|

3 Mitos Buat Duit dengan Affiliate

Buat Duit dengan Affiliate dan kisah mitos | Di dalam perniagaan, terdapat banyak cerita dogeng atau mitos untuk menakutkan – nakutkan mereka yang baru menceburi bidang perniagaan. cerita dongeng ini wujud dari golongan mereka yang gagal dalam perniagaan. mereka gagal dalam perkara tertentu dan mereka sebarkan pada orang ramai bahawa teknik mereka gagal. namun, sebenarnya mereka bukannya gagal tetapi mereka hanya berhenti mencuba.

Jika ingin berjaya, anda perlu terus mencuba. Apa sahaja halangan yang ada, anda perlu tepis ke tepi. Sebenarnya, semua orang pernah gagal dalam perjalanan mereka ke arah kejayaan. Ada yang gagal di permulaan, ada yang gagal di pertengahan dan ada juga yang gagal di pengakhiran. Kegagalan adalah pasti. Cara untuk mencegah kegagalan adalah terus mencuba.

Berikut adalah antara tiga mitos besar mengenai affiliate.

Mitos pertama : Affiliate itu mudah

Buat duit dengan affiliate

Jika anda dengar orang berkata bahawa pemasaran affiliate adalah senang ? Cuba anda tanya kembali orang tersebut, berapa banyak masa yang dia habiskan untuk menghasilkan pendapatan pertama dan adakah pendapatan yang dia peroleh adalah konsisten ?

Sejujurnya tiada perniagaan yang mudah. Pemasaran affiliate adalah sama situasinya dengan membina pernigaan offline. Jika anda tidak ada usaha, anda akan gagal. Tidak ada perkara senang dalam pemasaran affiliate. Bunyinya seperti senang, jadi agen sesuatu produk di online dan lakukan promosi bagi produk tersebut. Komisyen akan di peroleh bagi setiap jualan yang berjaya di hasilkan. Konsepnya sangat senang, namun perlaksanaannya sangat sukar.

Anda perlu ada ilmu, ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan affiliate yang berjaya. Jika ingin berjaya dalam affiliate, anda perlu meanggapnya seperti satu kerjaya bukannya satu hobi.

Mitos kedua : Tidak boleh buat duit kerana niche tepu

Buat Duit dengan Affiliate

Di dalam perniagaan tiada istilah tepu. Jika anda ada idea, akan ada sahaja ruang untuk anda bekerja dan mengaut keuntungan. Untuk menceburi niche yang besar seperti kesihatan, jana pendapatan online dan keluarga anda perlu berani mencuba dan bersaing. Memandangkan niche – niche ini mempunyai pasaran yang luas, persaingannya agak hebat.

Mitos ini datangnya dari mereka yang takut hendak bersaing. Padahal jika anda bersaing, anda tetap akan dapat hasilnya walaupun sedikit. Dalam lumba lari 100 m, ada lapan orang akan berlari dalam satu pusingan. Perbezaan orang terakhir dan pertama adalah orang yang pertama akan sampai dahulu, manakala orang yang terakhir akan sampai lewat tetapi pada akhirnya orang yang terakhir tetap akan sampai pada garisan penamat.

Jadi, anda jangan takut untuk mencuba dan bersaing dalam pasaran perniagaan yang kononnya tepu. Anda perlu menjadi seorang yang unik dan berkredibiliti bagi semua niche jadi tepu atau tidak bukanlah ciri utama untuk anda berjaya.

Mitos ketiga : Perlu ada website berbayar

Buat Duit dengan Affiliate

Di dalam perniagaan affiliate, untuk permulaan atau bagi newbie website berbayar bukanlah satu keperluan yang penting. Anda boleh menjana keuntungan yang banyak dengan hanya melalui website percuma seperti hubpages, squiddo dan blogspot. Anda hanya perlu jadikan diri anda kreatif untuk mempergunakan sepenuhnya kemudahan yang ada pada website percuma sebelum anda beralih pada website berbayar.

Tidak dinafikan website berbayar nampak lebih profesional dan lebih dipercayai namun anda boleh atasi masalah itu dengan aktif di sosial media maka ia akan menambah kredibiliti dan nenaikkn kepercayaan orang ramai.

 

Penutup

Diharapkan perkongsian tentang 3 Mitos Buat Duit dengan Affiliate ini dapat menaikkan semangat anda untuk mula jana pendapatan dengan affiliate.

 

Baca Juga:

Panduan lengkap cara buat duit dengan affiliate

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *