Vanilla Custard
Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Vanilla Custard yang Mudah

Resepi ini diolah dari resepi asal chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 1 sudu ekstrak vanilla (atau 1 pod vanilla)
  2. 600 ml susu full cream
  3. 4 kuning telur bersaiz besar
  4. 2 sudu gula kastor
  5. 1 sudu tepung jagung

Cara-Cara:

  1. Pukul telur bersama gula dan tepung jagung sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit dan pukul perlahan-lahan.
  3. Setelah itu masukkan ekstrak vanilla di dalam campuran
  4. Tuang campuran ke dalam periuk dan masak atas api sederhana selama 20 minit, kacau berterusan sehingga custard menjadi pekat.
  5. Vanilla custard anda siap untuk dihidangkan. Ia sedap dimakan bersama biskut atau puding kegemaran anda.

Selamat mencuba resepi vanilla custard yang mudah ini.