|

Apa itu Kolagen dan Manfaatnya kepada Kulit

Apa itu kolagen?

Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat pada tubuh kita. Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak dalam kulit. Kolagen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, meransangkan kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.



Kesan Kekurangan Collagen

  • Rambut mudah kering dan bercabang
  • Kulit dengan pori besar, jeragat hitam dan bintik-bintik
  • Kekurangan kalsium dan risiko osteoporosis
  • Kulit kendur / berkedut
  • Sakit sendi
  • Kuku mudah pecah dan kurang bersinar
  • Penyakit gigi
  • Payudara kurang anjal
  • Penglihatan kabur
  • Organ dalaman kurang berfungsi.

Semakin umur kita meningkat, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Tetapi umur bukanla satu-satunya penyebab kekurangan kolagen dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air, merokok dan kekurangan nutrisi.Β 

Manfaat Kolagen

  • Menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula,
  • Menguatkan kuku, bintik putih pada pangkal kuku akan hilang dan megekalkan warna yang sihat
  • Melembapkan dan menganjalkan kulitΒ 
  • Mempercepatkan penyembuhan parut
  • Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh
  • Mengurangkan kesakitan akibat geseran sendi
  • Mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
  • Sel gyla yang membekalkan nutrisi kepada disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk memastikan otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda sentiasa cerdas walaupun semakin tua

Β 

Β Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda memahami apa itu kolagen dan mengapa kite memerlukannya.
semoga artikel berkenaan kolagen dan manfaatnye ini dapat membantu anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *