Sebenarnye berdiet itu mudah sahaja jika Kita benar2 berdisiplin ketika proses kuruskan badan itu.
Percayalah sebenarnya kuruskan badan itu mudah kalau anda yakin dan fokus pasti berjaya.
Semangat dan keinginan yang tinggi serta positif adalah kunci kepada proses menurunkan berat badan.
Mari fadz kongsikan 5 Tips Diet Untuk Kurus Dengan Mudah dan Cepat
Di harap dapat membantu.
5 Tips Diet Untuk Kuruskan badan Dengan Mudah Dan Cepat
1. Ubah Permakanan anda
Kuruskan badan = makanan sihat
Jika dulu anda suka makanan yang tinggi kalori, kolesterol dan kandungan gula seperti coklat, ayam goreng atau minuman berkarbonat, lebihbaik anda tukarkan dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan,salad dan produk tenusu tanpa lemak.
Ayam dan daging pun boleh makan tapi pastikan Cara masakan Yang betul. Goreng, grill Dan steam!!
Menukar habit permakanan adalah Cara Yang terbaik untuk kekal kurus Dan sihat. Dari kajian sudah terbukti Yang proses kuruskan badan adalah 80% pemakanan Dan 20% senaman.
2. Bersenam
Tidak perlu membeli alatan senaman yang mahal untuk kuruskan badan. Segala yang diperlukan hakikatnya ada disekeliling anda. Tangga,sofa atau paling tidak pun tali skipping!
Terdapat banyak video senaman percuma Di internet seperti Zumba Dan tabata. Tidak perlu peralatan Mahal pun tapi Sangat berkesan untuk kuruskan badan.
Bersenam adalah Cara Kuruskan badan Yang amat digalakkan kerana ia boleh membakar lemak dan memastikan badan kekal cergas.
3. Masa Bukan Alasan
Demi untuk kuruskan badan anda perlu elakkan memberikan alasan anda terpaksa menikmati makanan segera dan bergoreng kerana kesibukan.
Ingat misi anda iaitu kuruskan badan.
Jika anda tekad untuk kuruskan badan anda mesti berusaha bersungguh-sungguh.
Untuk lebih mudah Dan tidak terpengaruh dengan makanan luar anda boleh bawa bekal me pejabat dan kuliah.
Sekali seminggu, anda cuma perlu luangkan dua atau tiga jam untuk membeli keperluan makanan pilihan untuk tempoh seminggu.
Setiap malam sebelum tidur, sediakan makanan untuk dimasak atau anda boleh sediakan bekal dihujung minggu.
Menu untuk diet ni Sangat mudah tidak perlukan masa Yang lama untuk sediakan. Hanya grill, bakar Dan steam. Mudah Dan sedap.
Percayalah,jika anda tidak merancang menu dengan mudahnya anda akan mudah terpengaruh dengan makanan luar yang tinggi kalori atau kolesterol.
Nanti habis rosak proses penurunan berat badan anda.
Inginkan Tips makan fast food di luar
KLIK SINI
4. Jaga Waktu Makan
Penuhi 3 waktu makan utama tepat pada waktunya adalah penting Dalam proses kuruskan badan.
Jika masih lapar selepas waktu makan utama, kunyah snek sihat yang rendah kolesterol dan kalori. Salad,jus segar, yogurt atau buah yang tinggi antioksida seperti epal hijau sangat digalakkan.
Anda juga boleh makan roti wholemeal bersama tuna tanpa mayonese dan peanut butter tanpa gula.
Ini amat penting bagi mengelakkan anda kelaparan dan kemudian makan berlebihan.
Ini harus dielakkan jika ingin kuruskan badan
5. Kurangkan Berat, Bukan Otot
Jika berat anda turun tanpa melakukan latihan angkat beban anda berisiko untuk kehilangan jisim otot, bukan lemak.
Pembentukan otot memerlukan kalori dua kali lebih banyak. Otot juga bertindak menjaga metabolisme dengan membakar kalori dengan lebih cepat.
Cara terbaik ambil lebih protein dan berlatih angkat beban selama 20 hingga 30 minit,dua hingga tiga kali seminggu. Protein akan menjadi bahan bakar ketika sesi latihan dan membantu anda memelihara otot.
Amalkan supplemen yang membantu mengisi bekalan nutrisi diet anda seharian.
Supplemen yang tepat Dan cara makan Yang betul mampu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.