Cara Jana Pendapatan dengan Tiktok
Cara Jana Pendapatan dengan Tiktok | Bukan rahsia lagi bahawa platform media sosial ialah cara terbaik untuk berhubung dengan rakan dan keluarga, tetapi ia juga boleh menjadi cara terbaik untuk menjana pendapatan. Salah satu media sosial yang saya maksudkan adalah TikTok. Tiktok ialah aplikasi baharu yang telah menjadi fenomena di seluruh dunia. TikTok sesuai untuk mencipta dan berkongsi video pendek dengan rakan-rakan dan terdapat banyak cara untuk menjana wang melalui TikTok.
Bagaimana menjana pendapatan di TikTok?
Ada beberapa cara yang membolehkan anda menjana pendapatan di aplikasi TikTok. Namun untuk pengetahuan anda, setiap cara ini memerlukan anda untuk tidak kekok berada di hadapan kamera. Hal ini kerana asas TikTok adalah konten berbentuk video. Sebelum anda mengintai peluang untuk menjana pendapatan melalui TikTok anda haruslah memastikan bahawa anda mampu untuk membuat konten video yang kreatif , fresh dan mengikut trend terkini.
Antara cara untuk menjana pendapatan di TikTok adalah:
Paid review
Satu cara untuk menjana wang di TikTok ialah dengan menjadi seorang influencer dan menerima tawaran untuk membuat paid review. Semakin terkenal dan ramai pengikut anda, semakin tinggi harga yang anda boleh letakkan untuk setiap produk yang anda review.
Oleh itu, untuk permulaan anda perlulah membuat video-video yang kreatif dan disukai ramai. Semakin kerap video anda masuk ke FYP, semakin tinggi engagement anda dan semakin ramailah pengikut anda. Apabila pengikut anda serta jumlah penonton juga ramai, anda boleh meletakkan harga yang tinggi untuk setiap paid review yang anda lakukan.
Menjual produk menggunakan TikTok Shop
Baru-baru ini TikTok telah melancarkan TikTok shop. Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu TikTok Shop anda boleh dapatkan maklumat disini. Sekiranya anda ada produk fizikal untuk dijual, anda wajib mendaftar dengan TikTok shop. TikTok shop sangat memudahkan untuk bakal pelanggan anda membeli terus dari anda tanpa perlu menghubungi anda terlebih dahulu. Sangat memudahkan dan menjimatkan masa kedua-dua belah pihak.
Tunggu apa lagi? Sekiranya anda belum ada TikTok Shop, anda perlu daftar sekarang!
Buat duit semasa LIVE di TikTok
Selain itu, anda juga boleh boleh duit semasa LIVE di aplikasi TikTok. Ada dua cara untuk menjana pendapatan di TikTok semasa LIVE.
Cara pertama:
Anda buat LIVE seperti biasa. Anda boleh pilih untuk borak-borak kosong, menyanyi, memberi tazkirah, membaca al-quran dan sebagainya. LIVE seperti biasa anda buat di platform-platform lain seperti Facebook dan Instagram. Para penonton LIVE anda akan memberikan anda gift berbentuk coin dan anda boleh tukarkan gift-gift tersebut menjadi wang tunai.
Sekarang sedang tular, seorang pengguna misteri TikTok yang menggelarkan diri beliau Sultan Pemurah yang mana beliau memberi gift yang bernilai ribuan ringgit kepada TikTokers yang sedang membuat LIVE. Mana tahu anda mungkin bernasib baik mendapat penonton yang bermurah hati seperti itu semasa LIVE?
Cara kedua:
Anda boleh membuat tv show ala-ala GoShop dan CJ WowShop di platform TikTok anda sendiri. Ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai stok secara fizikal. Anda boleh mempromosikan produk anda semasa LIVE dan membuat demonstrasi bagi menarik minat bakal pelanggan anda. Jika dahulu bakal pelanggan perlu menghubungi anda untuk menempah produk yang anda promosikan. Namun kini semakin mudah kerana bakal pelanggan anda boleh terus membeli dan membuat bayaran semasa anda LIVE dengan menggunakan TikTok Shop. Cara ini sangat efektif dan memudahkan semua pihak.
Anda suka cara pertama atau kedua?
Menjadi Content Creator di TikTok
Pada Julai 2020, syarikat TikTok sendiri telah melancarkan TikTok Creator Fund dimana TikTok akan memilih content creator yang berkualiti dan membayar content creator ini untuk setiap video yang mereka hasilkan mengikut syarat-syarat mereka.
Sumber: https://newsroom.tiktok.com/en-us/introducing-the-200-million-tiktok-creator-fund
Menjadi Content Creator syarikat-syarikat lain
Sekiranya anda memang berminat menjadi Content creator, anda boleh memohon kerja dengan syarikat-syarikat di Malaysia. Kini semakin banyak syarikat yang menyedari betapa pentingnya syarikat mereka mempunyai content creator dan menonjolkan diri di media sosial.
Kini kita boleh lihat semakin banyak syarikat yang muncul di TikTok seperti kedai emas, pembekal pakaian uniform, kedai hardware, kedai cermin mata, kedai motor, kedai perabot, MK Curtain, Air Asia
Diharapkan perkongsian tentang Cara Jana Pendapatan dengan Tiktok ini dapat membantu anda dalam memulakan langkah dalam membuat duit online melalui Tiktok.
Baca Juga: