senarai mailing list
|

Senarai Mailing List, Kepentingan Dan Fungsi Dalam Bisnes

Senarai Mailing List, Kepentingan & Fungsinya Dalam Bisnes | Pernah dengar tentang Mailing List. Jika belum, Mailing List ini adalah sebuah alamat email yang boleh membantu di dalam sesebuah bisnes ataupun software (. Untuk semua pembaca di sini, saya akan kongsikan serba sedikit info berkaitan mailing list. Saya juga akan kongsikan beberapa senarai mailing list yang biasa digunapakai berserta kelebihan dan kekurangan untuk setiap mailing list tersebut.Β 

Apa Itu Mailing List?

Apa maksud Mailing List? Mailing list adalah sebuah ‘sistem layanan’. Mailing list ini sering dikaitkan dengan Gmail. Dalam bahasa, Mailing List dikenali sebagai Senarai Mel. Mailing List tau Senarai Mel ini adalah penyusun alamat e-mel yang digunakan untuk menghantar e-mel kepada berbilang pengguna pada waktu yang sama.Β 

Untuk lebih mudah faham, Mailing List gmail ini membolehkan anda untuk mengirim email kepada banyak orang dalam sebuah kumpulan. Kumpulan si penerima untuk email tersebut anda boleh tentukan. Mailing List ini tidak ubah sebuah sistem yang memungkinkan satu orang mengirimkan pesanan (dalam bentuk email). Bukan hanya seorang tetapi ke alamat email penerima yang ramai. Dengan cara begini, tak perlu lagi email manual seorang demi seorang, sebaliknya diteruskan ke banyak orang serentak.

Pernah tak apabila anda masuk ke mana-mana laman web, kemudian laman web tersebut menyediakan ruangan sama anda ingin subscribe newsletter? Subscribe itu supaya apabila ada updates dari laman web tersebut, maka anda akan menerima news secara terus ke dalam inbox email anda.

Mesti anda biasa kan nampak sign up newsletter seperti gambar di bawah ini kan? Gambar ini adalah contoh sign up untuk pemilik website menghimpunkan email pelawat yang datang berkunjung ke laman web mereka. Hasil email yang diterima itu dijadikan sebagai Mailing List.Β 

Senarai Mailing List
Senarai Mailing List

Kenapa Perlu Bina Senarai Mailing List?

Kelebihan mailing list ini antaranya adalah :

  • Ada interaksi bersama audiens untuk website tersebut. Setiap kali website mengemaskini artikel, maka audiens akan menerima berita tersebut dan kemungkinan audiens akan klik artikel terbaru itu untuk dibaca.
  • Apabila artikel terbaru di klik, maka website akan menerima trafik. Secara tak langsung, ia akan meningkatkan pageviews dan unique visitor untuk website berkenaan.
  • Sekiranya website tersebut menjual produk, dan audiens berasa tertarik dengan produk tersebut, ini mungkin akan memberikan peluang untuk produk tersebut dibeli. Maka akan ada proses jual beli / transaksi.Β 
  • Katakan website tersebut tidak menjual produk, jadi kenapa website tadi masih mahu membina mailing list?Β  Jawapannya , kerana website perlukan trafik, dan trafik membantu menaikkan pageviews dan ini boleh membantu menaikkan nilai Adsense pada website tersebut.

 

Senarai Mailing List (List of Mailing List Software / Company ) Yang Biasa Digunakan

Ini adalah sebahagian daripada sebab kenapa sesetengah website sangat mementingkan pembinaan mailing list. Katakan bila anda dah subscribed newsletter dengan mana-mana website, dan kalaulah anda rasa website tersebut tidak memenuhi kehendak anda, maka pada bila-bila masa sahaja, anda boleh unsubscribe newsletter tersebut.Β 

Email anda akan dibatalkan daripada senarai email marketing sesuatu website dan anda tidak lagi akan menerima apa-apa kemaskini daripada website tersebut. Jadi, mari kita tengok beberapa senarai mailing list yang biasa digunakan.Β 

senarai mailing list
senarai mailing list

#1 – Sendinblue

Seninblue memberikan pelan percuma. Anda hanya perlu sign-up sahaja. Sesiapa saja pasti sukakan benda yang percuma apatah lagi ianya hal yang berfaedah. Seninblue membenarkan penyimpanan email contacts tanpa had. Ini bermaksud anda boleh memiliki senarai email sebanyak mana yang anda ada untuk diletakkan di dalam senarai contacts di Seninblue.

Tapi, untuk pelan yang percuma, anda hanya dibenarkan menghantar 300 email sehari kepada subscriber anda.Β Dan anda boleh create Requeue List untuk dihantar keesokannya , namun anda perlu menekan butang Requeue tersebut secara manual selepas 24jam list pertama dihantar ke luar.

Katakan website anda mempunyai artikel terkini (atau kita namakan Kempen 1), anda boleh menghantar kepada 300 email sehari , dan maksimum untuk Kempen 1 ialah 2,000 email penerima sahaja.Β Sekiranya anda ingin menghantar lebih daripada 2,000 email penerima, maka anda perlu membeli pelan berbayar bermula serendah RM88.00 untuk 10K email sehari untuk satu-satu kempen sehingga maksimum 100K email.

 

#2 – Mailchimp

Mailchimp juga mempunyai pelan percuma.Β Dan jika dibandingkan dengan Seninblue, Mailchimps membenarkan anda menyimpan contacts tanpa had, dan menghantar 2,000 email sehari , dan maksimum sehingga 10,000 sebulan berbanding Seninblue.Β 

Selain itu, Mailchimp membenarkan anda meletakkan Sign Up Forms tanpa had di website anda, sama ada secara pop-up, di sidebar, mahupun di footer.

Untuk permulaan, anda disarankan memilih pelan percuma, dan upgrade pelan mengikut kesesuaian anda di kemudian waktu.

Untuk pelan berbayar, ianya bermula serendah sekitar RM40.00, namun maksimum contacts hanyalah 500 sahaja, tetapi ianya memberikan fitur menarik yang lain seperti mempunyai smart tools untuk anda membuat konten yang menarik, lebih 250 apps integrations, membenarkan anda membuat kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas dan ini memperbaiki dan menguatkan marketing anda, dan fitur-fitur yang lain.

 

#3 – Benchmark

Benchmark juga memberikan pelan percuma, dan terhad kepada 250 email sebulan untuk menghantar sebarang updates kepada subscriber anda.

Namun, satu fitur yang menarik tentang Benchmark ialah, ianya mempunyai kelebihan drag and drop email builder supaya email yang anda hantar kepada subscirber anda kelihatan cantik dan memiliki signature yang tersendiri.

Walaupun hanya memberikan 250 email sebulan untuk dihantar keluar, namun beberapa fitur percuma yang ditawarkan sangat menarik dan membuatkan anda mungkin lebih jatuh cinta terhadap Benchmark berbanding Seninblue dan Mailchimp.

Pelan berbayar bermula sekitar RM55.00 sebulan dengan penghantaran email tanpa had setiap bulan.

 

#4 – GetResponse

GetResponse memberikan pelan percubaan percuma selama 30 hari dan tanpa penggunaan kad kredit.Β Selepas itu, anda bolehlah memilih untuk pelan berbayar serendah sekitar RM60.00 sebulan.Β Walaupun GetResponse tidak memberikan pelan percuma seperti Mailchimp, namun pada harga RM60.00 sebulan, anda boleh menghantar unlimited emails kepada maksimum 1000 subscriber anda.

GetResponse juga menyediakan pilihan tema untuk anda sesuaikan dalam membina e-newsletter , dan menyediakan autoresponder kepada mereka subscribe newsletter tersebut hanya pada pelan Basic sahaja.Β Kalau anda perlukan lebih fitur lagi, anda boleh melanggan pelan-pelan lain bersesuaian dengan kehendak anda.

 

Β #5 – Aweber

Satu lagi mailing list yang biasa digunapakai ialah Aweber. Ianya menyediakan pelan percuma namun hanya memberikan 500 contacts untuk disimpan dan hanya membenarkan 3,000 email dihantar keluar sebulan.

Walaupun hanyalah pelan percuma, Aweber memberikan fitur-fitur menarik seperti email automation, drag and drop email builder, lebih daripada 100 pilihan email templates, signup forms dan banyak fitur menarik yang lain.

Manakala untuk pelan berbayar, ianya bermula serendah sekitar RM65.00 sebulan, dengan memberikan subscriber dan email dihantar setiap bulan tanpa had. Dan juga membenarkan logo Aweber untuk dipadam dalam penggunaan email marketing.

 

Sebenarnya ada banyak lagi email marketing yang digunakan antaranya ialah Active Campaign, Hubspot, Drip, Campaign Monitor, Active Trail, iContact, Mad Mimmy, Trafficwave dan banyak lagi. Apapun, pilihlah mailing list yang sesuai dengan website mahupun bisnes anda (jika ada). Mailing list merupakan satu β€œmarketing tool” atau aplikasi internet yang digunakan untuk mempromosikan bisnes produk dan servis atas talian. Kalau anda merasakan belum ada keperluan untuk membeli pelan berbayar mailing list, maka gunapakai yang percuma sahaja.

Semoga perkongsian aku ini bermanfaat untuk semua.Β 

 

Artikel Menarik Lain :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *