Doa Selepas Azan
Doa selepas azan adalah seperti di bawah:
Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan
Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia membaca (doa azan setelah selesai azan);
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
«Wahai Allah, Tuhan kepada panggilan sempurna ini dan solat yang didirikan, berikan kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan.»
Maka dia akan mendapat syafaatku.
HR Al-Bukhari, 614
Pengajaran
Lafaz azan mengandungi kalimah tauhid dan sifat-sifat Allah SWT yang sempurna
Lafaz wasilah sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat Muslim bermaksud “ mendapatkan darjat yang tinggi di syurga yang tidak diperolehi kecuali bagi hamba Allah dan berharaplah kamu supaya itu adalah aku.”
Lafaz fadhilah menurut sebahagian ulama’ merupakan darjat lain yang mengangkat posisi Nabi SAW di hari kiamat atas semua makhluk.
Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa maksud “Maqaman Mahmuda” ialah syafaat. Namun, terdapat riwayat lain juga menyatakan ia bukanlah terbatas kepada syafaat sahaja. Pendapat yang tepat ialah Nabi SAW sentiasa dipuji di setiap tempat pada hari kiamat. Pujian yang paling besar ialah Nabi SAW memberikan syafaat kubra kepada umatnya pada hari kiamat.
Rujukan:
Baca Juga: Panduan lengkap solat dhuha