cara jana pendapatan dengan pelaburan hartanah
|

5 Cara Jana Pendapatan dengan Pelaburan Hartanah

Ingin tahu 5 Cara Jana Pendapatan dengan Pelaburan Hartanah? baca artikel ini hingga selesai

Apa itu Pelaburan Hartanah ?

Menurut wikipedia “hartanah adalah sebuah istilah undang-undang yang merujuk tanah bersama dengan apa pun yang tinggal tetap di atas tanah tersebut, seperti bangunan, beserta sumber aslinya. Hartanah sering dianggap sinonim dengan real property, berbeza dengan harta alih. Namun, dalam penggunaan tekniknya, beberapa orang tetap memilih pembezaan antara harta tanah, menunjuk ke tanah dan benda di atasnya, dengan real property, menunjuk ke hak pemilikan atas harta tanah”.

Pelaburan hartanah pula adalah suatu kegiatan menanamkan modal atau wang melalui pembelian hartanah secara langsung mahupun tidak untuk kegunaan lanjut dengan harapan pemilik modal akan mendapatkan sejumlah keuntungan atau manfaat dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai hartanah.

5 Cara Jana Pendapatan dengan Pelaburan Hartanah

Terdapat pelbagai cara dan strategi dalam menjana pendapatan melalui pelaburan hartanah.  Di dalam artikel ini saya akan kongsikan 5 cara buat duit melalui pelaburan hartanah.

1.  Sewa

Cara pertama adalah dengan membeli hartanah pada lokasi yang menawarkan kadar sewa yang tinggi. Kebiasaannya lokasi yang strategik adalah di bandar. Namun anda harus memastikan jumlah pinjaman yang perlu di bayar di bank adalah lebih rendah dari harga sewa pasaran. Anda dinasihatkan untuk memastikan bahawa jumla sewa selama sekurang-kurangnya 10 bulan sudah boleh membayar jumlah pinjaman rumah anda selama setahun di bank.

Ini adalah cadangan sahaja, untuk memastikan anda mempunyai aliran wang positif yang lebih baik pastikan duit sewa bulanan anda lebih tinggi dari komitmen bulanan pinjaman anda.

Selain itu, anda juga boleh membina rumah di tanah  anda sendiri dan menyewakan rumah tersebut. Untuk cara ini anda tetap perlu memastikan modal yang anda keluar melalui pinjaman atau wang simpanan mendapat pulangan yang baik.

 

2. Jual

buat duit dengan pelaburan hartanah

Dengan membeli hartanah pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran anda boleh mendapat keuntungan dengan menjual semula hartanah tersebut pada haraga pasaran. Biasanya pelabur membeli hartanah melalui kaedah subsale, jualan lelong atau hartanah yang sudah mengalami kerosakan.

Kemudian, kerja-kerja menaiktaraf dan pengubahsuaian akan di lakukan ke atas hartanah oleh pelabur bagi meningkatkan harga jualan hartanah tersebut. Terdapat banyak rancangan bagi strategi jana pendapatan ini, anda boleh tonton “Flip or Flop” melalui channel HGTV untuk mengetahui lebih lanjut mengenai strategi ini.

Selain itu anda juga boleh membeli hartanah baru yang masih di dalam pembinaan dan menjualnya semula apabila ia siap dibina kerana nilainya sudah meningkat naik. Namun anda perlu melakukan kajian yang terperinci bagi teknik ini, anda hendaklah memastikan lokasi yang bagus, developer yang boleh dipercayai dan kenaikan harga hartanah itu boleh menjana keuntungan pada anda. Kerana anda harus tahu yang pelaburan hartanah bukan satu jenis pelaburan yang mempunyai kecairan wang yang cepat.

Sebagai contoh di Malaysia, satu urusniaga jual beli hartanah mengambil masa 3 hingga 9 bulan untuk diselesaikan, bergantung kepada  jenis pegangan tanah, jenis hartanah dan masalah yang mungkin timbul di dalam prose pindah milik hartanah tersebut.

 

3. Beli kemudian Sewa dan Jual

Strategi ini merupakan kombinasi strategi 1 dan 2, kerana hartanah yang memberi
pendapatan sewa yang bagus ini kebiasaanya akan mengalami kenaikan harga pasaran. Jika kenaikan harga pasaran sangat menguntungkan anda boleh menjual hartanah tersebut dan menggunakan keuntungan itu untuk simpanan dan mengurangkanliabiliti atau melabur pada hartanah lain yang lebih menguntungkan.

 

4. Sewa dan Sewakan semula

Anda boleh juga menjana pendapatan tanpa perlu membeli hartanah. Caranya dengan anda menyewa hartanah kemudian anda sewakan semula hartanah itu pada orang lain iaitu pihak ketiga. Dengan cara ini anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli hartanah.

Sebagai contoh anda menyewa apartment daripada pemilik rumah yang dengan harga RM700 dan anda sewakan semula apartment lengkap dengan perabot dengan harga RM1100. Atau anda boleh menyewakan mengikut harga bilik, sebagai contoh apartment yang anda sewa mempunyai 3 bilik kemudian anda duduk 1 bilik sewakan lagi 2 bilik pada kadar sewa RM500 dan RM400 bagi setiap bilik. Dengan cara ini, anda memperoleh keuntungan
sebanyak RM200 setiap bulan dari wang sewa yang diperoleh dari kedua-dua bilik tersebut.

Namun, cara ini perlu dilakukan dengan persetujuan tuan rumah. Kebiasaanya tuan rumah yang sibuk atau duduk jauh dari  rumah sewa itu akan bersetuju jika anda ingin menyewa rumah mereka dengan kadar yang mereka rasakn berbaloi kerana ada orang yang boleh memantau dan menjaga hartanah mereka. Sekiranya anda melakukan secara rahsia ia boleh mendatangkang masalah di kemudian hari  yang mana ia boleh merugikan anda.

Pastikan modal anda membeli perabot dan melengkapkan rumah akan diperolehi dalam masa tempoh perjanjian sewaan anda dengan tuan rumah. Sebaiknya pastikan dalam masa 12 ke 18 bulan anda sudah boleh mendapat modal anda semula.

 

5. Homestay

buat duit dengan pelaburan hartanah

Selain sewa bulanan dan jual seperti yang dinyatakan sebelum ini, hartanah yang telah dibeli juga boleh dijadikan homestay. Homestay berkonsep seperti hotel iaitu rumah yang telah dilengkapi perabot dan disewakan secara harian. Kebiasaanya homestay berada di tempatyang strategik dan di ubahsuai dengan cantik jika objektifnya untuk menarik bakal pelanggan yang ingin bercuti atau ‘staycation’.

Homestay juga menjadi pilihan bagi mereka yang datang beramai-ramai seperti rombongan pengantin, hari keluarga, majlis konvokesyen dan macam-macam lagi kerana ia
boleh menempatkan lebih ramai orang dengan kadar sewa yang lebih murah berbanding
kos penginapan di hotel.

Jenis hartanah yang sesuai dijadikan homestay adalah rumah atas tanah yang mempunyai ruang untuk parking kereta yang luas. Ada juga apartment kos sederhana atau kos rendah yang telah diubahsuai menjadi homestay. Selain itu kini semakin popular pembeli mengurus sendiri resort, banglo penginapan atau apartment percutian. Oleh kerana, unit-unit ini tidak diuruskan oleh pihak pengurusan resort, anda haruslah melakukan pemasaran sendiri.

Namun kini tidak sukar kerana selain website dan sosial media anda juga boleh memasarkan homestay anda melalui AirBnB, Agoda dan banyak lagi laman yang lain.

Untuk menjalankan perniagaan homestay anda perlu melakukan perkara dibawah setiap kali penyewa hendak menginap dan keluar iaitu
a) Menyerah dan mengambil semula kunci
b) Memastikan rumah bersih sebelum tetamu masuk dan membersihkan semula rumah
selepas tetamu keluar

Anda boleh menguruskan hal ini sendiri atau mengupah orang untuk menguruskan homestay anda. Pastikan ia seorang yang jujur dan boleh dipercayai dalam menjaga homestay anda dengan baik.

 

Kesimpulan

Anda boleh menjana pendapatan dari pelaburan hartanah namun setiap pelaburan tetap ada risiko untung dan rugi. Oleh itu, anda perlu melakukan dengan ilmu dan kiraan risiko yang betul pastikan juga lokasi hartanah juga strategik dan mampu menarik penyewa atau pembeli. Semoga artikel cara jana pendapatan dengan pelaburan hartanah ini dapat membantu anda dalam memulakan pelaburan dalam hartanah.

 

Baca juga:

Buat duit dengan saham IPO

Kelebihan Simpanan Amanah Saham

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *