kerjaya sebagai home tutor
|

Buat Duit Dengan Tuisyen, Gaji Guru Tuition Lumayan

Buat Duit Dengan Tuisyen, Gaji Guru Tuition LumayanΒ | Zaman pandemik hari ni, ramai yang berpusu-pusu buat 2-3 kerja dalam sehari. Maklumlah, ramai yang diberhentikan kerja, gaji kena potong separuh, cuti tanpa gaji dan sebagainya. Bab bonus jangan cakap lah. Tak nampak bayang langsung. Yang baru habis belajar tu pulak, susah nak dapat kerja. Takde syarikat yang nak amik pekerja baru. Stres kan?

Bila cakap bab cari duit tambahan, kita selalu kaitkan dengan business dropship, stokis, jual produk tu, jual produk ini. Betul tak? Semua ni perlukan duit modal juga, bukan free je. Tapi pernah tak anda terfikir gunakan ilmu yang ada untuk jana pendapatan sebagai guru tuisyen. Ye guru tuisyen. Haa jangan tak tahu, ramai yang dapat survive hari ni dengan mengajar tuisyen je. Boleh jana angka sebulan tu. Modal hanya ilmu, masa dan tenaga.

Pelukan Duit Tambahan? Nah Baca Cara-cara Buat Duit Sebagai Guru Tuisyen, Boleh Dapat 4 Angka Sebulan

Buat duit dengan tuisyen ini sudah lama dan ianya semakin berkembang pesat. Jika dulu ramai guru membuat kelas tuisyen secara part time tapi kini ia seakan sebuah bisnes yang menguntungkan. Jika anda seorang yang suka mengajar dan punya pengalaman sebagai seorang tenaga pengajar, anda boleh mulakan bisnes sebagai seorang guru tuisyen ini. Buatlah secara bersungguh-sungguh kerana minat mengajar itu boleh membantu anda buat duit sebagai income pendapatan setiap bulan.

Hari ni, bila anak-anak kena belajar dari rumah, ramai ibu bapa yang risau tentang tahap pembelajaran dan prestasi anak-anak mereka. Lagi-lagi bila ada yang kena amik peperiksaan penting tahun ni. Belajar dekat rumah tak sama dengan belajar di sekolah. Tahap penerimaan dan fokus sangat berbeza. Tak hairan lah bila ramai ibu bapa sanggup berhabis duit masukkan anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen demi untuk pastikan anak-anak mereka berjaya.

Bagaimana nak mulakan bisnes home tuition. Apakah cara dan tips untuk menjadi seorang guru home tuition ini? Teruskan pembacaan untuk mendapat maklumat yang berkaitan bagaimana untuk buat duit dengan tuisyen ini.

tips jadi guru tuisyen
tips jadi guru tuisyen

Buat Duit Dengan Tuisyen Adalah Benar! Ketahui Ciri Kelayakan Menjadi Guru Tuisyen Yang Bagus

Walau nampak kerja sebagai guru tuisyen ni mudah, tapi anda kena tahu beberapa perkara untuk jadikan anda seorang guru tuisyen yang bagus. Sebabnya bukan anda seorang je yang jadi guru tuisyen. Jadi nak bersaing dengan yang lain, kena lah ada kualiti ekstra dalam diriΒ  anda tu. Adakah anda hendak mengajar tuisyen ini sekadar untuk mendapatkan wang? Jika ya jawapannya, anda patut lupakan saja.

Menjadi seorang guru walaupun sekadar mengajar tuisyen memerlukan kelayakan yang sesuai. Ini kerana urusan mengajar tuisyen melibatkan kepakaran mengajar supaya pelajar dapat faham apa yang cuba diajarkan. Syarat menjadi seorang guru tuisyen mungkin tidak seketat syarat menjadi seorang guru tetap tetapi ianya tetap perlu diberi perhatian.

Apa kelayakan nak jadi guru tuisyen ini? Antara ciri kelayakan untuk menjadi guru tuisyen yang bagus adalah seperti yang di bawah ini.

1. Ilmu

Perkara pertama yang paling penting, kena ada ilmu. Takde ilmu macam mana nak mengajar. Tak kisah lah subjek apa yang anda nak ajar, janji anda betul-betul mahir dan up to date dengan silibus subjek tersebut. Baru lah rasa lebih yakin nak mengajar.

2. Minat

Keduanya kena ada minat. Ada ilmu tapi takde minat tak jadi juga. Minat yang akan buat anda terus survive dan bersemangat untuk mengajar. Kalau tak, separuh jalan je lah niat anda tu. Paling penting niat kerana Allah. InsyaAllah semua akan dipermudahkan.

3. Pandai promote diri

Ketiga anda kena pandai promote diri sendiri. Gunalah segala media sosial dan pengaruh kawan-kawan yang ada untuk sebarkan servis yang anda tawarkan. Nak guna cara offline pun bagus. Paling mudah edarkan pamplet servis anda dan masukkan dekat dalam peti surat di setiap kediaman berhampiran kawasan perumahan yang terdekat dengan kawasan kediaman.

Cara Buat Duit Dengan Guru Tuisyen

Ada 2 cara untuk anda boleh buat duit dengan guru tuisyen. Satu dengan mengajar di pusat-pusat tuisyen atau lagi satu mengajar di rumah-rumah. Setiap satu ada kebaikan dan kelemahannya. Jom kita tengok.

1. Menjadi Guru Tuisyen di Pusat Tuisyen (Boleh Mengajar Tuisyen Part Time)

Cara ni paling senang nak buat duit. Mula-mula anda surveyΒ  pusat-pusat tuisyen yang ada berhampiran dengan kawasan perumahan anda. Kemudian hantarlah resume pada semua pusat tuisyen tersebut. Dalam resume tu inform subjek apa yang anda boleh ajar. Kalau ada lebih dari satu subjek tu dah kira bonus untuk anda.

Antara kelebihan mengajar di pusat tuisyen ialah anda tak perlu pening tentang bayaran yuran tuisyen sebab cukup bulan, anda akan terima gaji. Student datang ke, tak datang ke, gaji anda tetap berjalan.

Kemudian, masa mengajar pula lebih teratur di mana pusat tuisyen selalunya akan aturkan sesi mengajar pada hari yang sama. Contoh waktu mengajar anda setiap hari Selasa jam 8-9 malam untuk sesi pertama dan 9-10 malam untuk sesi kedua. So tak perlu lah anda datang 2 hari seminggu untuk ajar 2 sesi yang berbeza.

 

Berapa pula yang kita boleh dapat sebulan dengan cara ni? Jom tengok contoh pengiraan gaji guru tuisyen yang mengajar di pusat tuisyen seperti di bawah :

Subjek : Matematik

Tahap : Darjah 6 dan Tingkatan 3

Waktu Mengajar : 5 hari / minggu (2 sesi / hari)

Fi / sejam : RM20/jam (sekolah rendah) / RM30/jam (sekolah menengah)

* Fi mungkin lebih mahal ikut pusat tuisyen

 

Income sebulan :

Sekolah Rendah – 5 hari x 1 sesi x 4 minggu x RM20 = RM800

Sekolah Menengah – 5 hari x 1 sesi x 4 minggu x RM30 = RM1200

Jumlah = RM2000

Haa nampak tak berapa anda boleh dapat dalam sebulan? Dah macam gaji kerja tetap pulak. Itu baru fi based on harga terendah. Kalau anda ada pengalaman mengajar, boleh dapat fi yang lebih tinggi. Ini bermakna gaji guru tuisyen yang anda bakal dapat juga lebih tinggi mengikut pengalaman dan kepakaran mengajar yang anda ada.

 

2. Menjadi Guru Tuisyen secara Home Tuition Dari Rumah (Offline atau Online )

Bagi yang nak dapat duit tambahan yang banyak, anda boleh cuba cara ini. Tapi ada beberapa risiko yang anda kena hadap selain dari pelukan komitmen yang tinggi. Salah satu kelemahan home tuition ialah pada masa bayaran. Selalunya kes bayar lambat atau parents terlupa atau buat-buat lupa nak bayar. Sebaiknya anda buat agreement persetujuan dengan parents atau ibu bapa kepada si pelajar sebelum mulakan sesi kelas mengajar.

Tentang fi bayaran, anda boleh dapat pendapatan berpandukan berapa banyak bilangan pelajar yang ada. Lagi ramai lagi masyuk. Jom kita kira mengikut contoh pengiraan gaji guru tuisyen yang mengajar dari rumah (home tuition).

 

Subjek : Matematik

Tahap : Tingkatan 3

Waktu Mengajar : 5 hari / minggu x 2 jam / hari xΒ  5 pelajar

Fi / seorang : RM30/jam

 

Income sebulan :

= 5 pelajar x 2 sesi x 4 minggu x RM30 = RM1200

Eh macam sama je dengan income mengajar di pusat tuisyen kan? Tapi anda kena tahu yang pengiraan ini baru 5 pelajar dengan jumlah mengajar sebanyak 5 hari seminggu. Jika anda mampu, bolehlah tambah lebih ramai jumlah pelajar dan lebihkan juga hari untuk mengajar. Masukkan Sabtu dan Ahad sekali, yang mana anda boleh dapat mengajar dengan lebih banyak sesi. Lepas tu anda kiralah sendiri berapa banyak jumlah pendapatan yang anda boleh dapat.

 

Tips Menjadi Guru Home Tuition Untuk Dapat Income Sampingan

kerjaya sebagai home tutor
kerjaya sebagai home tutor

Anda suka mengajar dan mahu cara yang fleksibel untuk membuat wang tambahan sebagai seorang guru tuisyen, maka anda perlu tahu beberapa tips di bawah ini.

1. Kenali kelebihan diri. Ajar apa yang anda kuasai. Ketahui apakah subjek yang anda rasakan paling pakar untuk mengajar.

2. Anda perlu ada transport pengangkutan. Cikgu tuisyen datang rumah pelajar untuk mengajar memang diperlukan oleh sesetengah ibubapa.

3. Kenal pasti usia murid yang sesuai untuk anda ajar tuisyen untuknya. Ini penting semasa temuduga pertama dengan ibubapa murid berkenaan.

4. Sediakan bahan mengajar yang sesuai dan mencukupi.

5. Ikuti kursus mengajar tuisyen untuk tahu cara ajar tuisyen online dan offline supaya skill lebih bertambah. Jika anda suka ajar bahasa melayu maka ikutilah kursus yang berkaitan dengan cara mengajar tuisyen bahasa melayu.

6. Ketahui skala harga tuisyen supaya tidak dianggap mencekik darah ibubapa pelajar.

7. Siapkan peralatan yang sesuai untuk kerja tuisyen online, jika anda memilih untuk ajar tuisyen secara online.

8. Ada sikap sabar dan sungguh-sungguh beri ilmu pada para pelajar. Barulah rezeki itu menjadi berkat.

9. Sediakan juga bisnes kad, cop dan buku resit. Ini perlu untuk memudahkan urusan anda sebagai seorang guru tuisyen.

10. Jangan cepat mengalah! Jika belum ada pelajar yang mahu menggunakan khidmat anda, teruskan promosi diri. Iklan tuisyen di rumah boleh dilakukan secara online di akaun media sosial yang anda ada.

Sedikit Perkongsian Pengalaman Dari Seorang Guru Tuisyen. Mana Lebih Baik,Β  Home Tuition atau Pusat Tuisyen?

Berdasarkan perkongsian yang diceritakan oleh seorang guru, jika tiada pengalaman, bekerjalah dahulu di pusat tuisyen berdekatan. Dapatkan pengalaman mengajar dan lihat bagaimana pusat tuisyen mengendalikan pelajar-pelajar mereka. Insya-Allah sedikit demi sedikit akan belajar caranya menjadi tutor rumah berjaya. Apabila sudah yakin, boleh buka bisnes sendiri.

Memang home tuition ini nampak menguntungkan, tetapi perkara asas perlu diketahui. Banyak tutor home tuition berdasarkan saranan dari kawan ke kawan. Iaitu dari mulut ke mulut. Jadi untuk pemula memang agak lambat nak dapat tawaran.

Kalau ada dana lebih, buat bunting atau banner. Gantung di sekitar jalan-jalan di kawasan yang ditarget. Ada masa atau duit lebih, buat weblog. Jika tak, buat Facebook page pun sudah memadai. Inilah masa untuk promosi kepakaran anda sebagai seorang yang boleh mengajar.

Adakah perlu mahir berbahasa Inggeris untuk mengajar tuisyen? Tak juga, untuk menjadikan tuisyen ini sebagai cara untuk buat duit sampingan, tak semestinya perlu fasih berbahasa inggeris. Anda boleh saja ajar bahasa lain yang dikuasai. Contohnya, adakah anda boleh bercakap dalam Bahasa Melayu, Cina atau Tamil dengan baik? Mungkinkah juga anda boleh berbahasa asing yang lain dengan baik? Jika ya, anda boleh jadikan kelebihan itu sebagai subjek mengajar untuk pelajar yang berminat.

buat duit dengan tuisyen
buat duit dengan tuisyen

Jika Benar Mahu Buat Duit Dengan Tuisyen, Jangan Ada Sikap Penting Diri! Jadilah Seorang Guru Yang Dihormati

BuatΒ anda yang tercari-cari cara mudah untuk jana pendapatanΒ secara, mengajarΒ di sekolah rendah, sekolah menengah, pusatΒ tuisyenΒ dan homeΒ tuition dalah salah satu caranya. Walau di mana saja anda mengajar, baik di rumah secara home tuition ataupun di pusat tuisyen. Jadilah seorang guru yang baik. Berilah ilmu yang setimpal dengan apa yang diperlukan oleh seseorang pelajar. Memang duit perlu dalam hidup tetapi ilmu yang ada pada diri seorang guru itu juga sangat perlu dalam hidup para pelajar. Jangan juga terlalu bermegah dengan ilmu yang ada.

Jika punya kelapangan, untuk menambah ilmu dalam pengajaran boleh dapatkan bahan bacaan yang berkaitan. Ini bagi mengukuhkan pengetahuan dalam subjek-subjek yang sedang dipelajari. Salah satu daripadanya, buku ‘Buat DuitΒ DenganΒ Tuisyen’ karya Osman Affan. Memang bagus buku tersebut. Banyak info bermanfaat untuk buat duit dengan tuisyen.

Macam mana? Masyuk juga kan mengajar tuisyen ni. Modal tak seberapa, tapi hasil dia berlipat ganda. Pada anda yang rasa ada ciri-ciri guru tuisyen yang berkualiti, boleh lah cuba cara ni untuk jana pendapatan sampingan. Yang penting, mengajar kena ada minat dan ikhlas. Baru berkat duit yang kita perolehi dari hasil mengajar orang lain ini.

 

Sumber :

 

Artikel Menarik Lain :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *