cara solat tahajjud
|

Cara Ringkas Mengerjakan Solat Tahajjud

Ingin tahu Cara Ringkas Mengerjakan Solat Tahajjud ?

Maksud Tahajjud

Allah SWT berfirman: (فَΨͺΩŽΩ‡ΩŽΨ¬Ω‘ΩŽΨ―Ω’ بِهِ). Ayat ini bermaksud berjagalah di waktu malam. Perkataan β€œΨ§Ω„Ω’Ω‡ΩΨ¬ΩΩˆΨ―Ωβ€ membawa maksud tidur, manakala perkataan β€œΨ§Ω„ΨͺΩ‘ΩŽΩ‡ΩŽΨ¬Ω‘ΩΨ―Ωβ€ adalah dalam wazan (timbangan kata) β€œΨͺΩŽΩΩŽΨΉΩ‘ΩΩ„ΩŒβ€ yang membawa maksud mengusahakan perbuatan itu dan mensabitkannya sebagaimana asalnya.

Adakalanya timbangan perkataan atas wazan ini membawa erti menafikan perbuatan tersebut. Tetapi hanya segelintir perkataan sahaja yang membawa pengertian penafian ini.

Keseluruhannya ada tujuh perkataan yang wazan β€œΨͺΩŽΩΩŽΨΉΩ‘ΩΩ„ΩŒβ€ baginya membawa erti menafikan perbuatan tersebut, iaitu β€œΨͺΩŽΩ‡ΩŽΨ¬Ω‘ΩŽΨ―ΩŽβ€ yang membawa maksud menafikan β€œΨ§Ω„Ω’Ω‡ΩΨ¬ΩΩˆΨ―ΩŽβ€Β  (tidur). (Lihat Ahkam al-Quran oleh Ibn al-β€˜Arabi, 5/372)

Petikan berdasarkan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Cara Tahajjud

Dalam hal ini, ada tiga pendapat:

  1. Pada mulanya tidur, kemudian solat, kemudian tidur dan kemudiannya solat.
  2. Bersolat setelah tidur terlebih dahulu.
  3. Dilakukan selepas solat Isya’.

Inilah dakwaan oleh para ulama’ tabi’in berkaitan cara tahajjud. Boleh jadi mereka melandaskan pandangan itu kepada perbuatan Nabi SAW yang tidur dan solat, kemudian tidur, dan bangun bersolat.

Lantaran itu, mereka menjadikan perbuatan Baginda SAW itu sebagai menunjukkan bagaimana menjunjung perintah dalam ayat al-Quran terbabit. Jika demikian halnya, maka tidak jauh kemungkinan benarnya pendapat tersebut.

Petikan berdasarkan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan JAKIM, pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun
tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian.

Fadilat Sembahyang Tahajjud

i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
ii. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orangorang mukmin.
iii. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
iv. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
v. Dimudahkan hisab ke atasnya.
vi. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
vii. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
viii. Jauh daripada kebinasaan.

Cara Mengerjakannya Solat Tahajjud

cara solat tahajjud cara solat tahajjud cara solat tahajjud

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *