buat duit dengan clickbank
| |

Buat Duit dengan Clickbank

Buat Duit dengan Clickbank | Dalam era moden yang semakin canggih kini segala-galanya boleh diakses dalam talian, dan jana pendapatan online telah menjadi salah satu cara yang paling menguntungkan untuk buat duit.

Apa yang lebih menarik anda boleh lakukan semuanya dari rumah anda sendiri dengan waktu yang lebih fleksibel.

Jika anda berminat untuk buat duit secara online, anda harus mengetahui tentang Clickbank dan apa yang ditawarkan oleh program ini.

10 Perkara Perlu Tahu Mengenai Clickbank

jana pendapatan dengan clickbank

1. Clickbank adalah perkhidmatan pihak ketiga yang mampu menghubungkan beribu-ribu peniaga dalam satu website. Ia mempunyai teknologi dan material untuk kempen pemasaran produkΒ  atau servis. Clickbank menawarkan pelbagai program affiliates untuk dipasarkan, mereka adalah seperti orang tengah antara peniaga dan ejen pemasaran.

2. Clickbank kini mempunyai pengkalan data peniaga dan ejen affiliates yang besar dengan program pemasaran yang berbeza, menjadikan mereka antara syarikat yang menawarkan program affiliate terbesar.

3. Selain daripada menjadi rangkaian affiliate, Clickbank juga menyediakan perkhidmatan lain seperti mengutip yuran komisen daripada peniaga dan mengedarkannya kepada ejen affiliates yang terlibat dalam program tertentu.

4. Ia mempunyai sistem tracking yang inovatif dan canggih yang dibuat untuk memudahkan pengurusan perniagaan online anda.

5. Jika anda ingin menjadi peniaga, Clickbank boleh memberi anda 100,000 ahli affiliates yang boleh mambantu anda mempromosikan produk anda sekaligus mengembangkan perniagaan anda.

6. Kejayaan Clickbank bukan hanya disebabkan oleh sistemnya yang bagus tetapi juga kepada ketelusan dalam cara mereka memproses komisen.

7. Ia adalah percuma dan pendaftaran adalah semudah 1-2-3. Sebaik sahaja anda sampai ke log masuk, anda boleh menjual produk anda dengan segera. DenganΒ halaman promosi Clickbank, bakal pembeli akan dapat melihat
produk dan perkhidmatan anda secara terperinci. Ini pasti akan meningkatkan jualan anda.

8. Clickbank membantu mempromosikan malah menjual produk atau perkhidmatan anda. Pada masa yang sama, ia
menyediakan perkhidmatan pelanggan kepada sebarang pertanyaan yang diberikan kepada produk anda.
Daripada pengalaman luas mereka dan ratusan ahli affiliates, ia juga menawarkan strategi pemasaran terkini yang akan membantu perniagaan anda berkembang.

9. Ia juga menyediakan laporan jualan untuk melihat prestasi perniagaan anda. Bukan sahaja untuk peniaga malah untuk ahli affiliates juga disediakan laporan yang tepat dan memberi pendapatan anda sebanyak 2 kali sebulan.

10. Untuk bermula dengan Clickbank bukanlah sesuatu yang sukar kerana terdapat dalam 10,000 produk yang anda boleh jual. Pilih produk yang bermanfaat dan berkaitan dengan niche and. Kebiasaannya produk digital seperti e-book menjadi pilihan terbaik.

Ini adalah 10 perkara asas yang perlu anda tahu tentang Clickbank. Jadi apa tunggu lagi, jika anda ingin memulakan perniagaan online anda sendiri, anda boleh menggunakan Clickbank sebagai medium pemasaran untuk menjual produk anda atau anda boleh berdaftar sebagai ejen affiliate dan mula memasarkan beribu pilihan produk yang menarik.

 

10 Sebab Kenapa Perlu Mendaftar Program Affiliates Clickbank

Jika anda berminat untuk buat duit secara online anda harus mencuba buat duit dengan Clickbank ia menyediakan bahan pemasaran dan komisen yang tinggi jika anda berjaya membuat jualan.

buat duit dengan affiliate clickbank

 

Mari saya kongsikan pula kenapa anda perlu menjadi ahli affiliate Clickbank. Sebelum itu jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang affiliates, baca artikel Panduan Lengkap Jana Pendapatan dengan Affiliates

Berikut adalah 10 sebab-sebabnya:

1. Peluang untuk memperoleh komisen setinggi 75% daripada harga produk. Walaupun tidak semua produk menawar komisen sebanyak 75% namun komisen terendah juga agak tinggi dalam linkungan 50%.

2. Teknologi yang canggih disediakan dengan membolehkan anda mengabungkan kotak carian ClickBank ke laman web atau blog anda. Sekiranya pembeli menemui produk dari kotak carian tersebut, anda akan mendapat komisen dari Clickbank.

3. Iklan yang disediakan oleh ClickBank boleh dengan mudah dimasukkan ke dalam website atau blog anda.

4. Untuk buat duit sebagai affiliate Clickbank anda tidak memerlukan sebarang pengetahuan teknikal
berkaitan dengan web hosting, mereka bentuk dan seumpamanya kerana selepas mendaftar di ClickBank sebagai ahli affiliates, anda akan diberi link untuk pemasaran yang mempunyai unik ID anda. Anda boleh mempromosikan link ini ke media sosial dan kenalan tanpa memerlukan website atau blog.

5. Sebagai Affiliates ClickBank, anda boleh mengedit teg Meta, penerangan, tajuk dan kata kunci produk yang anda promosikan.

6. Dengan ClickBank, maklumat peribadi anda sebagai ahli affiliate tidak akan dipaparkan pada produk atau pun apabila produk dicari oleh bakal pembeli. Ini membolehkan anda memaksimumkan peluang dengan mengiklankan seberapa banyak produk yang anda mahukan walaupun bukan dalam kepakaran anda.

7. ClickBank menawarkan pelbagai cara untuk mempromosikan produk antaranya mempromosikan semua produk yang dipaparkan di ClickBank atau mempromosikan mengikut kategori dan subkategori.

8. ClickBank menawarkan program referrel yang membolehkan anda merujuk rakan dan orang lain dan anda akan mendapat referrel bonus jika mereka mendaftar di bawah nama anda.

9. Laman web ini juga membolehkan anda menyembunyikan pautan affiliate yang anda sedang mempromosikan. Maka prospek anda tidak akan tahu yang anda hanyalah ejen affiliate dan bukanlah pemilik sebenar produk.

10. Anda boleh mendaftar dengan ClickBank tanpa sebarang kos namun berpeluang menjana pendapatan darinya.

 

Kesimpulan

Peluang buat duit dengan Clickbank adalah sangat berpotensi untuk menjana pendapatan secara online malah ia juga tidak memerlukan modal yang besar. Satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah dedikasi dan masa untuk anda berpeluang menjana wang tanpa had dari ClickBank.

Semoga Artikel ini bermanfaat untuk anda.

 

Baca Juga:

Senarai Affiliate Malaysia

Idea Jana Pendapatan Sampingan tanpa Modal

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *