|

Resepi Kentang Bakar Bersama Cuka Epal yang Lazat

Resepi Kentang Bakar bersama Cuka Epal yang Mudah dan Lazat

Kentang adalah salah satu sumber karbohidrat yang menjadi kegemaran ramai. Resepi Kentang bakar bersama cuka adalah satu kelainan yang unik yang pastinya berbaloi untuk dicuba kerana rasanya yang unik dan sedap.

Resepi ini diolah dari resepi Nigella Lawson.

Sumber: https://www.nigella.com/

Cadangan hidangan untuk 2 orang

BAHAN-BAHAN

  1. 500 gram kentang bersaiz kecil (baby potato)
  2. 3 x 15ml sudu minyak zaitun
  3. 2Β½ sudu teh cuka epal (atau secukup rasa)
  4. 1Β½ sudu teh garam laut (atau secukup rasa)

CARA-CARA

Kukus kentang sehingga lembut (ini mengambil masa 20-30 minit) kemudian setelah masak toskan kentang.

Panaskan oven hingga 220 / 200ΒΊC, kemudian tuangkan minyak ke dalam loyang pembakar dan panaskan di dalam ketuhar selama 5 minit.

Lenyek kentang yang dikukus tadi dengan garpu, tetapi jangan sehingga hancur.

Keluarkan loyang yand dibakar dengan minyak zaitun tadi dan masukkan kentang kemudian panggang selama 20 minit, kemudian terbalikkan kentang dan masak selama 10 minit lagi sehingga keperangan berwarna keemasanΒ  rangup.

Akhir sekali masukkan kentang yang telah dibakar ke dalam mangkuk dan gaul dengan cuka epal dan garam. Kentang anda sudah siap untuk dihidangkan.Β 

Semoga penkongsian resepi kentang bakar bersama cuka epal yang lazat ini dapat memberikan anda resepi untuk hidangan makan tengahari atau malam anda nanti.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *