RESEPI JUS AWET MUDA
| | |

2 Resepi Jus untuk Kekal Awet Muda

Resepi Jus Awet Muda atau Anti Penuaan

Jika kulit anda penting untuk anda, dan anda kelihatan muda serta mempunyai kulit yang lembut, ini adalah resipi yang anda cari!

 

Jus Oren & Timun untuk Anti-Penuaan

jus awet muda

Kebiasaanya dua daripada bahan utama dalamΒ  resipi jus yang untuk kecantikan kulit ialah timun dan oren.

Ini kerana, oren membekalkan badan anda dengan vitamin C yang akan membantu kulit anda kelihatan lebih muda dan bermaya.

Manakala timun mengandungi silica, yang akan membantu meningkatkan tahap kelembapan sekaligus meningkatkan kekuatan kulit anda. Ini akan menjadikannya kulit anda kelihatan dan berasa lebih licin dan halus. Satu biji timun mengandungi 95% kandungan air, yang memberikan penghidratan yang sangat baik untuk kulit

Berikut ialah resepiΒ  jus timun dan oren terbaik untuk menyerikan kulit anda dan kekal awet muda:

 

Bahan-Bahan:

3 Batang Saderi
3 Biji Epal Keseluruhan
1⁄2 Timun
1 sudu teh akar halia
5 Daun Kale
1 Lemon
1 Oren besar (dikupas kulit)

 

Cara-Cara:

Potong dadu timun, epal, limau, akar halia dan saderi pada saiz kecil.

Masukkannya ke dalam mesin pemerah jus.

Seterusnya, tambahkan kale dan blitz adunan menjadi halus (smooth).

Hidangkan bersama ais sejuk.

Jus Beri untuk Anti-Penuaan

Terdapat banyak perkara yang membuatkan kulit anda kelihatan tua, namun punca utama adalah tekanan dan banyak radikal bebas dalam badan anda. Dengan menggabungkan jus berasaskan anti-oksida ke dalam diet anda, ia akan membantu andaΒ kelihatan dan berasa lebih muda.

Resipi jus anti-penuaan ini akan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, meminimumkan kedutan dan meninggalkan anda dengan kulit yang sihat yang lebih cerah dan berseri. Ia juga akan membantu mengawal tekanan darah. Ia adalah salah satu resepi kegemaran untuk jus awet muda.

Bahan-Bahan:

2 cawan beri biru
1⁄2 cawan strawberi
1 daun Kale besar
1⁄2 beet kecil
2 cawan air

 

Cara-Cara:

Kisar beri dan strawberi dengan air.

Kemudian nasukkan bit dan kale dan kisar sehingga halus.

Hidangkan jus bersama ais.

 

Diharapkan resepi jus ini dapat membantu anda kekal awet muda.

 

Baca juga: Respi jus lobak untuk turunkan berat badan

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *