalam bisnes perniagaan air balang, ini pula antara kesilapan utama yang para peniaga air minuman ini lakukan.

  • Tak ada ilmu dalam bisnes jual air minuman
  • Rasa air tidak sedap
  • Salah pilih lokasi berniaga
  • Tak pandai layan pelanggan
  • Tak tahu kira cara modal, untung dan rugi

Resepi Cara Buat Air Tembikai Balang Paling Ringkas Untuk Jualan

Berminat untuk berniaga air tembikai balang? Tak tahu bagaimana nak buat air tembikai yang sedap untuk jualan? Di sini saya kongsikan sekali resepi cara buat air tembikai balang yang paling ringkas untuk anda yang baru nak mula berniaga.

Bahan-bahan ini adalah persedian membuat jus tembikai untuk balang air 24 liter.

  • 1-3 biji buah tembikai
  • Air masak
  • Pewarna merah

Sebelum dipersiapkan untuk dijual di tapak jualan, semua bahan ini perlu disediakan terlebih dahulu di rumah. Nanti bila sudah tiba di tapak jualan, hanya perlu ditambah ais sahaja.

  1. Kupas tembikai dan potong isinya kecil-kecil.
  2. Masukkan isi tembikai tadi sehingga separuh pengisar.
  3. Tuang air masak sehingga suku pengisar.
  4. Kisar bahan tadi sehingga sebati.
  5. Tuang bahan yang dikisar ke dalam balang air.
  6. Ulang proses mengisar ini sehingga isi tembikai tadi habis.

Bila sudah tiba di tapak jualan, beberapa persediaan perlu dilakukan.

  1. Tuang jus tembikai yang dikisar tadi ke dalam balang air besar.
  2. Tambahkan lagi 1 liter air ke dalam balang.
  3. Masukkan pewarna merah setitik demi setitik sehingga warna mendapat warna merah yang cantik.
  4. Masukkan ais kiub 1 bag sehingga penuh balang air.
  5. Kacau rata dan sedia untuk dijual

Ilmu Cara Memulakan Bisnes Air Perlu Dicari Untuk Terus Perbaiki Mutu Perniagaan

Nak berjaya dalam dunia perniagaan, ilmu untuk cara memulakan bisnes air minuman ini perlu terus di cari dari masa ke semasa. Ini kerana perniagaan itu sendiri pasti ada cabarannya. Dengan mencari ilmu dan membaca pengalaman orang lain yang telah lama dalam bidang perniagaan bisnes air minuman ini, anda boleh tahu cara bagaimana untuk keluar dari masalah yang berkaitan nanti.

Kenapa Air Balang? Sebab ianya sememangnya ada permintaan tinggi dan memang orang akan cari. Air balang, jika penjual buat sedap atau dengan kata lain, orang kata ‘Kaw airnya, memang orang akan ulang beli. Itu sebab air balang ini salah satu bisnes yang bagus.

Benarkah perniagaan bisnes air balang ini menguntungkan? Jawapanya adalah ya. Memang benar bisnes air minuman tepi jalan ini boleh memberi keuntungan bisnes hingga ribu ringgit sebulan, bahkan ada yang berjaya meraih pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Namun, anda perlu bersungguh-sungguh dan konsisten. Berniaga tepi jalan ini perlu rajin. Tak boleh hari ini buka kedai, esok tak buka.

Jika sudah ditentukan lokasi untuk berniaga, teruskan berniaga tiap hari kerana takut nanti kerana anda malas tiba-tiba tempat tersebut sudah ada peniaga lain yang datang memacak gerai mereka.

Sumber Rujukan : airbalang.com

 

Baca Artikel Menarik Lain :

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *