Sejujurnye akak dah kurang tumbuh jerawat sejak jadi mak2 ni. tapi tetibe bulan ni macam terkenala pulak. Kalau dah terkenala tu kenalah faham dulu punca baru senang nak rawat ye.

 

4 JENIS JERAWAT DAN PUNCANYA

Jerawat pun ada “keluarga” dia juga tau. Bukan 1 jenis je. 😂

Jerawat korang yang mana? 1, 2, 3 atau 4?
1. PUSTULE
Pustule terjadi apabila liang kulit tersumbat mengalami jangkitan lalu membengkak/ kemerahan dan bernanah.
Bahagian tengahnya berwarna putih atau kuning seperti gunung berapi yang nak meletus.
2. PAPULE
Papules adalah jerawat yang meradang. Peradangan terjadi akibat pori-pori yang tersumbat.
Jerawat Papula berbentuk benjolan kecil berwarna merah dan terasa lembut jika disentuh.
3. WHITEHEADS
Whitehead terjadi disebabkan lebihan minyak dan kulit mati yang terperangkap dibawah liang yang tertutup.
Minyak dan bakteria yang terperangkap itu akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan.
4. BLACKHEADS
Blackhead adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelenjar “sebaceous”.
Blackhead adalah pori yang tersumbat tetapi dalam keadaan permukaan kulit terbuka. Apabila terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan yang menyebabkan warna lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat itu berwarna hitam.
#antioksidan #masalahkulit #kulitcantik  #jerawat #puncajerawat #atasijerawat