6 Punca Utama Pembentukan Jeragat Di Muka Anda
- Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.
- UV A merosakkan sel bawah kulit dan UVB pula sel luar kulit.
- Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi atau jeragat malah boleh membawa kepada kanser kulit.
- Kebiasaanya wanita hamil akan mengalami banyak masalah disebabkan hormon yang tidak menentu dan menyebabkan pembentukan jeragat dan masalah kulit yang lain.
- Sesetengah jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.
- Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi kesan sampingan dan juga ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh KKM.
- Kesan sampingan terhadap keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif.
- Hormon yang tidak seimbang dan stabil akibat stress, penyusuan bayi, menopouse, pil perancang yang mengandungi hormon progesterone, pertukaran hormon dan implan adalah antara punca utama masalah jeragat.
- Pewangi, sabun dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic’ adalah diantara punca terjadinya jeragat.
- Pemilihan produk yang lebih natural seperti suplemen adalah amat digalakkan.
- Aktiviti tidak terkawal oleh kalenjar tiroid menyebabkan ketidakstabilan hormon tiroid dan menyebabkan paras hormon yang rendah dan sekaligus mengaktifkan pigmentasi.