Cara Buat Duit dengan Dropship Melalui E-commerce
Cara Buat Duit dengan Dropship E-commerce | Jika anda ingin memulakan perniagaan online dengan modal permulaan yang rendah, dropship e-commerce adalah jawapannya.
Buat duit dengan dropship e-commerce ini juga boleh dilakukan secara separuh masa tanpa perlu menganggu kerja hakiki anda.
Kelebihan Dropship E-commerce
1. Tidak perlu kakitangan yang ramai
2. Masa yang flexible
3. Kos yang rendah
Wang modal yang rendah kerana anda tidak perlu membeli stock hanya kos untuk membuat website e-commerce anda Dan juga kos untuk pengiklanan jika anda memilih untuk melakukan strategy pemasaran secara berbayar.
4. Tidak perlu ruang untuk menyimpan barang
Disebabkan anda tidak perlu menyimpan stok maka anda tidak memerlukan ruang yang luas untuk perniagaan anda. Komputer atau laptop serta internet sahaja yang anda perlukan untuk buat duit dengan dropship e-commerce ini.
5. Risiko yang rendah
Disebabkan modal yang rendah Dan tiada pembelian produk maka risiko kerugian untuk perniagaan dropship anda sangat rendah malah jika anda rasa perniagaan dropship anda tidak seperti yang diharapkan anda boleh sahaja menjual website e-commerce anda Pada orang lain.
Kekurangan buat duit dengan dropship e-commerce
1. Produk tiada stok
Menghadapi masalah stok kerana stok produk bukan di bawah kawalan kita Dan ini boleh menyebabkan kemarahan kepada pelanggan. Oleh itu bagi mengelakkan perkara ini boleh berlaku anda dinasihatkan plugin yang membolehkan website anda mengupdate stok produk secara automatik. Oleh itu pastikan anda memilih supplier yang compatible dengan sistem automasi ini
2. Persaingan harga
Persaingan harga dengan supplier Dan dropshipper lain. Perkara ini mengakibatkan anda memperolehi margin yang kecil sahaja. Oleh itu pastikan anda mampu memperolehi keuntungan dengan produk pilihan anda
3. Penghantaran yang lambat
Masalah penghantaran juga diluar kawalan kita Dan perkara ini sering mengakibatkan kemarahan pelanggan. Anda dinasihatkan untuk melebihkan jumlah hari bagi waktu barang di jangka sampai. Sila pastikan pelanggan anda benar- benar tahu mengenai masa yang diambil untuk barang sampai lebih- lebih lagi untuk produk dari negara lain seperti negara China.
4. Pemulangan semula barang
Kebanyakan perniagaan mempunyai return and refund policy jadi anda hendaklah memastikan polisi yang anda tetapkan boleh dikendalikan dan supplier anda juga boleh dipercayai serta boleh memberi komitmen terhadap polisi yang anda telah tetapkan.
Cara Buat Duit dengan Dropship E-commerce
Platform E-commerce
Terdapat banyak platform e-commerce yang menjadi pilihan ramai. Shopify adalah antara pilihan popular dropshipper. Namun terdapat juga platform seperti BigCommerce dan WooCommerce.
Mari kita lihat ciri-ciri platform ini.
1. BigCommerce
Mempunyai lebih banyak features berbanding platform lain, tetapi pada harga yang agak tinggi. Basic plan bermula pada $29.95 sebulan. BigCommerce menawarkan lebih banyak fungsi, jadi anda mungkin tidak memerlukan banyak fungsi tambahan lain kepada kedai maya anda.
Terdapat beberapa tema percuma yang disediakan dan jika anda mahukan tema yang lebih menraik untuk kedai anda, anda boleh memilih tema berbayar dengan harga antara $145 hingga $235 setiap satu.
2. WooCommerce
WooCommerce ialah pilihan yang bagus, kerana ia percuma. Walaubagaimanapun, ia mungkin bukan pilihan terbaik kerana ia tidak mempunyai banyak features di dalam plan asasnya. Selain itu, terdapat banyak pilihan percuma yang ditawarkan bagi tema dan extension feature namun kebanyakkannya adalah buggy.
Tetapi untuk meggunakan WooCommerce anda hendaklah mempunyai wordpress dengan hosting anda sendiri. Jadi anda harus membayar hosting untuk menggunakan WooCommerce. Manakala pilihan lain seperti BigCommerce dan Shopify dijalankan di server mereka sendiri maka pembayaran hosting termasuk dalam harga bulanan anda.
3. Shopify
Shopify adalah antara platform paling ideal untuk dropship. Ia menawarkan harga yang berpatutan dan berskala dengan saiz kedai anda. Ia mempunyai jenis features dan tema yang tersedia.
Selain itu, shopify mempunyai feature Oberlo yang membolehkan anda mengimport produk dari AliExpress dengan cepat dan mudah serta mampu mengupdate stok secara automatik dan banyak lagi. Klik link untuk maklumat lanjut https://www.shopify.com/oberlo
Ini membolehkan anda menumpukan lebih banyak masa anda dan perhatian untuk mendapatkan trafik dan jualan sahaja. Paling penting, anda boleh bermula dengan Oberlo secara percuma di Shopify!
Baca Juga: Cara Buat Duit Shopify
4. Shopee, Lazada & Ebay
Selain itu anda boleh juga buat duit dropship di platform e-commerce yang sudah popular dan mempunyai audience yang ramai sebagai salah seorang seller meraka seperti platform shopee,Lazada dan ebay namun anda perlu bersaing dengan ramai penjual lain. Kebiasaanya mereka akan menjual produk pada harga yang sangat murah terutamanya di platform shopee. Kerana persaingan harga ini menyebabkan anda sukar mendapat pembeli namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Baca Juga: Cara Buat Duit Ebay
Cara Pilih Niche Produk
Tips untuk memilih niche yang menguntungkan adalah:
- Mempunyai ramai peminat. anda boleh membuat research dengan melihat ‘top product’ di platform seperti Shopee dan sambutan terhadap niche di sosial media seperti Instagram.
- Ramai orang yang memerlukan atau mempunyai minat yang mendalam terhadap niche/produk tersebut
- Mampu dimiliki oleh ramai orang
- Margin keuntungan yang membolehkan anda mendapatkan keuntungan setelah menolak semua kos yang terlibat.Â
Cara Dapatkan Traffic
1. Pengiklanan Berbayar
Iklankan website e-commerce anda melalui pengiklanan berbayar seperti google AdWords dan fb ads kerana ia membolehkan website anda dilihat oleh ramai orang yang targeted dengan niche anda.
2. Sosial Media
Berkongsi konten bermanfaat berkenaan niche anda di Instagram TikTok Facebook, Pinterest sambil mempromosikan dan menjual produk melalui website dropship anda.
Anda juga boleh menyertai group-group di Facebook dan mempromosikan link website e-commerce anda disitu.
3. Influencer/content creator
Promosikan website anda melalui Influencer yang mempunyai ramai follower seperti targeted audience anda atau content creator yang berkongsi konten niche yang sama dengan website e-commerce anda.
Senarai Supplier
Sebelum memilih supplier pastikan anda membaca review dan testimoni dari pelanggan dan agent dropshipper yang lain. Supplier yang tepat membolehkan urusan jual beli menjadi lebih mudah.
3 Senarai supplier dropship:
1. Kumoten
Kumoten adalah salah satu lubuk atau website supplier dropship Malaysia terbesar. Kumoten merupakan platform online yang menawarkan pelbagai produk seperti produk elektrik, fashion, automotive, home & gardening, health & beauty, baby & kids care, hardware equipment dan pelbagai lagi produk yang lain.
2. AliExpress Dropship
Merupakan platform online yang menawarkan pelbagai produk seperti produk elektrik, fashion, automotive, home & gardening, health & beauty, baby & kids care, hardware equipment dan pelbagai lagi produk yang lain.
3. Taobao
Merupakan platform online direct dari China yang menawarkan pelbagai produk seperti produk elektrik, fashion, automotive, home & gardening, health & beauty, baby & kids care, hardware equipment dan pelbagai lagi produk yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang supplier dropship, baca artikel Senarai Supplier Dropship
Kesimpulan
Buat duit dengan dropship e-commerce bukanlah sesuatu yang mustahil dan ia memiliki risiko yang rendah. Namun ia juga tidaklah semudah yang diimpikan.
Namun dengan persiapan dan ilmu yang cukup, ia dapat membantu anda dalam menghadapi sebarang masalah dalam perjalanan anda menjana pendapatan dengan dropship.
Diharapkan perkongsian tentang cara buat duit dengan dropship e-commerce ini dapat memberi manfaat kepada anda.