5 Cara Kuruskan Lengan dengan Mudah dan Berkesan

 



Ingin tahu cara Cara Kuruskan Lengan dengan mudah dan berkesan ?

 

 
Semua orang mahukan lengan yang kurus, barulah cantik bila pakai bajukan tetapi ia susah dicapai. 
 
Ikuti 5 Cara Kuruskan lengan yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.
 
Di bawah ini saya kongsikan Cara Kuruskan lengan yang berkesan untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.
 

1. Angkat berat

 

Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu amalkan latihan angkat berat sebaik-baiknya 3 kali seminggu. 
 
Anda boleh melakukannya di rumah atau join mana-mana gim. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman.
 

Anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. 

Cuba lakukan seberapa banyak angkatan yang anda mampu kerana ia adalah antara cara kuruskan lengan terbaik.

 

2. Makanan

 

Cara kuruskan lengan Yang seterusnya adalah dengan  mengawal pemakanan harian.
 
Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus.
 
Makanan yang anda perlu utamakan adalah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu.
 
Ia akan memberikan keputusan yang lebih baik dan lebih cepat berbanding berlapar setiap hari.

3. Minum banyak air

 

Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan.

Detoks atau penyikiran toksin membantu dalam proses kuruskan lengan. Sebaiknya, minum air sebanyak 8 gelas sehari.

4. Aerobik

 

Aerobik merupakan antara senaman terbaik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan. 
 
Latihan kincir angin adalah antara cara kuruskan lengan Yang mudah. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah.
Selain itu melakukan latihan menumbuk amat bagus untuk menguruskan lengan anda dengan berkesan.


5. Push-up

 

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan.
 
Lakukan push-up setiap hari anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.
 
Sekiranya anda sudah mengamalkan semua cara kuruskan lengan seperti diatas, anda tetap perlu bersabar untuk melihat hasilnya. 
 
Hasil Yang pantas atau lambat berbeza pada setiap individu

Jangan berputus asa Dan teruskan usaha untuk impian mendapat lengan Yang kurus tercapai.
 
Apa tunggu lagi? Mulakan Hari ini!!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *