Jerawat adalah  musuh kepada kebanyakan manusia di dunia ini. Sebijik je jerawat tumbuh dimuka boleh menyebabkan stress macam baru fail paper exam.

 

Sebelum menerangkan 2 cara atasi jerawat batu yang berkesan mari kita fahami apa itu jerawat dan puncanya.

 

Apa itu Jerawat

 
Jerawat merupakan sejenis radang pada kulit yang biasanya muncul di wajah dan belakang badan, dengan bentuk kecil dan berisikan lemak di dalamnya. Jerawat menyebabkan kulit menjadi tidak halus dan menyebabkan hilang keyakinan diri untuk muncul di khalayak ramai.
 

Punca Utama Jerawat Batu

 

Hormon yang tidak stabil adalah punca utama jerawat ini kerana ia akan membuatkan minyak di bawah kulit kita menjadi terlampau aktif dan mengakibatkan pengeluaran minyak yang banyak. .

Minyak ni akan melalui liang folikal atau liang bulu roma dan menyebabkan liang ini mengembang apapbila terlambau banyak minyak melaluinya.

Perkara diatas menyebabkan  pembentukan whitehead dan liang pori yang besar akan menyebabkan pembentukan blackhead. Jadi bergantung pada saiz pori- pori anda.

Kemudian, bakteria (salah satu punca jerawat juga) akan masuk dan menyebabkan Benjol yang bengkak dan berwarna merah. Benjolan minyak yang banyak atau besar akan mengakibatkan jerawat semakin membesar.

 
Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan masalah jerawat diantaranya ialah :- 

  • Allergi
  • Pemakanan
  • Stress
  • Alat Solek
 
 

2 CARA  BERKESAN ATASI JERAWAT BATU DENGAN PANTAS


Tanpa berlengah lagi mari kita lihat 2 cara mudah untuk mengatasi jerawat batu:

Langkah Pertama : Menstabilkan Hormon

 

Untuk anda yang sudah lama hadapi masalah jerawat batu, sampai masa untuk anda atasi puncanya yang sebenar iaitu hormon tak stabil kerana ia menyebabkan jerawat kerap tumbuh.

Langkah Kedua: Pengambilan Vitamin C

 
Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang melawan radang pada kulit. Contoh radang ialah jerawat. Selain mengecutkan jerawat dengan cepat, Vitamin C juga memutihkan kulit dengan selamat dan menghasilkan sintesis collagen secara semulajadi. 
 

Vitamin C yang menggunakan teknologi Sustained Released akan membuatkan tubuh menyerap lebih banyak vitamin C. Dengan ini hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu merawat  dan mengelakkan jerawat dengan selamat secara semulajadi.

 
#hilangkanjerawat #jerawatbatu #jerawat  #rawatjerawat #atasijerawatbatu #jerawatteruk