Resepi Potato Wedges Sedap Chef Jamie Oliver

Sumber: https://www.jamieoliver.com/
Resepi Potato Wedges

Bahan-Bahan:

  1. garam laut
  2. lada hitam 
  3. 600 g kentang
  4. minyak zaitun
  5. air

Cara-Cara:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 200˚C / 400˚F .
  • Masukkan air kedalam periuk bersama garam dan masak hingga mendidih.
  • Bersihkan kentang dan potong menjadi bentuk chunky kemudian masukkan kedalam periuk dan masak sebentar selama 8 minit. Setelah itus toskan kentang dan biarkan ia kering.
  • Pindahkan kentang ke dalam dulang pembakar dan tambahkan minyak zaitun yang secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam. Gaul semua bahan-bahan hingga sekata dan susun menjadi satu lapisan di dalam dulang pembakar.
  • Bakar dalam ketuhar selama 30 minit sehingga berwarna keemasan, garing dan masak sepenuhnya. Ianya sedap dihidangkan dengan steak atau ayam.

Selamat mencuba resepi yang mudah dan lazat ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.