jana pendapatan sebagai freelancer di fiverr
|

Jana Pendapatan sebagai Freelancer di Fiverr

Jana Pendapatan sebagai Freelancer di Fiverr | Sekiranya anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan sebagai freelance, platform Fiverr adalah tempat terbaik untuk anda memulakan perniagaan freelance anda. Di Fiverr anda boleh tawarkan perlbagai perkhidmatan seperti penulisan, designing, pemasaran, penasihat perniagaan, pengurus media sosial, pengalih bahasa dan lain-lain lagi. Namun oleh kerana Fiverr adalah salah sebuah platform yang sangat terkenal, persaingan juga adalah sangat tinggi kerana semua freelancer dari seluruh dunia berkumpul di platform ini. Jadi anda perlulah memastikan bahawa anda akan memberikan kualiti kerja yang terbaik. Tetapi anda tidak perlu terlalu risau. Sekiranya perkhidmatan yang anda tawarkan mempunyai permintaan yang tinggi pastinya anda akan mendapat banyak tempahan di Fiverr.

 

Apa itu Fiverr?

jana pendapatan sebagai freelancer

Fiverr adalah sebuah platform marketplace yang membolehkan freelancer dari seluruh dunia untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Yang menariknya di Fiverr tiada senarai harga yang ditetapkan. Semua freelance berhak untuk menentukan harga perkhidmatan masing-masing. Anda perlu meletakkan harga yang munasabah dan kompetitif untuk perkhidmatan yang anda tawarkan.

 

Cara membuka akaun di Fiverr

Untuk menjadi freelancer di Fiverr, anda perlu mendaftar akaun sebagai penjual. Cara mendaftar sangat mudah dan yang paling penting semuanya adalah secara percuma. Untuk sesetengah kes, mungkin anda perlu mengambil ujian tatabahasa (grammar test) sebelum akaun anda disahkan.

 

Semasa pendaftaran, anda hanya perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan.Selepas akaun anda didaftarkan, anda sudah boleh mula memilih servis yang ingin anda tawarkan. Servis ini dipanggil ‘gigs’ di dalam Fiverr.

 

Menetapkan gigs anda

Selepas mendaftar akaun, anda perlu menetapkan gigs pilihan anda. Sedikit tips dari saya, anda tawarkan beberapa gigs di dalam niche anda. Sebab anda tidak pasti lagi gigs yang mana yang akan dipilih oleh pelanggan. Sekiranya anda tawarkan perkhidmatan design, anda boleh buat satu gigs yang menawarkan semua perkhidmatan design, manakala gigs yang lain menawarkan perkhidmatan design yang lebih spesifik contohnya mereka cipta logo sahaja atau mereka cipta konten media sosial sahaja.

 

Semasa proses penetapan gigs ini, adalah lebih baik sekiranya anda lampirkan sekali contoh-contoh atau portfolio anda berkaitan perkhidmatan yang anda tawarkan. Cara ini akan membuatkan bakal pelanggan anda rasa lebih percaya dan akan memilih anda. Anda perlu ingat persaingan di Fiverr sangat sengit hal ini kerana anda bukan sahaja bersaing dengan freelancer di Malaysia malah dengan freelancer seluruh dunia. Oleh itu first impression adalah sangat penting. Pastikan anda menceritakan tentang servis anda dan pengalaman-pengalaman anda dengan baik pada halaman utama gigs anda. Ini semua dapat membantu memberikan first impression yang baik kepada bakal pelanggan anda.

 

Gunakan nama sebenar anda. Ini sangat penting untuk mendapatkan keyakinan bakal pelanggan dan mengelakkan pelanggan merasa anda adalah scammer.

 

Selain itu anda juga perlu meletakkan gambar sebenar wajah anda yang profesional. Elakkan daripada meletakkan gambar logo atau selain wajah anda di pofil anda. Ini penting supaya bakal pelanggan yakin bahawa anda adalah seorang yang serius dan profesional di dalam kerja anda.

 

Memandangkan kerja di Fiverr adalah seratus peratus online, kehadiran anda dalam dunia online haruslah nampak real. Menggunakan wajah sebenar anda dapat menaikkan kepercayaan pelanggan. Anda tidak perlu malu atau segan. Anda hanya perlu yakin.

 

Penetapan Harga

Untuk penetapan harga, bagi anda yang baru nak bermula dan belum ada sejarah pembelian, saya nasihatkan untuk letak harga yang murah dahulu. Kaji gigs anda dan pesaing anda. Lihat harga yang mereka tawarkan. Selepas mendapat beberapa jualan barulah naikkan harga anda sedikit demi sedikit.

Sekiranya anda terus meletakkan harga mahal walaupon anda belum ada sejarah penjualan, anda akan sukar untuk mendapatkan pelanggan pertama anda. Oleh itu, mula dengan kecil dan naikkan harga perkhidmatan sedikit demi sedikit seiring dengan jumlah pesanan anda.

 

Sekarang, penetapan gigs anda sudah siap, anda hanya perlu menunggu pesanan pelanggan anda.

 

Responsif dan profesional

Anda perlu respon dengan segera sekiranya ada bakal pelanggan yang menghubungi anda. Ini menunjukkan anda seorang yang serius dan berdedikasi dengan kerja anda. Pada peringkat permulaan menjadi freelancer, anda perlu melupakan office hour dan weekend buat sementara waktu. Respon dengan segera setiap pertanyaan bakal pelanggan anda.

Tonton video tentang cara jana pendapatan di Fiverr

Kesimpulan

Sekian sahaja perkongsian saya bagaimana cara untuk anda Jana Pendapatan sebagai Freelancer di Fiverr. Sebagai freelancer anda perlu berdedikasi dan sabar. Anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis pelanggan. Layan semua pelanggan anda dengan baik. Biasanya pelanggan di Fiverr cenderung menjadi pelanggan setia anda sekiranya anda memberikan servis yang terbaik. Anda ada peluang yang besar untuk jana pendapatan di Fiverr. Hal ini kerana bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia.

 

Artikel Menarik Lain:

  1. Platform untuk Jana Pendapatan sebagai Freelancer
  2. Cara Buat Duit Sebagai Content Creator

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *