4 Cara Jana Pendapatan untuk Suri Rumah
Jana Pendapatan untuk Suri Rumah | Kini peluang menjana pendapatan dari rumah bukanlah sesuatu yang mustahil maka peluang ini harus digunakan sebaiknya bagi suri rumah yang ingin membantu ekonomi keluarga masing-masing. Malahan ada segelintir suri rumah yang berpendapatan lebih tinggi dari mereka yang bekerja walaupun hanya menjana pendapatan dari rumah.
Cara Jana Pendapatan untuk Suri Rumah
Mari saya kongsikan 4 cara menjana pendapatan bagi suri rumah.
1. Blog
Pertama sekali adalah peluang menjana pendapatan melalui blog. Anda hanya perlu menulis artikel yang berkualiti untuk menarik pembaca dan sekaligus menarik minat pengunjung untuk sentiasa melawati blog anda. Pendapatan dari blog adalah pasif kerana artikel anda sentiasa boleh di baca bila-bila masa sahaja walaupun 3 tahun dari hari anda menulis artikel itu.
Anda boleh menjana pendapatan secara sepenuh masa atau part time malah anda mempunyai kebebasan masa dalam menulis blog dan menguruskan hal rumah tangga. Selain itu terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan dari blog seperti menawarkan servis yang anda mahir dan banyak lagi. Untuk mengetahui 3 cara buat duit dengan blog. KLIK SINI
Namun, untuk menjana pendapatan dari blog bukanlah usaha sehari dua, ia memerlukan masa untuk blog anda dikenali dan mempunyai pengunjung ramai. Oleh itu, jangan berlengah mari kita mulakn dari sekarang.
2. Youtube
Selain blog, youtube juga adalah salah satu medium bagi suri rumah menjana pendapatan dari rumah. Anda hanya perlu mengupload video ke youtube dan menjana pendapatan darinye. Konsepnya hampir sama seperti blog tetapi blog melalui artikel dan youtube melalui video.
Anda hendaklah mengupload video yang menarik atau bermanfaat secara konsisten. Di Malaysia, ramai yang berjana menjana pendapatan beribu ringgit dengan youtube. Antara suri rumah yang berjaya adalah Che Nom dan Limau Nipis yang berkongsi video masakan kepada umum. Video mereka ditontoni berjuta orang dan kini mereka menjana pendapatan lumayan melalui pengiklanan di youtube.
Bukan sahaja melalui iklan youtube malah anda juga boleh menjana pendapatan dari review dan affiliate program. Ini adalah peluang yang sangat baik bagi suri rumah untuk menjana pendapatan. Anda boleh membuat kajian dengan menonton video-video youtuber di youtube sebagai inspirasi anda untuk memilih tema bagi video anda.
3. Berniaga di Shoppee dan Lazada
Shoppee dan lazada adalah satu platform e-commerce yang sangat popular di Malaysia jadi suri rumah boleh menjual barang di shoppee dan lazada bagi menjana pendapatan. Pengunjung harian di shoppee dan lazada adalah sehingga jutaan orang jadi para suri rumah haruslah mengampil peluang ini. Buat kajian apa barang yang anda hendak jual dan kemudian anda boleh mula berniaga dan menjana pendapatan di shoppee dan lazada.
Untuk mengetahui lebih lanjut cara berniaga di Shoppee. KLIK BANNER DIBAWAH
Untuk mengetahui lebih lanjut cara berniaga di Lazada. KLIK BANNER DIBAWAH
4. Saham
Walaupun majoriti yang menceburi bidang ini adalah lelaki namun kini rami juga wanita yang mula tertarik untuk menceburi bidang ini. Perdagangan saham di bursa Malaysia adalah patuh syariah bagi kaunter-kaunter syariah. Untuk yang ingin menjadi pedagang saham yang berjaya, anda hendaklah belajar ilmu teknikal dan fundamental saham terlebih dahulu bagi mengelakkan anda mengalami kerugian dan mula menjana pendapatan dari rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai saham boleh KLIK BANNER DIBAWAH.
Semoga artikel ini dapat memberi idea kepada anda untuk mula menjana pendapatan.
Artikel Menarik yang Lain: