5 Punca Utama Mengapa Jeragat Sukar Hilang
1. Pemilihan produk yang salah
Ramai yang tersalah pilih produk jenis ‘peeling’ yang mengandungi bahan kimia terlarang. Kulit jadi mengelupas dan pedih. Kulit menjadi cerah dan jeragat semakin pudar tapi sebenarnya, jeragat hilang bersama kulit luar yang sepatutnya melindungi kulit kita. Akibatnya, kulit jadi makin tak sihat dan tak akan kuat untuk melawan serangan punca utama jeragat seperti matahari dan hormon.
2. Tidak Faham Punca
Untuk merawat jeragat kita hendaklah faham apa punca utama jeragat di wajah kita. Kawan saya mengadu mengalami masalah jeragat yang teruk dan beliau tidak Menghilangkan any peeling produk. Dia tidak tahu ape punca jeragat di wajah ye. Setelah berborak lama rupanya die bekerja dibawah matahari terikat kerana kerjayanya sebagai jurutera awam. Jadi sinaran UV dari matahari punca utama jeragat di wajahnya. Maka penting untuk dia mengawal sinar UV dari matahari ke wajahnya.
3- Tertekan
Tertekan atau Emosi yang tidak stabil adalah antara punca jeragat sukar untuk dipulihkan. Jeragat mudah terbentuk dalam keadaan Yang sentiasa tertekan. Jadi anda dinasihatkan sentiasa relax dan cuba alihkan tekanan hidup anda dengan melakukan aktiviti yang anda suka.
4. Haid Tidak Teratur
Masalah haid Yang tak teratur atau tidak datang haid antara punca jeragat sukar hilang. Jika masalah haid tidak dirawat sukar untuk merawat masalah jeragat walaupun produk itu bagus.
5. Tak Halang Punca Utama
Diharapkan perkongsian ni dapat membantu semua yang mengalami masalah jeragat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah menghilangkan jeragat.