|

Resepi Pancake Peanut Butter Lazat oleh Chef Gordon Ramsay

Sumber: https://www.gordonramsay.com/

Resepi Pancake Peanut Butter Lazat oleh Chef Gordon Ramsay

Bagi penggemar peanut butter, pancake ini adalah pilihan terbaik untuk anda kerana rasanya yang lazat dan mewah. Resepi ini ditulis berdasarkan resepi peanut butter pancake oleh chef Gordon Ramsay.

BAHAN-BAHAN:

  1. 250g peanut butter (mentega kacang) jenis halus atau rangup
  2. 5 biji telur
  3. 4 sudu besar yoghurt semulajadi
  4. 3 sudu besar Jem Raspberry Chia Seed (atau jem pilihan anda)
  5. 1 sudu besar minyak rapeseed, untuk menggoreng (atau anda boleh menggunakan minyak zaitub atau canola)
  6. 4 biji pisang, dikupas dan dihiris (boleh juga diganti dengan buah pilihan anda)
  7. Sirap mapel, untuk dihidangkan (mengikut citarasa anda)

CARA-CARA:

  • Campurkan peanut butter, telur, yoghurt dan jem raspberry bersama-sama dalam mangkuk dan gaul dengan sekata.
  • Letakkan kuali di atas api sederhana. Masukkan minyak dan panaskan, pusing-pusingkan kuali sehingga minyak tersebar sekata diatas kuali.
  • Tambahkan satu sudu besar campuran ke dalam kuali dan sebarkan sehingga membentuk pancake. Masak selama 2-3 minit, hingga berwarna keemasan bagi setiap bahagian. Ulangi langkah ini sehingga campuran habis.
  • Hidangkan peanut butter pancake dengan pisang yang dihiris serta sedikit sirap mapel atau mengikut citarasa anda.

Diharapkan perkongsian resepi Pancake Peanut Butter Lazat oleh Chef Gordon Ramsay ini memberi manfaat kepada anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *