suka simpan emas
|

8 SEBAB LELAKI KENA TAHU, KENAPA PEREMPUAN SUKA SIMPAN EMAS

Kenapa perempuan suka simpan emas? ada banyak sebabnya dan kali ini saya akan berkongsi 8 sebab mengapa perempuan suka simpan emas yang dikongsikan oleh Ustaz Emas dari KAB Gold.

8 SEBAB LELAKI KENA TAHU, KENAPA PEREMPUAN SUKA SIMPAN EMAS

 

Ilmu ni saya belajar sendiri secara mutawatir daripada emak saya yang juga pengumpul emas tegar sejak turun temurun daripada arwah nenek saya.

1. Hiasan dan wanita tidak dapat dipisahkan.

 

Wanita itu hiasan. Wanita solehah itu pula adalah sebaik-baik perhiasan.

Sebagaimana isteri itu hiasan bagi suami, emas pula hiasan yang sinonim dengan orang wanita. Tambahan pulak kalau barang kemas yang dipakai.

Macam tak lengkap la hidup seorang perempuan kalau takde emas di badan.

Kadang-kadang tu, barang kemas ni dibeli bukan isteri nak pakai semua pun. Tapi dah fitrahnya wanita memang begitu, suka pada emas.

So, untuk simpan aje pun dah mencukupi. Yang pentingnya suami kena beli atau galakkan isteri untuk beli emas.

Waktu yang sama, suami pun boleh beli hati dan jiwa isteri. Senang kalau nak mintak apa-apa nanti.

 

2. Rasa diri dihargai atas segala pengorbanan.

 

Isteri ni jiwa dia lembut. Dah la macam tu, semua benda dalam keluarga banyak isteri yang kena uruskan. Semua benda dia nak kena fikir.

Jaga makan pakai suami, mengandung dan bersalin anak suami, jaga dan didik anak suami dan uruskan rumahtangga. Pendek kata semuanya atas kepala si isteri.

Hal ehwal duit dan kewangan keluarga pun isteri yang akan fikir tau!

Si suami ni kena pandai cari duit je. Si isteri yang banyak fikir macamana cara nak simpan dan urus duit tu sebaiknya.

Bila suami beli emas untuk isteri, segala penat lelah tu akan hilang. Sebab penghargaan yang diberi oleh si suami tadi memang benar-benar bermakna.

Tambah lagi kalau dalam bentuk emas. Tak kira la barang kemas atau jongkong emas.

 

3. Harta yang mudah dan murah untuk dikumpul.

 

Isteri tak boleh selamanya bergantung dengan suami. Masa suami masih hidup atau suami hanya ada kita je sebagai isteri, masa tu semua benda pun akan jadi milik kita.

Tapi kalau suami dah mati atau dapat pulak bini muda, semua benda pun dah jadi terhad. Banyak benda isteri mesti uruskan dengan kudrat sendiri.

Kalau dari awal perkahwinan, isteri dah mula kumpul emas sebagai simpanan, insyaAllah emas tu nanti boleh tolong isteri di waktu gawat.

Beli emas la paling mudah dan murah. Boleh beli sikit-sikit. Sebab dia kira ikut gram.

Kalau nak jual pun, urusan mudah dan tak pening kepala. Ini penting sebab mungkin masa tu suami dah takde untuk tolong kita.

Nak simpan duit, tak tahan lama pulak. Selalu diri sendiri belanja atau suami yang pinjam. Tapi lepas tu tak ingat nak bayar.

Sebab itu isteri suka simpan emas. Itu cara paling senang untuk kekal berduit jangka panjang even dah takde suami sekali pun.

 

4. Back-up ekonomi keluarga.

 

Orang lelaki ni tahu-tahu aje la. Bila senang lupa anak isteri. Bila susah, isteri la yang akan jadi tempat dia minta tolong.

So, kalau isteri ada simpan emas, emas tu nanti boleh jadi back-up ekonomi keluarga.

Suami boleh pinjam dulu emas dengan isteri masa sesak. Masuk pajak gadai. Then bila dah berduit semula, tebus dan pulangkan balik emas tu kat isteri.

Nak pinjam-pinjam dengan orang lain buat apa kalau isteri pun boleh tolong kan?

Kalau kata la suami tak pulang balik atau tak bayar balik sekalipun hutangnya dengan isteri, takde la sampai perang dunia ketiga. Sebab isteri ni penyayang dekat suami dia.

Paling teruk pun mungkin bising mulut je la. Tapi hatinya sangat sayang kat suaminya.

 

5. Belanja anak-anak masuk universiti.

 

Yang ni ramai orang tak nampak.

Sebenarnya inilah amalan turun temurun mak-mak dan nenek-nenek kita. Simpan emas untuk belanja anak masuk universiti.

Biasa kita dengar sekarang, macam-macam hutang dan pinjaman pendidikan. Nak masuk universiti kena buat hutang. Bila habis mengaji universiti, sibuk nak bayar hutang pulak.

Sampai pencen pun masih tak habis-habis lagi bayar hutang.

Isteri suka simpan emas. Emas tu gunanya nanti bila anak masuk universiti la.

Silap haribulan, bukan saja tak payah buat hutang, belajar pun boleh jadi free tau!

Semuanya berkat si isteri simpan emas.

 

6. Modal pusingan jika suami dalam kesusahan.

 

Orang perempuan yang suaminya kerja sendiri atau berniaga memang suka simpan emas kata mak saya.

Sebab apa? Sebab nanti bila suami nak guna duit untuk modal pusingan, boleh guna emas untuk modal tunai segera.

Mana nak cari orang nak bagi pinjam duit? Kalau pergi bank nak buat loan sekalipun, bukan semudah A B C bank tu nak bagi kita hutang kan? Macam-macam hal lagi ada.

So, untung orang lelaki kalau isteri dia ada simpan emas. Boleh pinjam duit dengan isteri.

 

7. Persiapan perkahwinan anak-anak.

 

Masa saya kahwin dulu, banyak persiapan kahwin saya ditanggung oleh mak saya. Maklum sajalah masa tu saya belajar pun belum habis lagi.

Tapi, saya tak perasan. Saya pernah bagi duit dalam jumlah yang besar kat mak saya sebelum tu. Saya ingat dia nak belanja dan beli apa saja barang yang dia nak.

Rupa-rupanya mak saya beli dan simpan dalam bentuk emas. Dia simpan sampai la saya nak kahwin. Dengan emas tu la mak saya masuk pajak gadai sekejal untuk buat belanja kenduri kahwin saya.

Lepas tu slow-slow mak saya kumpul balik duit dan tebus emas tu. Belanja kahwin saya setel, emas pulak tak hilang. Itu yang orang perempuan suka sangat tu.

 

8. Nilai meningkat secara jangka panjang.

 

Emas ni takleh lawan la dari sudut nilai.

Beli la harta apa saja, still takleh lawan kehebatan emas. Harga makin lama makin naik. Harga makin lama makin mahal.

Itu yang orang perempuan suka tu.

Sumai? Biasalah… Mak saya cakap, ayah saya memang anti la mak saya duk simpan emas sikit-sikit ni.

Tapi last sekali kalau nak minta tolong pasal duit, cari mak saya jugak…

Bayangkan dalam masa 20 tahun, harga emas naik beratus-ratus peratus. Tak masuk akal langsung.

Contohnya harga segram emas RM40 je tahun 2000. Sekarang ni, harga dah mencecah RM240 segram.

Duit KWSP ayah saya habis macam air je. Tapi emas mak saya kekal sampai sekarang.

Ayah saya tengok harga emas sekarang terbeliak mata dia. β€œKalau beli emas dengan duit KWSP dulu pun bagus jugak”, kata ayah saya.

Mak saya pun jawab la, β€œoghe ghoyak doh mulo tok denga. Baso degey”.

Hahaha…

 

Kesimpulan

Itulah 8 sebab yang semua suami kena tahu, kenapa isteri suka beli dan simpan emas.

So, mulai sekarang, suami jangan berkira kalau isteri minta emas. Tak kira la barang kemas atau gold bar.

Buat baik dengan isteri sekali, isteri akan buat baik dengan kita 100 kali.

Tapi kalau kita buat tak baik dengan isteri sekali, dia akan ingat sampai dia mati.

Ok? Sebar-sebarkan kat suami sekarang dan tengoklah apa hasilnya nanti.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *