apa itu dropship
|

Maksud Dropship Dan Cara Menjadi Dropshipper

Maksud Dropship Dan Cara Menjadi Dropshipper | Anda pasti sudah pernah terdengar tentang dropship di Facebook, Twitter dan laman sosial yang lain kan? Ramai yang membuat tawaran sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi agen dropship. Apakah maksud dropship? Pada anda yang berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai dropship, pastikan baca sehingga habis ya. Saya akan terangkan secara mendalam maksud dropship dan cara bagaimana untuk menjadi seorang agen dropship.

Jika ada di kalangan anda yang berminat untuk mencari duit tepi dengan menjalankan perniagaan tetapi tidak tahu hendak berniaga produk apa? Anda tiada pengalaman berniaga? Anda tiada modal? Atau mungkin juga anda takut nak keluarkan modal yang banyak untuk menyimpan stok? Di sini saya kongsikan dengan anda cara untuk buat side income tanpa modal. Ya, tanpa modal!

Apakah Maksud Dropship Dan Cara Kerjanya?

Apa itu dropship? Maksud dropship mengikut penjelasan berkaitan dunia perniagaan, maksud dropship ini merupakan salah satu cara memasarkan produk di mana penjual atau peruncit tidak perlu membeli dan menyimpan barang yang ingin dipasarkan.

Dropship merupakan satu urusan perniagaan yang dijalankan tanpa mengeluarkan modal atau dengan menggunakan modal yang sangat rendah. Di masa ini anda boleh menjadi seorang peniaga untuk buat untung kencang tanpa perlu ada modal sesen pun! Anda tak perlu keluarkan modal atau jika ada sekalipun, anda hanya perlu keluarkan modal serendah RM50 sahaja. Ini bermakna anda tidak lagi perlu takut risiko rugi. Perniagaan dropship ini dijalankan tanpa memerlukan anda untuk memegang atau menyimpan stok di tangan.

Agent dropship maksudnya merujuk kepada sesiapa yang sudi untuk menjalankan bisnes dropship ini. Dalam erti kata lain, mereka yang sedang menjalankan bisnes dropship ini dikenali sebagai agent dropship yang berperanan seperti seorang jurujual. In english, agent dropship ini disebut sebagai ‘dropshipper’.

Terdapat sesetengah individu yang membuka peluang untuk anda menyertai program dropship mengenakan bayaran yuran dropship. Ini adalah kerana sesetengah individu yang menawarkan dropship akan menyediakan bahan-bahan marketing dan juga ilmu-ilmu untuk menjual produk kepada anda. Yuran ini adalah bertujuan untuk menunjukkan anda benar-benar serius dan komited untuk menjadi agent dropship untuk produk mereka.

Bagaimana Cara Untuk Menjadi Seorang Agent Dropship (Dropshipper)?

Ramai pemilik perniagaan yang menjalankan bisnes produk di luar sana menawarkan program dropship. Anda hanya perlu pilih produk dari mana-mana peniaga yang anda berminat untuk jual. Individu yang memiliki perniagaan ini akan berperanan sebagai supplier (pembekal).

Program dropship yang ditawarkan mungkin agak berbeza sedikit di antara pembekal-pembekal yang menawarkan pengambilan agent dropship ini. Anda hanya perlu bijak memilih untuk berdaftar dengan pembekal (supplier) yang mana. Ada sesetengah dari pembekal ini yang turut menawarkan khidmat bantuan bimbingan sepanjang program dropship ini berlangsung. Anda akan diberi bimbingan dan cara untuk buat sales jualan yang tinggi!

Terdapat pelbagai cara untuk anda menjadi agent dropship. Caranya bergantung pada supplier yang menawarkan programdropship tersebut. Anda perlu ikut syarat yang ditetapkan oleh supplier dan tidak dinafikan sesetengah supplier ini akan meminta anda mendaftar diri di website mereka, kemudian perlu juga membayar yuran sebagai tanda persetujuan. Makluman lanjut untuk menyertai dropship, anda boleh terus hubungi pembekal pilihan dan minta maklumat lanjut cara untuk join team dropship mereka.

 

Apakah Kebaikan dan Keburukan Dropship?

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, mereka pasti mahu bisnes yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes paling murah yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja yang berminat. Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, setiap sesuatu itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Ini bermakna program berniaga dengan konsep dropship ini juga ada baik dan buruknya.

Kebaikan Dropship

  • Tak perlu keluarkan modal (jika ada, modalnya sangat rendah)
  • Tidak perlu pegang stok sama sekali
  • Tiada risiko rugi jika stok tidak terjual
  • Tak perlu packaging barang
  • Tidak perlu keluar rumah untuk pos produk pada pembeli
  • Mendapat bimbingan bagaimana untuk membuat iklan dan jualan

Keburukan Dropship

  • Margin keuntungan lebih rendah berbanding menjadi agen tetap atau stokis bagi sesuatu produk perniagaan itu sendiri
  • Kekurangan stok akan menyebabkan masalah kelewatan terima barang pada pelanggan
  • Jika pembekal lewat pos produk , pelanggan akan marah pada agent dropship
  • Kesilapan pembekal akan menyebabkan risiko masalah antara agent dropship dengan pelanggan
  • Banyak saingan daripada agent dropship yang lain kerana jual produk yang serupa

 

 

Tapi kalau menjadi dropship, boleh ke anda berjaya untuk dapatkan sale dan seterusnya mendapat keuntungan yang besar? Jawapannya, ya. Rahsianya, anda perlu buat tindakan yang luar biasa. Anda perlu rajin dan konsisten mempromosikan produk yang anda jual. Ramai dropship di luar sana yang berjaya upgradekan diri menjadi agen selepas berjaya mendapatkan sale yang tinggi.

 

Apa yang Perlu Dropshipper Buat (Cara Kerja Dropship) ?

Mungkin di antara anda yang tidak pernah berniaga dan tidak tahu bagaimana konsep dropship ini berfungsi kan? Anda yang hendak berniaga tanpa modal ini digelar sebagaiΒ DROPSHIPPER. Tugas dropshipper adalah mengambil pesanan dari pembeli.

Di sini saya kongsikan bagaimana proses dropship berjalan :

#1 – Apabila anda mengiklankan produk anda sama ada di Instagram, Facebook, blog atau platform yang lain, pembeli akan menghubungi anda untuk memesan produk yang mereka hendak beli.

#2 – Dropshipper akan menghantar pesanan pembeli kepada supplier melalui sama ada whatsapp, website atau lain-lain medium.

#3 – Setelah supplier mendapat maklumat pembeli dari dropshipper, supplier akan proses pesanan anda dan menghantar pesanan terus kepada pembeli.

#4 Dropship akan dapat komisyen daripada supplier.

maksud dropship

 

Cara pembayaran komisyen bergantung pada supplier. Ada supplier yang meminta dropship memesan pada pembeli untuk membuat pembayaran terus pada akaun supplier dan komisyen akan diberikan pada setiap hujung bulan. Ada juga supplier yang meminta dropship, membuat pembayaran harga dropship untuk produk kepada supplier setelah pembeli membuat pembayaran pada dropship. Dropship boleh terus dapat komisyen daripada pembayaran yang telah dilakukan oleh pembeli.

Perbezaan Di Antara Dropship Dengan Agen Menyimpan StokΒ 

Dropship hanya memerlukan anda mempromot barang tersebut di laman sosial seperti facebook, instagram, blog, mudah.my, lazada dan juga Shopee. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut dan iklankan. Bila anda berjaya mendapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan membuat penghantaran produk tersebut kepada pelanggan anda tadi.

Stokis pula memerlukan modal yang lebih tinggi kerana itu keuntungannya juga adalah jauh lebih tinggi. Stokis ini perlu simpan stok di tangan dan ini bermakna stokis bila-bila masa boleh buka tawaran mencari agent dropship untuk bantu lariskan produk dengan lebih cepat lagi.

Ini bermakna, agent dropship dan stokis bukan pesaing sebaliknya sama-sama boleh berkerjasama untuk hasil jualan yang lebih tinggi dan gempak

 

Suka Berniaga Tapi Tak Ada Modal? Mahu Duit Lebih Tapi Tak Ada Pengalaman?

Tak perlu nak fikir panjang. Jika benar suka berniaga tapi tak ada modal, boleh hubungi mana-mana perniagaan dengan produk yang anda suka untuk daftar sebagai agent dropship. Anda tak perlu sediakan kedai, boleh terus mula berniaga segera. Anda juga tak perlu sediakan bahan-bahan iklan kerana segalanya sudah disediakan. Mudahkan tugas dropshipper? Anda hanya perlu buat iklan promote produk tersebut di media sosial seperti seorang peniaga sebenar, kemudian boleh mula ambil pesanan daripada pembeli yang berminat.

Selepas pembeli buat pembayaran ke akaun bank anda, teruslah buat pesanan pada pembekal untuk proses penghantaran produk bagi pesanan tersebut. Orang kata menjadi seorang agent dropship ini dapat keuntungan atas angin. Tak perlu keluarkan modal, tapi dapat duit. Siapa taknak kan?

Pada musim PKP ini, ramai peniaga yang berniaga secara fizikal terkesan. Tetapi, peratusan pembelian secara online meningkat secara mendadak. Kepada anda yang berminat untuk menambah pendapatan pada musim Covid-19 ni, rebutlah peluang menjadi sebagai dropship. Mana tahu rezeki anda di sini. Semoga perkongsian saya mengenai dropship membantu anda mencari side income, lagi-lagi di waktu pandemik ini.

Ada sesetengah daripada anda hendak menjadi dropship kerana berminat untuk berniaga tetapi kekurangan masa untuk uruskan pesanan, packing dan pos stok, betul tak? Tidak kisah apakah alasan sebenar anda, yang penting jujur dalam berniaga. Dan bagi anda yang baru berjinak dengan dunia jana income online dan masih lagi keliru tentang maksud apa itu dropship, untungkah berniaga dengan kaedah dropship, bagaimana cara kerja dropship dan sebagainya, semoga artikel ini telah dapat memberi sedikit sebanyak info pada anda.

Saya doakan anda berjaya dan selamat berniaga!

Kredit :

Β Baca Juga:

Senarai Supplier Dropship

Cara Rekrut Agen Dropship

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *