7 Skim Bantuan Kewangan Amanah Ikhtiar Malaysia
Pelbagai bantuan ditawarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah menaikkan taraf hidup. Salah satu bantuan adalah bantuan pinjaman kewangan patuh syariah dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
AIM telah ditubuhkan pada 17 September 1987 sebagai sebuah badan Amanah persendirian yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] melalui permeteraian Surat Ikatan Amanah AIM bertarikh 17 September 1987 oleh pengasas-pengasas AIM bersama penyumbang dana dan juga Lembaga Pemegang Amanah AIM yang telah dilantik.
Objektif AIM adalah:
- Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
- Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
- Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
AIM menawarkan 2 produk utama kepada pemohon:
1. Skim Pembiayaan Mikro
Skim yang ditawarkan oleh AIM adalah bantuan kewangan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Terdapat 7 skim bantuan kewangan yang dapat membantu para peniaga untuk dipohon:
i-Mesra
i-Serikandi
i-Wibawa
i-Sejahtera
i-Bestari
i-Penyayang
i-Muda
2.Tabung Kebajikan daan Kesejahteraan Sahabat
Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) ialah tabung yang ditubuhkan oleh AIM bertujuan untuk meningkatkan tahap kebajikan dan kesejahteraan Sahabat dan keluarga. Antara bantuan yang dihulurkan adalah seperti gambar di bawah: