|

JENIS EMAS DAN CARA MUDAH MELABUR EMAS

Artikel ini akan berkongsi informasi tentang emas dan pelaburan emas dari Ustaz Khairul Basri yang lebih di kenali sebagai Ustaz emas

Jenis- jenis emas

1. BARANG KEMAS

Jenis-jenis emas

✅ Barang kemas ialah salah satu jenis emas yang popular dan biasa disimpan. Ini kerana ia sinonim dengan orang perempuan yang suka berhias. Sambil berhias, sambil menyimpan.

✅ Barang kemas juga boleh diniagakan. Bagi penyimpan yang berotak peniaga, barang kemas adalah hot item yang sangat mudah dijualbeli.

✅ Ketulenan barang kemas biasanya ialah 916 atau 22k. Ia merujuk kepada komposisi emas dan bahan campuran yang mana 91.6% adalah terdiri daripada emas tulen dan bakinya adalah bahan-bahan lain yang bertujuan untuk mengukuhkan strukturnya.

✅ Barang kemas biasanya akan dijual dengan caj upah pembuatan. Ini akan menjadikan harga barang kemas lebih tinggi daripada harga emasnya sendiri.

✅ Susutnilai barang kemas amat tinggi sekitar 20% ke 40% bergantung kepada kedai emas yang menjualnya.

✅ Barang kemas senang untuk digadai di mana-mana arrahnu untuk tunai segera.

✅ Barang kemas boleh dipakai sebagai perhiasan.

✅ Jika menyimpan barang kemas sebagai pelaburan, ia mengambil masa yang sangat panjang untuk harganya naik mengatasi nilai susutnilai.

✅ Barang kemas yang dipakai pada kadar yang munasabah mengikut uruf setempat adalah dikecualikan daripada zakat emas.

2. EMAS SCRAP

✅ Ada antara penyimpan emas yang suka menyimpan emas yang lama, rosak atau pun patah.

✅ Emas scrap senang dibeli sebab harganya sangat murah.

✅ Cuma, untuk membelinya perlu ada usaha mencari dan bertawar harga dengan penjual.

✅ Begitu juga apabila hendak menjualnya semula, kemungkinan besar bakal pembeli akan meletakkan harga yang rendah.

✅ Emas scrap juga dikenakan zakat apabila menyimpannya lebih daripada 85 gram dalam masa 1 tahun.

3. EMAS FIZIKAL

✅ Sekarang ini terdapat pelbagai jenama emas fizikal di pasaran. Ini termasuklah Palm Suisse, Perth Mint, Public Gold, Nubex, Sri Ayu, Amethyst dan yang terbaru KAB Gold.

✅ Kebiasaannya ia datang dalam bentuk jongkong dan juga syiling.

✅ Kadar spread item sebegini juga sangat rendah jika dibandingkan dengan spread barang kemas.

✅ Apabila disimpan diam selama setahun dalam berat mencapai 85 gram, maka ia wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

✅ Emas fizikal sebegini biasanya dikeluarkan juga dalam bentuk koleksi bersempena dengan peristiwa atau design tertentu.

✅ Jongkong dan syiling emas yang baik akan datang bersama dengan pengesahan daripada assayer yang bertauliah.

✅ Jika emas tersebut disahkan sebagai emas pelaburan oleh London Bullion Market Association (LBMA) maka ia akan datang dalam keadaan berbalut (sealed).

✅ Ada sesetengah arrahnu tidak menerima emas yang disahkan oleh LBMA kecuali ia boleh dibuka balutannya.

✅ Penyimpan emas yang menyimpan sendiri emas sebegini akan merasai aura yang kuat untuk menambah belian emasnya.

✅ Risiko menyimpan emas fizikal hanyalah bimbang berlaku kecurian atau terpaksa dijual pada harga yang kurang menarik.

✅ Emas fizikal yang jatuh dalam kategori koleksi bukanlah baik untuk dibeli kecuali pembeli ada niat untuk terlibat dalam perniagaan jual belian emas koleksi.

4. EMAS KOLEKSI

✅ Emas koleksi atau dipanggil sebagai Numismatic Coin, hanya dibeli oleh pengumpul tegar.

✅ Untuk emas kategori ini, harga emas semasa tidak lagi relevan kerana ia lebih mementingkan nilai sentimental melalui corak, sejarah, nombor siri yang unik dan juga bilangannya yang terhad.

✅ Harga jualan balik juga boleh meroket tinggi bergantung kepada permintaan.

✅ Emas jenis ini sangat sesuai untuk pencinta emas yang mempunyai pengetahuan yang khusus dan jaringan pengumpul emas yang spesifik.

Cara Mudah labur Dan simpan emas dengan KAB Gold

✅ Yang belum jadi pelanggan, boleh register dulu sekarang. Free saja. Takde yuran apa. Tak perlu buat belian minimum.

✅ Klik link KAB Gold ini untuk register.

✅ Bila dah register, mesti kena check dalam emel. Kena verify link yang diberi. Kalau tak, registration tu tak complete.

✅ Lepas dah register, akan dapat KAB code. Dengan KAB code ni la nanti boleh log in website dan boleh mula membeli emas.

Baca Panduan Lengkap Simpan Emas dengan KAB Gold

✅ Di KAB Gold, boleh beli emas menggunakan 2 cara :

❤️ Beli je terus item gold bar atau dinar mengikut harga semasa di katalog. Yang ni sekarang masih out of stock.

❤️ Beli gram emas guna akaun Uncang Emas. Yang ni boleh beli anytime, anywhere, any amount.

✅ Buat masa sekarang, fokus kami ialah Uncang Emas. Kalian beli gram emas ikut harga semasa yang diupdate sekali sehari.

✅ Akaun Uncang Emas ni pun boleh bawak keluar fizikal jugak tau. Tapi kalau taknak keluar fizikal, kami akan simpan tanpa caj.

✅ Daripada Uncang Emas, kalau nak keluarkan, boleh pilih gold bar atau dinar. Setakat ini ada gold bar 1, 5 dan 10 gram. Manakala dinar, kami ada 1/2 dinar dan 1 dinar.

✅ Kalau nak ambil fizikal, boleh ambil terus di pejabat kami di Gombak. Kalau nak minta kami pos pun boleh. Tapi ada caj pos la sikit ye.

✅ Urusniaga di KAB adalah patuh Syariah. Ia dikawal ketat oleh Penasihat Syariah rasmi iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah.

✅ Secara amnya, produk emas KAB Gold diterima oleh semua pusat ar-rahnu termasuklah Pos Arrahnu, Arrahnu Tekun, Arrahnu Bank Rakyat dan sebagainya.

✅ Di KAB Gold, Tuan-Puan hanya akan beli emas yang benar-benar wujud. Tiada pre-order, tiada beli-beli tak tahu kat mana emasnya, tiada pembelian bila emasnya sudah habis.

“Eh, tak bagus la KAB Gold sebab takde emas bila kita nak beli?”

Ye… dari 1 sudut nampak macam tak bagus kan? Tapi itulah patuh Syariah. Kami hanya akan jual emas yang wujud dan dimiliki oleh kami.

Kalau emasnya dah habis, kami cakap dah habis. Bila stok Uncang Emas habis, maka semua pelanggan tak boleh nak beli gram Uncang Emas sehinggalah kami restock, bayar dan update.

Bila stok Belian Terus dah habis, maka semua pelanggan boleh tengok kami tulis kat website “Temporarily out of stock”.

Itulah patuh Syariah tahap tertinggi. Tuan-Puan boleh check dalam market, syarikat mana yang telus seperti KAB Gold, Tuan-Puan pilihlah syarikat tersebut.

Syarikat yang telus akan bagitahu dengan jelas adakah emas yang nak dibeli itu wujud atau tidak.

✅ Setiap emas yang dibeli oleh pelanggan KAB Gold menerusi kaedah Belian Terus akan ditolak dari bilangan stok di website. Seterusnya kami asingkan terus dan simpan untuk pelanggan.

Jadi, tak akan berlaku di KAB Gold emas yang dibeli tiba-tiba sampai berbulan-bulan nak ambil tak ada. Tak akan jadi macam tu di KAB Gold. Sebab memang kami dah simpan siap-siap. Kami tak akan bagi dahulu kat orang lainemas tersebut sebab itu dah memang milik pelanggan yang membeli itu.

Siapa beli dulu, dia akan dapat dulu berdasarkan nombor invois. Takde potong que, takde pintas-pintas. Semuanya berlaku dengan jujur dan telus.

Nak cakap betapa telusnya KAB Gold, kalau Tuan-Puan beli emas edisi terhad yang ada nombor siri, Tuan-Puan boleh dapat nombor kayangan macam nombor 1 dengan mudah kalau memang Tuan-Puan la pembeli yang pertama.

Tiada istilah kami sorok nombor digit kecil. Tiada istilah jerung boleh monopoli. Tiada istilah nombor siri hilang. Kami akan berlalu jujur. Itu jaminan kami.

✅ Bagi belian Uncang Emas, kami akan bagi indication berapa lama Tuan-Puan boleh keluarkan emas fizikal Tuan-Puan. Itulah patuh Syariah tahap tertinggi bila kita tak membiarkan para pelanggan dalam gelap buta tak tahu nak agak bila boleh dapat emas.

KENAPA UNCANG EMAS?

Disenaraikan di sini beberapa kelebihan simpan emas menggunakan UE :

❤️ Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum 0.25 gram.

Harga semasa hari ini (20 Mac 2021) ialah RM249 segram. So, 0.25 gram ialah RM62.25 saja.

❤️ Boleh simpan emas di KAB Gold secara percuma. Boleh beli bila-bila masa sahaja dan tiada had maksimum emas yang dibeli.

❤️ Tiada yuran simpanan dikenakan dan tiada tarikh luput.

❤️ Boleh tambah simpanan emas serendah 0.25 gram atau RM62.25 (harga semasa hari ini) pada bila-bila masa.

❤️ Boleh keluarkan emas fizikal bermula serendah 1 gram dari akaun UE.

❤️ Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa. Sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.

❤️ Tiada baki gram minima perlu ditinggalkan untuk kekalkan akaun status aktif.

❤️ Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual pun secara online.

❤️ Akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga disediakan.

❤️ Para pelanggan boleh melihat baki UE yang masih boleh dibeli pada satu-satu masa di website.

Ini adalah kaedah simpan emas yang mudah, murah dan patuh Syariah di Malaysia.

PELABURAN EMAS

Cara melabur emas

Ramai yang bertanya tentang pelaburan emas.

Berapa amaun minimum?

Macamana cara yang terbaik?

Berapa kadar keuntungan?

Prinsip asas pelaburan mana-mana pun;

KALAU UNTUNG, MAKAN BIAR BESAR. KALAU RUGI, KITA TAK TERDUDUK!

Jadi untuk memenuhi maksud prinsip asas pelaburan di atas, berikut ada la beberapa garis panduan :

✅ Melabur ni mesti duit yang lebih betul-betul lebih. Tolak belanja, tolak hutang, tolak tanggungan, tolak simpanan, tolak insuran, tolak, tolak, tolak… Lebih tu baru kita melabur.

✅ Duit pelaburan yang pertama mesti pergi kepada pelaburan ilmu. Ikut seminar, masuk workshop, beli buku baca.

Itu step pertama melabur. Kalau nak skip yang ni, cerah masa depan untuk melebur.

✅ Nilai pelaburan mesti signifikan. Kalau setakat RM500, RM1000, RM50, dan seumpama dengannya baik tak payah melabur la. Baik simpan aje duit tu lebih baik.

Atau kembangkan dengah cara berniaga. Kalau dalam pelaburan emas, item minimum pelaburan mesti 100 gram dan ke atas.

✅ Melabur ada potensi untung, ada potensi rugi. Kalau untung je memanjang, rugi tak pernah disebut, itu besar kemungkinan skim cepat kaya.

✅ Pelaburan di Malaysia untungnya antara 5% ke 15% saja setahun. Dapat sekitar 20% setahun itu kira besar giler dah tu.

Kalau ada orang offer lebih dari itu, tiap-tiap bulan pulak tu, cepat-cepat angkat kaki. Lari jauh-jauh.

✅ Melabur tidak menjadikan kita kaya. Pakar pelaburan pun tak kaya dengan melabur. Biasanya mereka kaya dengan perniagaan. Untung lebih 100% dalam berniaga, itu biasa.

GOLD BAR VS BARANG KEMAS

Mana yang lebih bagus, beli dan simpan gold bar atau beli dan simpan barang kemas?

Ini sedikit perbandingan la ye. Lepas tu timbang sendiri mana yang lebih cocok dengan jiwa dan raga masing-masing.

BARANG KEMAS

✅ Sesuai untuk orang yang suka memakai. Dah nama pun barang kemas, beli tak pakai nak buat apa kan?

✅ Kalau beli banyak-banyak pun, larat ke nak pakai banyak-banyak tu? Tambah pulak sekarang ni kes-kes samun dan ragut di jalanan. Lagi la bahaya kalau pakai barang kemas.

✅ Sangat bagus bagi yang nak jadi peniaga. Biasanya boleh dapat di pasaran kedua (secondary market) atau yang dilelong oleh pajak gadai dengan harga potongan antara 20% ke 40% dari harga pasaran.

✅ Biasanya ketulenan barang kemas ni 916. Ada la yang emas 999 tapi jarang sangat sebab lembut tanpa campuran bahan lain.

✅ Harga biasanya akan jadi lebih mahal sebab ada upah buat dan sebagainya. Jadi kita terpaksa tanggung kos-kos sampingan yang sangat tinggi.

✅ Susutnilai masa nak jual balik pun boleh tahan juga besar. Itu caranya kedai emas atau peniaga amatur buat duit. Biasa la kalau susutnilai barang kemas ni boleh mencecah sehingga 40% bergantung kepada kedai yang membelinya.

✅ Kalau barang kemas bengkok atau patah masa nak dijual, harga akan ditolak lebih banyak.

✅ Prinsip saya mudah mudah saja dengan barang kemas ni. Beli kalau suami suruh beli (minta duit dengan dia) atau kalau mak atau mak mertua bising (jaga la air muka suami sikit ye tak?)

GOLD BAR ATAU DINAR

✅ Sesuai untuk orang yang nak menyimpan emas sebagai alternatif simpanan tunai.

✅ Kalau beli banyak-banyak pun takpe. Sebab nak simpan je kan. Bukan nak pakai pun.

✅ Yang nak berniaga pun boleh juga jadikan gold bar atau dinar sebagai komoditi. Orang lelaki boleh beli, orang perempuan pun boleh beli. Orang dewasa boleh beli, para remaja pun boleh beli.

✅ Biasanya ketulenan gold bar dan dinar ialah 999. Ia ketulenan paling tinggi.

✅ Harga gold bar atau dinar biasanya sangat bagus untuk nilai duit yang kita bayar. Sebab gold bar dan dinar tak dikenakan caj upah.

✅ Susutnilai gold bar atau dinar juga rendah. Kalau di KAB Gold, ia antara 6% ke 9% sahaja. Susutnilai itu boleh dikurangkan lagi dengan insentif belian dan jualan balik wakil jualan.

✅ Gold bar atau dinar ditimbang dengan berat. Jika ia patah atau bengkok sekali pun, ia harga tetap dikira dengan berat emas. Bukan pada penampilam emas itu.

✅ Untuk pelaburan dan simpanan emas jangka panjang, saya syorkan gold bar atau dinar. Ia lebih mudah dibeli dan murah harganya berbanding barang kemas (kerana tiada upah buat). Tambah lagi kalau macam sekarang ni boleh beli gold bar dan dinar menggunakan akaun emas macam Uncang Emas di KAB Gold. Serendah 0.25 gram saje, lagi la senang.

Harga emas naik nak buat apa?

Ada 2 pilihan :

✅ Jika anda pelabur emas, anda boleh jual emas yang anda simpan sejak sekian lama untuk merasa untungnya. Dengan syarat, harga yang anda beli dulu lebih rendah daripada harga sekarang.

✅ Jika anda penyimpan emas, anda boleh terus membeli secara konsisten walaupun harganya mahal. Ini kerana matlamat anda ialah pertambahan gram.

Anda tak kesah dengan turun naik harga. Yang penting gram anda bertambah dan duit anda selamat dari kebocoran.

Selamat menyimpan dan melabur emas dengan KAB Gold.

Baca Juga: Kelebihan Menyimpan Emas

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *